Saturday, April 10, 2010

Surat Terbuka Buat Dato' Naib Canselor UMP

Assalamualaikum wbt Salam Mahasiswa Peduli

Ayahanda Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim,Naib Canselor UMP

TTT ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit hasrat hati mewakili sebahagian besar teman teman seperjuangan dan menzahirkan keinsafan buat diri sendiri andai segala apa yang terbuku diluahkan akan menyinggung perasaan sesiapa sahaja cuma niat TTT hanya ingin membetulkan kembali tohmahan dan fitnah yang tak sudah sudah dilemparkan kepada TTT dan teman teman seperjuangan. TTT tujukan penulisan ini buat Pimpinan Tertinggi UMP terutamanya Ayahanda Dato' Naib Canselor dan seluruh warga UMP yang sudi membaca penjelasan dan penulisan TTT  yang tidak seberapa.


Sepanjang 1 tahun 3 Bulan memegang tampuk Pimpinan Mahasiswa UMP amat memberi pengajaran buat TTT dan teman2 lain bahawa tidak semua perkara boleh dicapai. Semangat dan dorongan yang diberikan oleh teman teman seperjuangan bahawa perjalanan ini bukan mudah malah berliku dan tiada kesudahan membuat TTT berasa sangat bertuah untuk merasai sebentar pengalaman bersama teman Mahasiswa UMP,memperjuangankan kebajikan Mahasiswa,Meletakkan kembali Suara Mahasiswa di tempat yang selayaknya,MeMahasiswakan Mahasiswa supaya matang,agresif,responsif dan bertanggungjawab dsb.

Tunjuk ajar,nasihat,kritikan dan panduan yang diberikan oleh Ayahanda Dato' Naib Canselor,Profesor Dr Daing Nasir serta Datin Fazia amat terkesan buat dalam diri.( TTT masih ingat dikala diawal memegang tampuk Pimpinan,TTT dimarahi dan ditegur oleh Dato' Naib Canselor dan Datin mengenai sikap lambat TTT dan teman2 Pimpinan MPP lain dalam menyuarakan Kebajikan Mahasiswa berikutan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh Pihak Kolej Kediaman ke 2 kepada beberapa Blok Q untuk diambil perabot untuk diisi di bilek Pelajar Antarabangsa daripada China). Tidak lupa jua TTT kenang dengan kesabaran dan ketenangan Dekan JHEPA ketika itu,Profesor Dr Abdul Jalil Bin Borham yang  tidak jemu jemu melayan karenah TTT dan pimpinan Mahasiswa yang lain. TTT hargai bahawa inilah antara pendorong kuat dan terbentuknya semangat juang yang tidak pernah padam.


Banyak Perkara Kita Persetujui Bersama


Di sini,TTT ingin menyatakan dengan penuh rendah diri sebagai sosok tubuh manusia yang lemah dan tiada upaya melainkan kudrat pinjaman daripada Allah swt  bahawa kita Pimpinan Mahasiswa bersetuju dan menyokong Pimpinan Dato' Naib Canselor dalam banyak isu dan permasalahan:


1.Diawal kami menjadi Pimpinan Mahasiswa,antara tuntutan awal kita minta kepada Dato' Naib Canselor ialah memberikan autoriti 100% kepada Mahasiswa mengendalikan 2 Program besar tahunan iaitu Minggu Induksi Siswa(MINDS) dan juga penganjuran eXpoconvo UMP.Dato' bersetuju dan kita menyambut baik keputusan ini kerna bagi kami ,ini akan meningkatkan mutu modal insan Mahasiswa terutama dalam beraktivisme,dan membuat keputusan penting dalam sesuatu majlis yang cukup besar ertinya.

