Thursday, April 15, 2010

Sudah-sudahlah AUKU Menghantui Mahasiswa!

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahasiswa Peduli





  • Pada hari Rabu 14hbh April 2010,TTT telah berpeluang secara tidak sengaja untuk menghadiri satu acara Forum yang cukup memberi kesan kepada jiwa muda TTT sebagai Mahasiswa di Malaysia Terchenta ini. Bermula dengan terbaca makluman di Facebook Dato' Saifuddin Abdullah mengenai Forum Bicara Ilmu bertajuk Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia:Peranan Mahasiswa  yang dihadiri oleh Universiti Malaya Centre of Democracy & Election(UMCEDEL)


  • Sekalung tahniah kepada Profesor Dr Redzuan Bin Othman,Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial(FSSS) kerna mengembalikan kemeriahan pentas forum di universiti kepada Ahli Politik arus perdana baik di pihak Parti Pemerintah dan Parti Opposisi. Kehadiran Dato' Saifuddin Abdullah sebagai Timbalan Menteri KPT drpd UMNO berforum di satu pentas bersama Yb Saifuddin Nasution Ismail,Yb Salahuddin Ayub dan Yb Anthony Loke amat dihargai oleh seluruh Mahasiswa yang hadir. Keberanian inilah akan membuka kembali minda Mahasiswa agar terus relevan dengan Poltik arus perdana,menyedarkan kita anak muda agar kita terus semangat memakmurkan Universiti dengan budaya ideal,intelektual dan mencabar pemikiran seorang Mahasiswa.

Sesi forum bermula dengan ucapan dan pendahuluan daripada Profesor Dr Redzuan Bin Othman:

  • 1.Mahasiswa masuklah mana mana Parti Politik tidak kira UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, GERAKAN dll tetapi jangan masuk Poltik hanya untuk menjadi pengampu.Sejarah telah membuktikan tokoh Pemimpin Pelajar yang lantang sewaktu usia muda akan terus kekal relevan tidak kira parti mana yang disokong.Dato' Shabery Cheek,Dato' Fuad Zarkashi,Dato' Saifuddin Abdullah dan ramai lagi merupakan Pemimpin Mahasiswa yang latang di zaman mereka terus kekal relevan di arus perdana poltik kini.Sebaliknya si Pengampu dalam dunia Poltik belum tentu menjamin tempat yang selamat.



  • 2.Universiti terutama Pihak HEP janganlah memandang rendah wibawa Mahasiswa dalam memahami kepentingan poltik arus perdana.Hujjah bahawa sekiranya Ahli Politik Pembangkang masuk ke Universiti berdebat dan berforum akan menyebabkan Mahasiswa kita terpengaruh hanyalah hujjah dangkal serta memalukan wibawa Mahasiswa. Apakah kita sebagai Mahasiswa sewenang wenangnya terpengaruh dan tidak tahu membezakan buruk dan baik politik kini? Justeru,Pihak FSSS dengan tertubuhnya UMCEDEL akan terus kekal relevan menjadikan Pentas Universiti sebagai wadah terbaik kepada Ahli Poltik Arus Perdana berdebat dan berhujjah secara ilmiah mengenai senario dan isu semasa Poltik Malaysia. TTT dimaklumkan sendiri oleh Profesor Dr Redzuan Othman selepas selesai forum bahawa Pihak Dato' Naib Canselor UM sendiri yang memberi lampu hijau penganjuran Forum Bersejarah ini tanpa melalui restu HEP.Malah Dekan HEP UM juga tidak hadir apatah lagi pegawai pehawai HEP.Alahai HEP~
Speaker Pertama,Dato' Saifuddin Abdullah:

  • 1.Sudah sampainya partisipasi Mahasiswa dalam poltik arus perdana di perkasakan dan diperluas.

  • 2.Dato' menggunakan istilah 'menghad upayakan' Mahasiswa agar Mahasiswa terus berada bersama sama Politik arus perdana.


