Thursday, April 22, 2010

Rendahnya Wibawa Anak Muda,Alahai Mahasiswa Malaysia~


KPT Larang Pelajar IPTA Kempen di Hulu Selangor



KUALA KUBU BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengeluarkan arahan melarang semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini terlibat dengan sebarang kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor.





Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPT tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan berkempen mengikut Akta Universiti dan Kolej Universtiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.


Pilihan raya kecil kali ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan Parti Keadilan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim .

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 25 April ini sebagai hari pengundian.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/22/mstar_berita/20100422163534&sec=mstar_berita


  • 1. Anak muda yang cukup umur mengundi 21 tahun,22 tahun 23 tahun sudah dibelenggu. TTT sama sekali tidak setuju dengan surat pekelilimg ini dan ia amat merendahkan wibawa Mahasiswa Malaysia. Alahai, bagaimana semangat penyuburan demokrasi akan subur andai anak muda terutama di Institu Pengajian Tinggi terus diperlakukanj seperti budak sekolah rendah...

  • 2.Kita minta supaya Pimpinan Tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi terutama Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Seri Khaled Nordin,Timbalan Menteri, Dato' Saifuddin Abdullah dan Datuk Dr Hou Kok Chung  supaya meneliti kembali keperluan dan relevan peraturan seperti ini kepada generasi anak muda Malaysia...Mahasiswa punya HAK untuk turut sama merayakan dan menyuburkan DEMOKRASI di Malaysia...!

Hidup Mahasiswa Peduli!

TTT




15 comments:

  1. adus....da masok U..wat per nk politik?????
    belajar la....

    klu nk politik sangat pon.....
    MPP ade an.....
    so logik atau x pelajat ipt boleh ikut kempen pilihan raye.....

    ney sikit2 nak salahkan auku....
    hurmmm....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Anonymous,saya hormati pandangan anda...sebenarnya cara jawapan anda itu juga menunjukkan anda sedang berpoltik...TTT setuju bahawa kita belkajar di IPT.Cuma,adakah dengan berpoltik,kita tidak belajar apa2?Renungkanlah..negara Maju spt Britain sebagai contoh,demikrasi mereka cukup subur.Tuntutan2 Rakyat lebih dilayan dengan wajar tanpa kepentingan semata.Anak muda mesti mendahului kerna kita punya daya pemikiran dan tenaga.

    Daripada 27 juta rakyat Malaysia...

    Seramai 20 Juta berumur 40 Tahun ke bawah...
    Dalam bilangan 20 juta berumur ke bawah,60% tidak mendaftar sebagai pengundi..satu angka yg sangat membimbangkan...

    Potensi pengundi muda dibawah 20 tahun sebanyak 11 juta...

    Maknanya,jika anak muda celik politik,sedar bahawa tanggungjawab negara juga digalas dibawah bahu anak muda apatah lagi Mahasiswa, maka KUASA UNDI anak muda bisa merobah lanskap politik Malaysia.

    Kebaikannya:

    1. Kerajaan akan cuba memenuhi kehendak anak muda.Apa kehendak kita?Kita mita suara kita lebih dihormati dan bukan diketepi.Poltik salah satu cara utk Mahasiswa bejalar hak kita.

    2.Kita minta supaya biaya pendidikan dan kos sara hidup dapat dibantu oleh kerajaan Malaysia. Laporan KPT ada mengeluarkan kajian pelajar IPT yang kelaparan akibat tekanan kos hidup dan sebagainya.

    3.Kemudahan pengangkutan awam dapat diberi diskaun kepada MAHASISWA seleuruh Malaysia. Cth: Dahulu kos ticket perjalanan dari KL-Kuantan sebanyak RM 16.90.Sekarang,akibat tekanan beberapa pengusaha,kenaikan tambang dikenakanm sur caj 30% meningkat kepada RM 22 utk KL-Kuantan.Kerajaan perlu meneliti kesan kepada pelajar IPT dimana wang pinjaman PTPTN tidak pula dinaikkan.hrm....banyak lagi isu orang muda yang TTT kira jika kita punya KUASA tekanan,Pihak Kerajaan bisa meneliti kembali dan memenuhi tuntutan Anak Muda Malaysia.

    Saya mohon utk dibahaskan...

    ReplyDelete
  3. sbb 2 saye katekan politiklah di mpp 2 peluang mahasiswa....yg nk politik kt hulu selangor sgt 2 buat aper???

    adekah segale tuntutan yg anda nyatakan diatas dapat disampaikan di sana???atau mana2 tempat pilihan raye....

    jadi....kpt sediakan alternatif baik untuk mahasiswa...mpp bukan???gunakan lah sebaiknye....

    bukankah tahun lalu...dalam bajet 2010...beberapa tuntutan mahasiswa diluluskan seperti tambang ktmb serta ptptn...klu nk suburkan sgt semangat demokrasi....kite kene bermula dri kampus....di ump sendiri...ketiadaan pro-m serta pro-a mengurangkan rasa hangat demokrasi....jadi..adakan lah supaya penyuburan demokrasi dapat dijalankan....

    jangan lah anggap org lain menjalankan sesuatu perkara sebagai penghalang mencapai perkara....
    klu nk politik sgt....politik dgn berkhemat....jgn gunakan politik keanak-anakan.....takat dihalang ke kempen pilihan raya sahaja...dh anggap mahasiswa xakan merasa demokrasi sebenar.....

    dalam proses pembelajaran juga kite bermula dri bawah...dan apabila ilmu penuh didada....jalankan lah tugas anda....