2.Isu Harga Makanan dan tuntutan Kafeteria yang baharu dengan sistem yang lebih baik dengan pilihan makana yang pelbagai. Teman Mahasiswa pasti ingat kembali dengan 'Rapat Umum Suara Mahasiswa: 6 Tahun Penubuhan UMP,Kafeteria Masih Ditakuk Lama' yang kita buat serba sederhana di ruang makan Kafeteria KK1 dengan kehadiran sendiri Dato' Naib Canselor,Dekan JHEPA,Tn Hj Pendaftar,pegawai pegawai JHEPA,JPPH dan seluruh teman Mahasiswa. Penuh semngat dan iltizam untuk membawa prubahan positif kearah keselesaan Mahasiswa akan datang.Natijahnya,kita peroleh kepelbagaian makanan yang lebih variasi,lihat sahaja tambahan menu seperti cendol dan rojak mamak,mee sizzling,roti canai,Ice Blended, Western Food dan harga masakan panas yang murah berbanding dahulu. Kafeteria juga diubaha suai dengan memberikan lebih keselesaan kepada Pengusaha Kafe agar bisa menyediakan makanan yang lebih teratur dan selesa. Kehadiran TV Plasma 60 Inch juga memberikan keselesaan kepada Mahasiswa untuk menonton dan mendapatkan maklumat terkini.Kita pasti tidak dapat memuaskan hati semua namun ingin TTT tegaskan perubahan telah sedia ada.


3.Kita juga bersetuju dengan tindakan Dato' Naib Canselor memberikan pendahuluan wang UMP separuh daripada duit PTPTN Mahasiswa UMP di mana ketika itu pihak PTPTN terpaksa lewat masukkan duit student kita kerna masalah teknikal.TTT bersama dengan Bendahari MPP UMP,Sdr Izzat Saidon bertemu sendiri dengan En Zainuddin Bendahari UMP dan seterusnya membawa usul kepada Dato' Naib Canselor dan minta dipermudahkan urusan pendahuluan duit UMP dibayar separuh daripada pinjaman PTPTN Mahasiswa. TTT ingin tegaskan keprihatinan dan kesanggupan Dato' Naib Canselor amat dihargai dan TTT tidak boleh menafikan perkara ini.

4.TTT juga ingin berkongsi betapa kita bersetuju dengan kepantasan bekerja Dato' Naib Canselor apabila membabitkan kebajikan Mahasiswa UMP.Isu Arwah Yasmin Binti Che Razali yang kemalangan meragut jiwa di bahu jalan lebuh raya dihadapan Canseleri UMP pada 24 Januari 2009 amat menyayat hati semua warga UMP.TTT antara saksi awal yang hadir dan terkedu melihat insiden berdarah dihadapan mata TTT sendiri. Dato' Naib Canselor sendiri antara yang awal hadir ke tempat kejadian malah lebih awal daripada van HTAA atau van Pusat Kesihatan UMP sendiri. Kita hargai keprihatinan Ayahanda Dato' Naib Canselor kita.


5.Kita juga bersetuju dan menyokong usaha Pihak Dato' Naib Canselor dan Tn Hj Mustapha Pendaftar UMP dalam membawa Doktor kedalam Pusat Kesihatan UMP. Kita menyatakan secara tegas bahawa sudah lama UMP tiada Doktor tetap akibat beberapa insentif yang kurang menarik dan kekangan doktor tempatan memaksa Pihak UMP diketuai Dato' Naib Canselor mencari doktor luar negara drpd Myanmar. Alhamdulillah,sekarang kita mempunyai 2 orang Doktor di Pusat Kesiahatan UMP.

6.TTT dan teman2 lain juga memberi dokongan kepada polisi memperketatkan undang undang jalan raya dan keselamatan jalan raya di dalam UMP.


7.Pemimpin Mahasiswa termasuk MPP,Presiden Kelab Persatuan diberi Kursus Transformasi kelolaan Excel Training kepunyaan Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah. Banyak yang kami timba dan kami sedar bayaran kursus amat mahal setimpal dengan tanggungjawab kami sebagai Pemimpin Mahasiswa.

8.TTT juga ingin menyatakan betapa terharu dengan sifat prihatin Dato' Naib Canselor yang turun padang sewaktu UMP ketiadaan air yang kronik pada semester lepas. TTT masih ingat akan penjelasan Tuan Hj Rosdi Pengarah JPPH semasa dialog bahawa UMP telah mengeluarkan puluhan ribu menyewa tangki air dan  menjadi bekalan sementara kepada Mahasiswa Kita. Statement pedas dibuat Dato' kepada JBA Pahang membuat mereka sedikit tersentak.Namun,TTT dimaklumkan bahawa projek pemasangan paip bekalan air daripada Loji Air Semambu kle Bukit Sulai masih menjadi tanda tanya.