  • 3.KPI yang baik kepada Poltik Kampus sebagai contoh ialah memastikan semua kerusi MPP dipertandingkan dan tiada yang menang tanpa bertanding. Selain itu,Dato' berkata ada Universiti(bukan UM apatah lagi UMP) hanya 60% pelajar yang membuang undi semasa PRK yang lalu.Angka sebegini amat menyedihkan dan memburukkan lagi proses penyuburan Demokrasi.
Cadangan beliau:

  • 1.Why not Mahasiswa sendiri yang mengendalikan Pilihanraya Kampus (PRK).Sekurang kurangnya Mahasiswa boleh memperlajari bagaimana menjadi pegawai SPR,dan tata cara pengendalian Pilihanraya sekaligus membantu menyuburkan demokrasi di Kampus terutmanya. What is so a big deal bro?


  • 2.Menghad upayakan(empowerment) Mahasiswa secocok dengan sifat Mahasiswa yang muda,bercita cita tinggi dan tenaga yang banyak harus di diberikan layanan yang selayaknya oleh Universiti. Kita perlu memberikan pengertian dan kefahaman Demokrasi sebenar kepada Mahasiswa. Dato' mengupas secara santai bicara Mantan Presiden ABIM,Dr Siddiq Fadzil  bahawa Demokrasi mencakupi dari 'Table banging to Street Shouting'. Maknanya,demonstrasi juga mnerupakanb salah satu satu kita membudayakan demokrasi yang tulen.
Speaker Kedua,Yb Anthony Loke,Ketua Pemuda DAP:





  • 1.Sdr Anthony merupakan Pemimpin Mahasiswa dan aktivis sewaktu di Universiti  Kebangsaan Malaysia. Beliau menyatakan bahawa demokrasi ialah proses penglibatan Masyarakat dalam partisipasi membuat keputusan dasar kerajaan.


  • 2.Golongan muda di Universiti merupakan golongan terpenting kerna kurang 30% cohort poengambilan pelajar diterima masuk ke Universiti. Maknanya,universiti mesti mempunyai nilai dan mencanai warga universiti terutamanya Mahasiswa sebagai frontliner leader atau Pemimpin barisan hadapan dan bukan followers semata. Ini penting agar budaya ilmu dapat disemai dalam masyarakat seterusnuya mebantuk masyarakat berilmu dan bersahsiah.


  • 3.Beliau mengkritik dasar 3M yang memberi impak nyang kurang baik kepada proses pembelajaran di sekolah dan juga di universiti.
Cadangan:

  • 1. Tambahan satu elemen pentinng dalam 3M iaitu kebolehan memikir. Pertelingkahan idea di universiti tidak dirai oleh sebilangan besar warga universiti yang hanya duduk dalam kepompong sendiri semata.


  • 2.Mencadangkan AUKU dimansuhkan kerna walaupun pindaan telah berlaku pada 2009 tetapi 'hantu' AUKU tetap berlegar legar menghambat Pemimpin Mahasiswa.Ia ibarat historical baggage dan memberi tekanan kepada Mahasiswa lantang bersuara dan mengkritik.


  • 3.Program membudayakan ilmu seperti pidato,forum dan debat mengenai isu semasa,dasar kerajaan dan universiti harus diperluas dan diberi penekana serius untuk memastikan penyuburan demokrasi terus berkembang.
Speaker Ketiga,Yb Hj Salahuddin Ayub,Naib Presiden PAS :



  • 1.Sdr Salahuddin Ayub menyatakan pendirian bahaa Pakatan Rakyat terus konsisten memperjuangkan hak Mahasiswa.


  • 2.Jangan layan pensyarah di universiti sebagai cikgu sekolah rendah.


  • 3.Jangan layan Mahasiswa Universiti sebagai anak anak murid sekolah rendah.


  • 4.PAS yang dahulu dikenal debagai Parti Tok Lebai,difitnah sebagai Parti Ekstrem dan sebagainya berubah menjadi parti yang dinamik dan konsisten. TTT sinis keseorangan apabila Yb Salahuddin secara berseloroh bahawa PAS tak seperti sesetengah Ahli Parlimen Katak yang khianat pada perjuangan membela rakyat (beliau jeling kepada Yb Saifuddin Nasution).


