Monday, June 28, 2010

Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan

  • " Supi,bla snrai nama pelajar dpt dok KK5 nk kuar? Mntk tlg mklumkn sbb ktorg nk plan blk UMP n dftar hostel lg.Brg2 bnyk ni bro.Tolong ye Supi...huhu"

  • " Nanti bukak semester ni nak pi UMP Gambang dulu ka atau UMP Pekan??? Status KK5 ni mcmana ek?Dah boleh daftar ker nanti?"

  • 1. Itulah antara sms sms yang TTT dapat sejak masuk ke hujung cuti semester ini. Pelbagai persoalan mudah dilontar tetapi payah hendak menjawab sebab jujurnya TTT tiada maklumat terbaru mengenai staus pelan perpindahan dan pendaftaran KK5 ini.

  • 2.Pada 25 June yang lalu,TTT dan teman2 telah berpeluang menghadiri Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat bersempena pembukaan Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan. Hampir semua Pengurusan Tertinggi Universiti hadir ke majlis yang serba ringkas tersebut termasuklah Dato' Naib Canselor. Dalam Ucapan beliau,Dato' NC menegaskan bahawa beliau bersyukur KK5 telah siap sepenuhnya dan berharap KK5 dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar.Cumanya,pihak UMP masih menunggu lagi sijil CCC untuk membenarkan pelajar kita masuk ke Kolej Kediaman ke 5.Jadi mengikut hemat TTT,selagi belum ada CCC,pihak pengurusan UMP terutamanya JHEPA tidak akan mengeluarkan apa apa statement atau tarikh pendaftaran pelajar ke UMP Pekan. Kita berharap pihak yang berkenaan perlulah peka kepada status KK5 yang menjadi bual tanya kepada seluruh Mahasiswa UMP.Sabar banyak2.

  • 3.TTT telah melihat sendiri asrama KK5 dan berpuas hati( so far) mengenai tahap keselesaan bilik dan sebagainya,Cumanya masih dibenak TTT tertanya tanya bagaimnakah agaknya keadaan Mahasiswa terutamnya yang tiada kenderaan.Kedai yang paling dekat lebih kurang 1.5KM drpd Kampus kita.Hrmm,apa pun,pesanan TTT ialah tempat baharu,tiada apa yang mudah.Sebagai golongan PENEROKA(Dato' NC sebut golongan PERINTIS), Kita telah melalui keperitan apabila FKM dan FKEE mula beroperasi di UMP Pekan dan kita lalui dengan jayanya.InsyaAllah kena optimis la sedikit.

  • 4.Mahasiswa UMP mesti berani dan berlapang dada hadapi tempat baharu. TTT yakin pasti ada banyak masalah yang akan berlaku terutamanya aktiviti harian kita pasti akan sedikit terganggu cumanya Ia bukanlah perkara mustahil untuk diharungi.Siap siaga kekuatan mental,emosi dan fizikal.Kita minta Pihak Pengurusan UMP terutamanya JHEPA dan juga wakil Mahasiswa iaitu MPM supaya sentiasa UPDATE status dan pelan perpindahan ke UMP Pekan di  e-Comm dan Facebook MPM UMP. Sekian.
*TTT menanti penuh sabar perjuangan episod baharu Mahasiswa di Kolej Kediaman Ke-5 UMP Pekan.Bagaimana agaknya ya suasana Mahasiswa dgn tempat baru.Pastinya satu pengalaman menarik sepanjang hidup.Terima Kasih UMP!

The Think TANKER...

4 comments:

  1. TTT, mudah-mudahan segala urusan di KK5 berjalan lancar... memudahkan kerja semua pihak... pengurusan, plajar tahun akhir... =)

    ReplyDelete
  2. salam TTT dan semua..
    td dh p jhepa kt gambang ni..tp malangnye en. nazri memang totally pndh pekan dh..ngtkn de kt cni lg..
    so nk cek nme secare manual pon xboleh..
    tp en. ferdaus dh kol pengurus asrama..dy kata senarai nama akan keluar dalam jumaat ni (2/7/2010) xpon awal minggu depan~

    n ak ade gk jumpe ngn pn wan azizah..
    dy kate paling awal utk check in utk KK5,
    10 JULAI 2010.

    ~harap dpt bgtau gk kt lain2~

    ReplyDelete
  3. Tq for the info Mr Faris..mc ni lah Mahasiswa Peduli,saling membantu dan tolong menolong!

    ReplyDelete
  4. Saya mewakili pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik kuasa sangat kecewa apabila kami ditempatkan di bazar muhibbah. Ini telah menyukarkan kami untuk melaksanakan Projek Sarjana Muda (PSM). Adakah pengorbanan kami selama ini dengan dua tahun berulang-alik dari gambang ke pekan menaiki bas tidak langsung diambil kira untuk melayakkan kami menginap di asrama KK5 untuk kami menghadapi tahun akhir kami yang sangat beharga.


    Kami sedari mungkin kesilapan ini berpunca dari kesilapan teknikal yang disebabkan oleh nombor matriks kami (pelajar direct entry) yang bermula dengan nombor EC09 sedangkan pelajar non-direct entry bermula dengan nombor EC08. Tetapi adakah kesilapan bodoh seperti ini boleh dijadikan alasan kukuh untuk menyingkirkan kami dari menerima hak untuk menginap di KK5.


    Kami juga amat terkilan dengan pemilihan pelajar tahun pertama dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang diberikan tempat di kk5 tanpa mengambil kira prioriti Pelajar Tahun Akhir yang sangat memerlukan Perpustakaan, Makmal, Supervisor untuk menyiapkan PSM kami. Adakah relevan untuk kami mendengar nasihat dari pihak pengurusan untuk belajar hidup susah, sedangkan hakikatnya kami umpama,


    "berakit-rakit ke Gambang,
    berenang-berenang ke Pekan,
    Bersusah-susah dahulu,
    sampai tahun akhir pun kene hidup susah"


    Mungkin mudah bagi pihak MPP-UMP untuk menyenaraikan segala kemudahan yang terdapat di Bazar Muhibbah tanpa menghuni sendiri Bazar Muhibbah. Ditambah pula dengan jadual bas yang tidak fleksibel untuk kami berulang-alik. Kata orang, "seronok mata memandang, Sakit lagi bahu yang memikul"


    Mohon jangan label kami tidak bersyukur dengan apa yang kami terima, tetapi sekadar menuntut hak sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pengundi pada pilihanraya MPP.


    Luahan Hati Tulus Ikhlas Dari,
    Wakil Final Year Student(direct entry),
    Bachelor In Electrical Power,
    University Malaysia Pahang.


    p/s: Surat ini telah di hantar ke MPP-UMP 2011/2012 pada 17 September 2011

    ReplyDelete