TTT ingin menyatakam terdapat puluhan isu dan perkara yang kita bersetuju dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Naib Canselor kita.Sebagai anak,kita berasa Ayahanda banyak berkorban berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan penyampaian UMP. Pelan Transformasi yang dijuang oleh Dato' Naib Canselor sewajarnya memberikan perubahan secara positif kepada warga UMP terutama dikalangan pensyarah dan staff sokongan.


Mengkritik Bukan Bererti Derhaka atau Pembangkang


TTT menganggap Ayahanda Dato' Naib Canselor sebagai ayah kepada seluruh Mahasiswa UMP. Dalam realiti hubungan anak beranak sekelipun pasti ada kritikan dan sungutan si anak kepada ayahnya.Bagitu juga kami,TTT terpanggil dengan secara berani dan berterus terang bahawa kita mengkritik bukan bererti derhaka atau bersifat pembangkang tetapi kami PEDULI dan kami sayang UMP.


1. TTT dan teman2 seperjuangan telah berjuang dan mempertahankan kebajikan Mahasiswa dalam segala hal. Cuma apabila menyentuh ruang aktiviti berhibur dan isu kebudayaan dalam UMP amat TTT bertegas dengan pendirian TTT dan teman2 yang lain.Kita berpendirian dalam menyajikan hiburan dan sebarang bentuk aktiviti kebudayaan mesti menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu terulung di Pantai Timur ini dan melandasi Nilai Teras UMP. TTT percaya walau  terbuka sekalipun pemikiran dan cara hidup kita,pasti ada hadnya dan membatasi akhlak kita sebagai seorang Mahasiswa di dalam Institusi Ilmu. Kami berulang kali menyatakan pendirian bahawa kita tidak pernah bersetuju dengan Nyayian dan persembahan yang bersifat hiburan semata mata tanpa nilai,wanita secara terbuka membuka dan menelanjangkan maruah(membuka aurat) dihadapan khalayak umum, persembahan berlebih lkebihan sehingga hilang malu dan kawalan dan sebagaimya.Isu Konsert Amal tempoh hari amat mencabar kami sebagai Mantan Pimpinan Mahasiswa bahawa perjalanan konsert yang tidak menghormati UMP sebagai Institusi Ilmu dan melahirkan Modal Insan Terbaik. Kertas Cadangan kepada penganjuran Konsert tidak diambil endah oleh pihak penganjur.Buktinya,semasa di hari konsert, wanita dan lelaki dibiarkan bercampur tanpa batasan.Pergaulan dan percampuran amat ketara apabila artis mula turun khalayak ramai.Apakah ini?Insiden Pensyarah menari nari diatas pentas amat memalukan.Kita kecam bahawa budaya dan perjalanan Konsert Amal amat mengecewakan.




2. Fitnah melata Dato', TTT sendiri dituduh antara orang yang akan menghalang Konsert Amal ini dengan berdemostrasi.Persoalannya,mana dan siapa mereka yang melakukan spekulasi jahat dan terkutuk ini? Menyusahkan Pihak Polis PDRM dengan spekulasi jahat dan tidak berasas. Kita telah jelaskan dalam kertas cadangan yang TTT juga tanda tangani bahawa Penganjuran Konsert di dalam UMP perlu megikut tata tcara dan menghormati UMP sebagai tempat tradisi ilmu dan melahirkan modal insan.



3.TTT ingin mengulang dan bertegas bahawa kami bersama sama Pimpinan Mahasiswa tidak pernah berbincang secara rasmi atau tidak rasmi untuk mengadakan demonstrasi,rapat umum atau bantahan terbuka dengan tujuan mensabotaj Konsert Amal ini.Kita sedar tanggungjwab kita sebagai Mahasiswa dan batas nya.Tapi jangan lah pandangan berbeza dariapda kami dilihat sebagai Pembangkang dan Perosak.Kami punya maruah dan Anak Muda tidak rela maruah dipermainkan hanya dengan fitnah busuk dan jahat!