  • 5.Sebagai Pimpinan PAS pertama berdiri dan berforum di Pentas Mahasiswa,Beliau berbangga dan mengalu alukan proses demokrasi terus subur dihati anak muda Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa.
Cadangan:

  • 1.Yb Salahuddin Ayub mencadangkan Dasar Pendidikan Negara perlu dirombak dan diberi nafas baharu selari dengan tamadun masyarakat yang sudah berubah,Sehinnga kini kita bergantung semata pada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dalam mementukan dasar pendididkan negara.Ini sudah lapuk dan ketinggalan zaman.


  • 2.Maahsiswa Tahun Akhir diberi penekanan dalam memahami apakah ia Dasar Ekonomi Baru,Liberalisasi Ekonomi,Model Ekonomi Baru dan pelbagai isu semasa negara yang sewajarnya dikuasai oleh Mahasiswa.


  • 3.Beliau memberi jaminan seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat  PRU13,Pakatan Rakyat akan berusaha secara serius memansuhkan AUKU dan menggantikan kepada suatu akta yang tidak akan menekan kebebasan Mahasiswa berpartisipasi poltik dan sebagainya. Yes,kita mesti memerlukan undang undang dalam urus tadbir universiti,perlantikan Naib Canselor dan sebagainya tetapi bukan Akta yang terus menerus membodohkan golongan Mahasiswa.
Speaker Keempat dan terakhir,Yb Saifuddin Nasution Ismail,Setiausaha Agung PKR:



  • 1.Sdr Saifuddin Nasution tidak lagi diragui sebagai speaker terbaik pada malam itu.Memulakan hujjah dengan menceritakan suasana beliau di kampus dahulu dan perjuangan membawa Agenda Kebajikan Mahasiswa. Sebagai bekas Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UPM,beliau bercerita bagaimana assignment beliau dibantu oleh siswi siswi UPM. Dan, secara berseloroh, diakhir tahun pengajian,beliau mengambil salah seorang siswi sebagai isteri.Hadirin ketawa bila Yb berseloroh.


  • 2.Beliau menyatakan bersyukur dengan bermulanya sesi forum seperti ini dalam menyuburkan Demokrasi di universiti.Mahasiswa perlu kempali sebagai pemain aktif dalam partisipasi Politik arus perdana.


  • 3.Sdr Saifuddin mengambil kesempatan memberi penjelasan mengenai bayaran RM 77 juta oleh kerajaan UMNO-BN kepada perunding komunikasi dan untuk membaiki imej Kerajaan.


  • 4.Beliau juga sempat membentangkan pattern pengundi muda dan beberapa fakta penting.Drpada 27.7 Juta rakyat Malaysia,20.14 juta merupakan golongan di bawah 40 tahun .Daripada jumlah 20.14juta ini, yang berumnur 20 tahun ke bawah seramai 11.47 juta. Yang paling membimbangkan beliau memgenai demokrasi di Malaysia ialah lebih 60% orang muda yang layak umur mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi sah.Perkara ini amat membimbangkan kerna menjejaskan semangat demokrasi di Malaysia terutamanya dikalangan anak muda yang tiada kesedaran lagi.


  • 5.Malaysia merupakan rakan dagangan ke 18 dengan USA dengan nilai dagangan mencecah angka 18 billlion dollar dan tidak hairan pertemuan dapat dibuat antara Presiden USA,Barack Hussein Obama dan Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Najib Tun Razak.

Cadangan:


  • 1.KPI UMCEDEL selepas ini ialah menjemput tokoh utama pemimpin negara masa kini iaitu YAB Dato' Seri Najib Tun Razak,Yb Dato' Seri Anwar Ibrahim,Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Yb Lim Kit Siang duduk sepentas dasn berforum mengenai isu semasa. Cadangan tajuk ialah Model Ekonomi Baru.TTT sangat bersetuju dan sudah sampainya kita berforum secara terbuka dan ilmiah mengenai Dasar Kerajaan.