 4. Dato',salahkah TTT dan teman teman seperjuangan berbeza pendapat dengan mana2 individu  dan pihak termasuk Dato' sendiri.Peraturan manakah kita rujuk bahawa Mahasiswa tidak boleh tidak bersetuju waima dengan Naib Canselor sendiri?Kami sayang dan concern pada UMP kerna mempunyai tradisi ilmu yang cukup ampuh,penekanan Core Values UMP semakin dipinggirkan, pengambilan staff UMP yang kurang ketat berbanding dahulu( jika dahulu interview pengambilan pegawai dan staff UMP pasti akan persoalkan Adakah anda solat? dan Apakah anda Merokok?,sekarang staff UMP ramai yang merokok secara terbuka dan penekanan staff dan pensyarah solat jemaah di Masjid UMP hilang begitu sahaja). TTT percaya dan yakin bahawa UMP akan terus maju dan kehadapan setapak lagi andai kita perteguhkan budaya ilmu didalam Universiti kita. Berapa banyak program Kelab Persatuan UMP  yang ingin menganjurkan Program Ilmu seperti Pidato Umum( Walaupun sudut Pidato sudah ada,namun idealisme Mahasiswa dan kesedaran amat rendah),bedah buku,forum Mahasiswa,teater budaya,Ceramah Umum,Syarahan Perdana...Hampir tiada yang dianjurkan oleh Mahasiswa sendiri.Kenapa ini berlaku? Kerna jawapan sinis segelintir akan menyalak " Alah, kalau buat pon bukan ada student nak datang pon,bazir tenaga dan duit jer buat majlis ilmu di UMP".Subhanallah, natijahnya,program2 Ilmu terus dipinggirkan didalam Institusi Iimu sendiri.Alahai UMP~


5.Pelbagai isu akan dihadapi oleh kita semua terutamanya Mahasiswa UMP. Kita telah kehilangan status Latihan Industri 6 Bulan di Akhir Semester,Kita masih mempunyai masalah Bekalan Air terutamanya di hujung semester,Kita masih mempunyai masalah kerungsingan Kolej Kediamana Ke 5 yang entah siap entahkan tidak,Kita masih dihantui oleh isu Mahasiswa kita tidak dilayan seperti sewajarnya~pemberian elaun Atlet UMP,ealaun perjalanan mewakili UMP dalam mana2 acara,kemudahan Kompleks Sukan yang kini perlu berbayar,Kita masih mempunyai persepsi buruk layanan kepada Mahasiswa UMP.


TTT bersedia memberi penjelasan dan statement kepada mana mana pihak yang berasa hati tetapi percayalah inilah perkara sebenar benarnya,Malah TTT dan teman2 lain terlalu sibuk dengan menyiapkan PSM 1 dan Test 2 yang berderetan.Kami Mahasiswa Kejuruteraan bukanlah bodoh dan menentang sewenang wenangnya.Kita sebagai Mahasiswa Peduli wajar bingkas bangun memperjuangankan Kebajikan Mahasiswa dengan fakta,rasional dan idealisme anak muda andai ditekan,difitnah dan dipermainkan.

Kepada teman2 Pimpinan MPM ,perteguhkan lah barisan dan jangan mudah goyah dengan segala dugaan yang berlaku. Berilah ketaatan dan kepercayaan pada kepada Sdr Aedlan sebagai Pemimpin kita. TTT teguh berdiri meyokong dan membantu Sdr Aedlan sekiranya dipelukan.Ramai yang mempertikaikan usaha TTT kerna soalah olah membayangi MPM ,jawapan TTT mudah,dalam kerja2 Memperjuangkan Kebajikan Mahasiswa,ia satu kerja meluas dan tidak akan habis ke penghujungnya.Lebih ramai lebih Peduli dan tanda kesatuan. TTT mendoakan agar teman2 Pimpinan MPM akan terus tabah dan matang mengharungi liku liku kehiupan sebagai Pemimpin Mahasiswa!