  • 2.Mahasiswa perlu turun kempen poltik di Pilihanraya (paling terdekat ialah Hulu Selangor) dan memakai jaket Mahasiwa memberi penerangan dan kritikan kepada kerajaan dan dasar2 nya.Jangan berkempen atas jaket Parti Politik. Jika nak tahu subur atau tidak demokrasi,Pihak Kerajaan dan Universit jangan menghalang Mahasiswa turun ke Hulu Selangor dan memberi penerangan situasi poltik kini dari perspektif Mahasiswa. Malah,Sdr Saifuddin terbuka dan menyolong seandainya Mahasiswa memberi kritikan dasar dasar Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Keterbukaan ini akan membukltikan demokrasi di Malaysia subur dan Mahasiswa mempunyai peranan yang lebih konstruktif.


  • 3.Universiti sebagai gedung ilmu perlu berfikir cara lain daripda realiti masa kini. Kita tidak boleh berfikir sama dengan masyarakat sekarang.Universiti perlu memastikan hak Mahasiwa dihormati.Pemimpin Maahsiswa perlu pragmatik,lantang dan advokasi dalam tindakan dan berfikir.


TTT telah mengemukakan soalan kepada Panelis iaitu apakah jaminan Pihak KPT dan universiti agar progrm Forum Ilmu seperti ini dapat dilakukan bukan sahaja oleh Pihak UMCEDEL malah dibuat oleh seluruh IPT tanpa ancaman dan ugutan pihak tertentu. Sepanjang foeum,TTT telah dihidangkan dengan idealisme yang cukup segar dan dinamik sesuai dengan status Mahasiswa dan universiti tetapi kita bimbang Pihak Universiti dan warganya masih belum bersedia.

Jawapan Dato' Saifuddin,AUKU 2009 telah dipinda dan kita membenarkan Forum Ilmu dan panggilah siapa siapa tokoh ang layak baik di bidang PoltikEkonomi,Agama dan sebagainya sebagai Panelis tanpa perlu takut dikenakan AUKU.Jaminan Dato' Saifuddin jelas,terang lagi bersuluh. "Kalau ada sesiapa yang menghalang,let me know,ok bro?" betah Dato' Saifuddin Abdullah  meyakinkan kami Pimpinan Mahasiswa yang hadir.





Kesemua ahli forum bersetuju Universiti terbina bukan pada fizikal semata.Asas penubuhan universiti terulung di dunia seperti Universiti Al Azhar hanya bermula dengan Pengajar dan yang hendak belajar.Bercambah dan bermaruah sesebuah Universiti bergantung kepada ketinggian keilmuwan dan intelektual dan bukannya kepada aktiviti hiburan dan publisiti murahan semata mata menaikkan nama Universiti.~Alahai UMP~


TTT berasa bertuah kerna turut sama dalam Forum yang begitu bermakna dan segar...Keterbukaan Dato' Saifuddin Abdullah berhujjah dan berkongsi pentas dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amat memberi kesan.Tidak ramai malah TTT berani jamin tiada seorang Pak Menteri daripada UMNO-BN yang seberani dan terbuka seperti Dato' Saifuddin Abdullah dalam isu berhujjah tanpa memilh bulu.Malah suasana forum aman,tenteram dan penuh disiplin. Sudah sampai masanya Mahasiswa  sedar betapa kita berharga buat Malaysia. AUKU sudah terbukti tidak relevan lagi membantu perkembangan Mahasiswa dan kita memerlukan perunbahan ,minda secara serius untuk memastikan demokrasi terus subur,idealisme Mahasiswa tidak disekat dan kita BERHAK bersuara dan mencabar dasar Kerajaan apatah lagi Dasar Universiti....HIDUP MAHASISWA!

"Bring back the SOUL of university"



The Think Tanker
 Jumaat 16 April 2010
4.30 am di Kolej Kediaman 1




15 comments:

  1. posting yg sarat dengan pandangan, pendapat dan cadangan dr setiap ahli panel forum...

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada KPT, Moga demokrasi terus SUBUR berkembang dikalangan Masyarakat kampus.

    ReplyDelete
  3. bro lu pkai baju boleh bikin kontroversi lagik nih...hahahaha....salute!! jom buat gak akt UMP bnda cmni...bleh kita work on it?