TTT mengucapakan terima kasih kepada mereka yang tekun membaca sehingga ke akhir ini.Kita menulis dengan idealisme anak muda yang asli bukan untuk mengampu atau diampu.Mahasiswa Peduli punya maruah dan kredebiliti untuk menjaga nama baik UMP. Buat Dato',percayalah,kami hanya inginkan terbaik untuk masa hadapan graduan UMP. Malah, TTT dan teman2 Mahasiswa Peduli berhempas pulas menaikkan nama UMP,membawa imej UMP ke persada nasional dan antarabangsa,berulang ulang di kaca televisyen menyatakan Saya Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli,berjuang dan menaikkan nama UMP tanpa berkira soal kuam dan warna kulit, kewangan,keringat dan tenaga muda kami,Kami hanya minta agar bersikap lebih adil dalam melabel Pemimpin Mahasiswa yang lantang sebagai Pembangkang,Perosak dan sebagainya.


Allah Berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, Karena sebagian dari sangkaan itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)




Buang yang keruh Ambil yang Jernih...Hidup Mahasiswa!


TTT Mahasiswa Peduli,Anda bagaimana?


The Think Tanker
8.36 pagi
11 April 2010 di Kolej Kediaman 1

13 comments:

  1. Salam, TTT,

    Saya suka dengan cara teguran TTT. Saya doakan semoga pihak pentadbiran UMP menilai balik, dan muhasabah diri tentang apa jua tindakan yang telah dibuat. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Tidak salah berbeza pendapat. Di mana-mana institusi, pihak ketiga diperlukan untuk menilai dan menjadi pihak 'check and balance' untuk kebaikan bersama.

    Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

    Salam Mahasiswa Peduli dari Mahasiswa Peduli UKM. :)

    ReplyDelete
  2. Banyak Perkara Kita Persetujui Bersama:
    2....tp kenapa pengusaha menjadi 2 sj sekarang?adakah anda fikir ia mencukupi untuk menampung ratusan@ribuan pelajar di kk1n3?



    "Pensyarah menari nari diatras pentas..."

    adakah anda pasti?apakah jenis tarian itu...?


    btw, tq n tahniah to u n ur mmbr...

    ReplyDelete
  3. salam,TTT

    memang benar apa yang diperkatakan itu, sesungguhnya didalam Islam sendiri, perbezaan pendapat merupakan rahmat kepada manusia, dan haruslah masing2 melihat kelemahan sendiri bukannya bertindak melampaui norma2 kehidupan....

    selain itu perlulah didalam hati berbaik sangka terhadap semua orang... suka diri ini menyatakan bahawa kami pelajar bukanlah terlalu suka mengikut perasaan sehingga membabi buta mengadakan bantahan, demo dan sebagainya seperti diluar sana.... kami sedar kamilah bakal2 pemimpin negara suatu hari nanti dan tahu ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan permasalahan iaitu dengan duduk berbincang... tidak salah bukan sekiranya masing2 duduk bersama dan berbincang sehingga menjadi jelas dan faham akan permasalahan itu...

    dalam dunia ini haruslah ada pengkritik atau saya lebih suka penegur... kalau tidak kita tidak tahu bagaimana sifat dan sikap kita... penegur2 ini ibarat cermin yang menunjukkan sikap dan sifat kita.... semua yang melakukan kesalahan/kesilapan kecil harus menerima teguran.... teguran itu ibarat tali/jalan kepada kearah yang benar kerana kesilapan kita itu menyebabkan kita telah menyimpang dari jalan sebenar....

    sedangkan nabi muhammad juga pernah ditegur Allah dalam surah abasa.... ini menjelaskan dalam kehidupan seharian kita, kadang2 kita boleh tergelincir dan tersilap membuat percaturan, jadi para penegur ini harus ada.... begitu juga di UMP ini....

    sejak kebelakangan ini, UMP semakin lama sudah hilang prinsipnya sebagai gedung ilmu... kita lihat hiburan semakin berleluasa, pasangan couple bersepah sana sini dan sebagainya... saya sebenarnya merindui masa tahun 1 dimana nak nampak couple pukul 10:30 malam punyalah payah... tapi sekarang?? pukul 12 malam masih bertenggek didepan tempat iklan tu.... sungguh memalukan....

    jadi marilah bersama2 bermuhasabah diri.... kita sudah sampai keakhir zaman....