    ReplyDelete
  4. haha...Tuan Presiden MECHAPRO.sesungguhnya betapa saya sayang dengan MECHAPRO dan UMP.Walaupun tgh cuti,gua tetap datang forum pakai baju melambangkan MECHAPRO dan UMP.semangat beb.kita orang muda mesti lah semangat dan penuh idealisme.

    Kerjasama nak buat progrma mcm ni?Nyiru tapak TTT tadahkan....InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. TTT, boleh tak uploadkan auku yang dah terbukti tidak relevan tu.. Selama ni kita tak pernah tau pun ada 'hantu' yg menghalang kita. Uploadkan, kita nak tau apa binatangnya auku tu, supaya kita tau apa yg nak kita tentang, dan biar kita tentang bersama-sama!

    ReplyDelete
  6. Yang ini antara Pekeliling yg dah dikeluarkan oleh KPT kepada Dato' Naib Canselor kita yg menghalang Mahasiswa Partisipasi dalam Poltuk Arus Perdana...Alahai~

    LARANGAN PENGLIBATAN STAF DAN MAHASISWA DALAM SEBARANG AKTIVITI PILIHAN RAYA BERIKUTAN PELAKSANAAN PILIHAN RAYA KECIL KAWASAN PARLIMEN (P094) HULU SELANGOR



    1. Izinkan saya menarik perhatian semua staf dan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) terhadap pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen (P094) Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April 2010 dan surat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bernombor rujukan JPT.S(HEP)2000/011/023/01 (76)bertarikh 8 April 2010 adalah berkaitan.



    2. SEMUA STAF DAN MAHASISWA UMP adalah diingatkan untuk TIDAK TERLIBAT dalam apa jua aktiviti pilihan raya termasuklah apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai perlambangan simpati, kempen, bangkangan dan lain-lain terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan pilihan raya kecil tersebut.



    3. Sehubungan dengan itu, SEMUA STAF adalah diingatkan untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun di bawah Seksyen 5, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] dan Perintah-Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.



    4. Bagi maksud larangan ini, SEMUA MAHASISWA adalah diingatkan untuk menghormati peruntukan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [P.U.(A) 231/2009] bagi memelihara imej UMP daripada dicemari anasir-anasir negatif yang boleh menjejaskan taraf kesarjanaan universiti ini.



    5. Saya dengan ini mengarahkan pembekuan semua aktiviti staf dan mahasiswa di kawasan Hulu Selangor mulai 16 hingga 25 April 2010. Pengawasan dan pemantauan akan dibuat bagi memastikan arahan ini dipatuhi.



    6. Justeru, sukacita saya menasihatkan semua staf dan mahasiswa untuk menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan kewajipan masing-masing serta menunaikannya dengan penuh integriti. Minda, tenaga dan gerak kerja semua staf dan mahasiswa UMP sepatutnya difokuskan kepada perkara-perkara yang menambah nilai kepada kualiti kerja dan seterusnya memartabatkan Universiti ini.



    Sekian, terima kasih.



    Yang ikhlas,





    PROFESOR DATO' DR. DAING NASIR IBRAHIM)

    Naib Canselor

    Universiti Malaysia Pahang

    ReplyDelete
  7. TTT, ooo.. teruknya auku.. generally, auku tu mmg khas utk aktiviti pelajar berpolitik la ye? daing tu ke yg buat auku, ke KPT? klu mcm tu, tu dah jadi kuasa veto dah tu, diktator.. ke semua naib canselor perangai gitu?

    tak adil la pelajar dihalang drpd terlibat pilihanraya. ini namanye menghalang proses demokrasi.. (sorry, tak dpt nak masukkan nick sy. sy yg tanye psl auku td)

    ReplyDelete
  8. Its Ok...bukan daing la..sesuka ko jer ek?huhhuh

    Profesor Dato' Dr Daing Nasir Ibrahim,Naib Canselor UMP yang mengeluarkan memo ni berikutan Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh KPT.

    TTT percaya surat ini telah dikeluarkan kepada seluruh IPTA seMalaysia.

    Kita hormati Surat tersebut cuma Mahasiswa yang telah capai umur 21 Tahun mempunyai hak untuk partisipasi Politik Arus perdana.Kena hati2 dan janganlah pakai baju lambang dacing ka,bulan ka,bulan sabit ka,roket ka..nasihat TTT cukup andai kita turun sebagai Pentas Mahasiswa.Maahsiswa mengeluarkan pandangan dan kritikan mengenai prestasi kerajaan BN DAN pakatan Rakyat.

    Lagipun,UMP dan IPTA lain sedang hadapi minggu Exam.So,fikir fikirkan lah...

    ReplyDelete
  9. so, auku tu yg mana satu TTT? yg betul2 hantu tu kat mane? KPT ke UMP ke daing ke.. biar kita tentang habis-habisan! (sy lg..)

    ReplyDelete
  10. hahaha...sabar bro...jangan cepat melatah

    Sebenarnya dalam AUKU hanya ada beberapa perkara yang Mahasiswa masih menentang.Contoh

    15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

    (a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

    (b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
    (c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
    kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

    InsyaAllah kita akan cuba memahami AUKU Pindaan 2009 Dan Mahasiswa tidak lagi boleh dibodoh bodohkan dengan ugutan murahan.

    ReplyDelete
  11. sorry2.. bukan melatah beb, semangat..

    so, maknanye TTT, inilah dia hantu tu ye? ada lagi ke yg berat2? sbb sy nampak kalimah ni "...Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli..." bermakna dibenarkan la ye? betulkan klu sy tersilap.. yg ni dah pinda blum?

    ini dah jd budibicara Naib Canselor utk membenarkan pelajar universiti menganggotai parti politik, pertubuhan, badan atau kumpulan. so yg aukunye Naib Canselor UMP lah ye? Daing kan? klu ada penghalang, TTT kena tentang la habis2an. kat sini dia dah kata boleh terlibat kenapa pulak dihalang. ini diktator, universiti diktator. UM yang dah 100 tahun pun tak sampai mcm ni, inikan pulak UMP yg baru tubuh 2-3 tahun ni. Rugi la duduk UMP kan TTT? (sy lg..)

    ReplyDelete
  12. owh auku yang semakin tdk relevan..
    mahasiswa sudah mampu mnilai baik buruk ssuatu perkara..
    disebabkan hal itu lah mahasiswa dihalang dan dicengkam dr lantang bersuara oleh auku..
    owh..sungguh penakut pihak itu..
    inilah dasar pemerintah negara..
    bimbang klu ada yang lebih 'cerdik' utk menilai dr mereka..
    owh~~

    ReplyDelete
  13. pak menteri sudah bagi lampu hijau tu,ape lagi,jalan la..

    ReplyDelete
  14. dengar cite tahun lepas mase zaman ko bro,ade pemuda UMNO dtg jumpe MPP dan wakil semampan..dato NC pun restuinya.. agak-agak tibe2 wakil PAS atau PKR nak jumpe dgn wakil student secara rasmi,hanya utk berkenal kenalan, pihak UMP akan izin kan x?? di mana bukti demokrasi dan keadilan dlm sesuatu perkara... renung-renungkan lah...cakap kene ikut auku, tp klu UMNO masuk boleh je,..wahahah

    ReplyDelete
  15. yeaaa... mahasiswa sudah pandai membezakan antara yg baik dgn yg buruk! betulll...

    pemerintah kita mmg zalim bro. mrk gunakan auku utk menghalang dan mencengkam mahasiswa. buat hape ada universiti klu nak keluarkan mahasiswa bodoh? selama ni graduan2 yg keluar drpd IPTA semua bodoh2 bro. sbb pemerintah negara bimbang mrk jd lebih cerdik semasa di universiti. yg tak pg universiti je yg pandai pasal diorg tak dicengkam oleh auku. mcm ghafar baba, dia pandai pasal tak masuk universiti. sape lg?

    cpt la TTT, kata nak uploadkan auku yg membodohkan kita tu. tak sabar ni. kita print out, kita buat upacara membakar auku bro sbg simbolik taknak jadi bodoh lg.. klu boleh kita bakar kat depan menteri dgn naib canselor TTT tu. (sy lg bro...)

    ReplyDelete