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Alhamdulillah.Mantop sekali dari TTT.
    Inilah yang kami inginkan.Sampai bila kita asyik bahaskan perkara yang sama sedangkan solusinya begitu susah nak lihat.Kadang-kadang terlintas juga difikiran kami,apakah keuntungan yang sebegitu sehingga menyebabkan pelajar yang sedia ada terus mengeluh? Mengapa cadangan untuk mengurangkan pengambilan pelajar menjadi bahan lawak?Dan dari apa yang kami rumuskan,sejak dua tahun yang lepas,sesi dialog hanyalah untuk mengukuhkan keputusan pihak atasan.Seperti tiada solusi yang memberat kepada pihak pelajar,habis-habis pun,janji-janji manis yang lain ditaburkan. Kenapa macam ini? Dan kenapa bila ada pelajar yang bersemuka dengan niat hanya untuk mendapat penjelasan sebenar,mereka dilabel pemberontak pula? Apakah di awal penubuhan UMP tiada lansung menyebut tentang keutamaan menyediakan frasarana yang selesa sesuai dengan tema penubuhan iaitu gedung ilmu?
    Baik,kami pelajar boleh terima kalau pihak atasan mengatakan UMP dalam proses pengukuhan.Jadi kalau macam itu,perlukah mengorbankan 2-3 batch hanya untuk mencapai objektif dalam jangka masa yang singkat? Apakah yang menjadi keutamaan di sini,produk (Mahasiswa) atau keuntungan?


    Berkenaan surat yang TTT post ini,kami rasa
    Naib Canselor patut balas. =D
    Segelintir daripada anggota TGM memilih untuk memboikot Konsert Amal.Bukan kami berfikiran konservatif,sebaliknya orang-orang yang bersubahatlah yang patut fikirkan semula. Kami percaya,walaupun peraturan untuk duduk berasingan lelaki dan perempuan,sekalipun mewajibkan hadirin berpakaian menutup aurat,adakah ini dapat memastikan "maksiat" tidak berlaku.Kita boleh cakap,"alah,dah besar panjang,xkan xboleh fikir lagi kot"..inilah yang kita kene elakkan.Maaf kalau berbunyi agak kasar,cumanya kami ingin pembaca blog TTT 'recall'semula satu hadis riwayat.."syaitan itu selalu berdusta dan dihadapan Tuhan kelak,dia akan sewenang-wenangnya berpaling dan berkata,aku hanya berbisik,merekalah yang sebenarnya fasik".
    Kedengaran sangat mengerikan bukan?.Oleh itu,adalah lebih baik untuk menjauhkan diri terus daripada mendekati perkara yang dilarang ini.Biarpun sekadar hiburan,ramai yang akan pertikaikan bahwa hiburan bukanlah perkara yg dilarang dalam Islam,namun haruslah di ingat,punca atau ibu penyakit itu lebih baik dielakkan seawalnya sebelum ia menjadi lebih parah.
    Pancaroba menjadi pemimpin diakhir zaman,terutama bilamana kita ditugaskan menegakkan kalimah tauhid,ia bukanlah semudah apa yg disangka,kerana telah diriwayatkan diakhir nanti,umat Islam akan dikelilingi haiwan buas yg kelaparan,sedangkan bilangan mereka adlah banyak.Sesiapa yg menegakkan kalimah Tauhid,dialah yg akan mendapat kemenangan,ini janji Allah S.W.T.


    regards,
    Team Gerabak Mekanikal

    ReplyDelete
  5. hurm, kalaulah diberi peluang untuk kawal satu dunia ni, habislah.
    Nasib baik DALAM UMP sahaja.

    Terima kasih kerana terlalu peduli tentang kehidupan para pelajar.
    Tapi kan..
    1) Saya dapati harga makanan kafe di KK1 masih mahal. =[
    2) Internet wireless sekejap putus sekejap ada. Sukar utuk kami nak buat rujukan internet untuk mencari bahan-bahan projek dan assignment.
    3) UMP tidak ceria. - panas. Apa kata buat kempen hijau. Tanam pokok ke... buat kolam ke.
    4) Keselamatan para pelajar melintas lebuh raya.. saya rasa perkara ini lagi serius kerana melibatkan NYAWA PELAJAR . push la pihak atasan buat jambatan atau alternatif ynag lebih berkesan. Cross zebra tak cukup.
    5) Kenapa kafe pakai sudu plastik dan garpu?? plastik = pencemaran = toksik. Styrofoam... >.< ... white coffin ..

    Since TTT terlalu ambil berat. Since TTT terlalu ambil berat. Bagaimana dengan kecekapan TTT untuk mengatasi masalah tersebut??

    utamakan KEBAJIKAN PELAJAR TERLEBIH DAHULU = MAHASISWA PEDULI.
    still tak dapat atasi.


    Saya doakan UMP sentiasa didalam keadaan sentosa dan sejahtera.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Juz ingin menjawab kpd comment di atas..Ak nak tanye la..sblom ko nak tnye bagaimana dgn kecekapan TTT mngatasi masalah yg ko nyata kan 2...ape yg dah ko bg utk brsama2 atasi masalah 2..atau ko juz duduk2...sembang sana..sembang sini..lepak2...goyang kaki..xwat pape..stkat comment jea dlm blog..dlm FB...baek xyah la...ko tau x sape TTT skunk..die same jea macam ko..die mahasiswa biasa jea skunk..xde pangkat pape pon..tp ape yg die wat nie sbb die syg kan UMP..die still concern even die bkn lg YDP UMP...xpayah la ko nak perli2 die..sedang kan ko sndiri xmmpu nak wat pape...stkat mngutuk dr blakang...xguna la ko...cuma tau mmpersoal kan org len tp xreti cermin diri sndir....muhasabah diri la bro....cermin dulu kelemahan kita sblom nak nilai org len...ok..slah silap mintak maap..wassalam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    sangat terasa dan terkesan dengan komen diatas... benarlah kata seorg sahabat pd mulanya naik MPP, manusia akan menilai pada kekurangan sesuatu pihak sahaja, segala kebaikan yang dibuat hanya biasa shj.. buat salah, tak buat pun salah.. Kesimpulannya, kita memang x dapat nak puaskan hati semua pihak. Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. :)

    MOHD 'AFIF ABD AZIZ
    Mantan TYDP 0809 (backup besau suffi..hehe..)
    opsss... (dekan JHEPA) :D

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum dan salam sejahtera
    Berada dalam barisan kepimpinan selama 1 tahun 3 bulan 11 hari bukanlah satu jangka masa yang mencukupi bagi melakukan dan memenuhi sagalanaya.pabila diimbas kembali kesatuan antara barisan kepimpinan MPP sesi lepas dan barisan kepimpinan persatuan dan kelab membuktikan ukhwah dan kesepakatan seluruh mahasiswa terutama dibarisan kepimpinan mahasiswa amat penting dalam membawa suara dan memperjuangkan hak mahasiswa. Oleh itu, saya mengharapkan agar seluruh kepimpinan mahasiswa dapat saling bekerjasama bersama barisan MPM yang telah memegang tampuk kepimpinan selama 2 bulan 15 hari dalam mencari satu titik persefahaman dan kerjasama demi seluruh mahasiswa UMP.

    ReplyDelete
  9. salam..
    saya cukup tertarik membaca post sdr suffi kali ini.. lebih - lebih lg pnulisan ini dituju khas utk Dato' NC. belajar untuk menjadi pemimpin bukan sesuatu perkara yang mudah walaupun baru beberapa bulan saya berada di posisi ini. mungkin saya tidak mengenali kak izyan seperti mana saya mengenali sdr suffi.. tetapi mgkin saya blh mmberi penghargaan pada kak izyan sbg wakil kepimpinan mahasiswi yang boleh kami banggakan.hiburan perlu dikurangkan tetapi program ilmiah perlu diperbanyakkan agar UMP sntiasa segar dengan budaya ilmu. Pendirian mahasiswa perlu diperjelaskan agar kita tidak diperlekehkan..

    ReplyDelete
  10. Aslmkm, saya doakan semoga YH Dato NC tersedar dari lenanya. Dah byk perubahan yg dibuat atas alasan kebebasan tetapi sebaliknyaa ia menghilangkan baik yang sekian lama wujud di UMP. Penekanan kepada Soft Skills dan Core Values dah semakin malap. Baca al-Quran dipermulaan konvo dihapuskan, joget campur laki perempuan diarahkan buat. Tazkirah hari Isnin yg wajib kepada semua staf dimansuhkan, konsert matahari dipertahankan habis-habisan...
    Ya Allah! Bukakanlah hatinya supaya dapat melihat kebenaran...Aminnn!!!

    ReplyDelete
  11. nak buat byk pogram ilmiah cmner...
    sedangkan dlm exam n test pn de student meniru..
    dgn mcm2 toyol yg dibawa..
    kuliah yg ilmiah wajib tu pun xley datang..
    inikan pogram2 ilmiah yg sampingan..

    kene ubah mentaliti mahasiswa2 ni dulu..
    tarik diorang slow2..
    ini trus nk kasik pogram ilmiah yg berat2..
    mane nk dtg..phm2 je la, dlm ump ni bape kerat je yg btol2 nakkan ilmu..
    nak bedah buku konon, lecture note pun blom tentu abis baca..

    aku takde la sehebat sufi..
    tp aku dikelilingi org2 yg
    'asal nak pointer tinggi je tp belajo malas'...

    aku sokong sufi buat pogram ilmiah..
    tapi kene ilmiah yg boleh memumuk semangat belajar diorang..
    berdaya saing tuk dpt ilmu..
    bukannya berdaya saing tuk tiru dlm test dan tiru asaimen atau kuiz..

    sekian~~~~

    ReplyDelete
  12. interesting piece n comments. Those who keeps blaming others, should stop. Look for something for betterment, to yourself and/or for others.

    I can suggest what others do around the world.
    In States, where I used to study, we bring our own tumbler and container when we buy take-away foods. Kan dah x perlu plstik, 'white coffin', paper cup, etc. Apartment 5/6 tingkat you all tu sbelah cafe aje. Apa la berat sgt bawa 'tupperware' sendiri kan? Go Green, yay! Consider I am environmentalist. Educate the cafetatia operators too. Depa pun dpt jimat. Semua tu their cost. Skrang ni tumbler with cap byk jual. Everyone should hv one. We bring our own tumbler everywhere. n mind you, u feel more hygenic (nak nak H1N1). And you don,t ve to share your drink with others. I see students bring H2O to class, but in plastic mineral bottles. That doesn,t help the green. Get a group of friends, initiate the habits. and spread around campus. Create a good habits culture. I never stop bringing my own.

    Road behaviors. Accidents. hem.... what can I said. Student yg drive sendiri pun langgar zebra crossing. Once I stop at zebra cross to allow students to cross. Not just safety acts, tapi depa kan berjln, hadap panas lagi, hadap hujan lagi. kita dlm kereta, apa la salahnya bg laluan kan? nak ke mana laju sgt pun. tak sampai seminit stop. Budayakan sikap yg baik. Around the world, they pedestrian will always has 1st priority on the road. Sometime stgh tempat, jay crossing (offence) pun, motorist akan stop bg mereka lintas dulu. Kalau dah accidents kan byk ceritanya. So, Even tak de zebra crossing, di Malaysia ni mmg tak pernah nak bother padestrian pun. Change the habits. Spread the words, motorist (keta ke, motor ke) utamankan penjalan kaki. Susah ke? Or mesti berlagak sebab anda memandu kenderaan, dan mereka berjalan kaki?
    Learn good habits, practice it. Insyal'Allah.

    And all these can bring home habits. Practise it at home too.
    You can,t deny, that sometime at home, your family buy take-away foods. So bawa tupperware / Tenong /Sia / Senang cerita - mangkuk tingkat le.... Bw aje ke kedai. bawa balik, boleh terus hidang n makan pun. Tak perlu nak buka2 plastic kan?
    Seriously. Malaysia ni mmg bermasalah suka add to Green problems. Tak gitu.

    P/s: Please dont insult academician. We are not so lame to be dancing with Farah. Check ur facts before saying the wrong statement. Tu kira menghina dah. Saying sorry is a good gesture, but it has to be sincere. Go and visit scientist school admind office, and u tell me who dance. Tak sedap telinga mendengar, bila kawan sejawat call, said student tuduh lect menari terlompat2, bla2....

    ReplyDelete
  13. berpeganglah kepada prinsip "biar Gagal dlm exam asal Jujur menjawabnya".

    ReplyDelete