    ReplyDelete
  4. Sebab tu saya nampak anda masih ada masalah dalam memahamakan makna penyuburan demokrasi sebenarnya.MPP hanyalah salah satu platform. Saya sendiri merupakan ahli MPP UMP siatu ketika dahulu.Demokrasi adaah sesuatu yg lebih besar.Saya sinis kalau anda Mahasiswa,anda telah meletakkan wibawa MAAHSISWA tempat yg paling rendah.

    Saya bercakap dari sudut semangat perlembagaan dimana setelah berumur 21 tahun kita berhak untuk terlibat masa dalam prosers demokrasi di Malaysia. Saya boleh faham pemikiran dan pemahaman serta hujjah anda cuma Mahasisa bioleh berperanan lebih daripada itu.Bukan pemain politik kampus semata.

    1.Isu Hulu Selangor,janganlah jadi pat turut wahai Mahasiswa.Janganlah pergi ke Hulu Selangor memakai baju poltik partisan. Maksud saya ialah kita turun ke Hulu Selngor sebagaai Maahsiswa.Sepatutnya kita juga(contoh anak2 felda dan masalah generasi Felda kedua),Maahsiswa yg berasal drpd Felda wajar memaiknkan peranan menerangkan diPentas Mahasiswa untuk menuntut beberapa hak yg telah dinafikan.Malasalah sosial di felda,maslaah penganguran,dadah dan segalanya memerlukan pernana yg lebih.Tak salahkan Mahasiswa tampil sekurang kurangnya menunjukkan kita sebagai JURU bICARA mASYARAKAT.

    2.Saya setuju dgn hujjah anda bahawa kita tak perlu bermain pioltik keanakan sebab itulah saya nyatakan Mahasiswa yang telah cukup umur 21tahun Wajar diberikan kebebesan untuk memelilih jalan poltik sebenar.Klau soal Masalah sekarang nim,orang2 yg mempunyai pemikiran seperti anda telah MEMATIKAN tuntutan ini.Apa yang masalahnya berpolyitik setelah hak kita dalam perlembagaan Mlaysia membenarkan ia.

    4.Kalau soal tuntutan kami dama bajet 2010 dipemuhi,saya cakap alhamdulillah tyerima kasih.Tapi ia masih belum cukup.BELUM CUKUP.Anak muda mahu sesuatu yg lebih hakiki.Malaysia kalaub hendak maju,kita perlukan pemikiran anak muda yang senantiasa mahu lebih kebaikan dan sebagainya.

    5.Apa masalah Poltik?aNDA gunakan hujjah MPP tempat terbaik berpolitik kampus.Saya sendiri Mantan MPP dan jika anda kenal saya,anda tahu kamilah antara pemain aktif poltik kampus. Kesedaran poiltik kampus terutama di UMP semakin baik jika kita lihat kembali statistik n kempen Pilihanraya Kampus UMP 2010 baru baru ini:

    i) 80% Mahasiswa di UMP telah keluar mengundi

    ii) Semua kerusi di Fakulti dan Umum dipertandingkan dan inilah julung kali pertamnya sem,ua kerusi dipertandingkan.Cuna lihat Universiti2 malah di Universiti besar pun ada yang menang tanpa bertanding.

    Cuma adakah ia cukup memadai?Proses Demokrasi bukan semata mengundi n Pilihanaraya Kampus.Inilah masalahnya. Di realiti masayrakat kini,Dempokrasi hanyalah bila ada Plihanraya Umum Atau Pilihanraya lkecil semata.Alahai~Demiokrasi adalah leboih besar daripada itu.Ia melibatkan partisipasi depd golongan masyararakat sivil atau rakyat kepada Pihak Pemerintah dalam segala dasar dan keputusan.

    4.Saya boleh faham hujjah anda.Anonymous can be anybody.Awak bolah jadi pegawai,student atau sesiapa sahaja.Tapi fakta tidak boleh diubah.Semangat AUKU telah emmbuat sebahagian besar proses demokrasi di universiti lesu.Ya,kita bertandng MPP dan sebagainya.Kemudian apa??? Balik bilik Mahasiswa terus lupakan maslaah masayrakat n masalah mahasiswa sendiri.Balik bilik main game,suka2 dan tak peduliakn hal lain.Serahkan semuanya kpd MPP,kita goyang kaki. Di MPP pon,bila kita hendak bergerak dan sedikit idealisme,dikawal dan dipantau tanpa beri ruang anak muada bergerak bebas sedikit.Tanyalah saya,tak senang duduk dibuatnya.Alahai~

    Konklusi: Sbg Anonymous,saya hormati pandangan anda.Kita boleh berbeza pandangan tapi berhujjah dgn baik.Saya yakin sudah sampainya kita buka ruang seluas luasnya kepada Maahasiswa untuk berfikir...

    TTT mohon utk dibahaskan...

    ReplyDelete
  5. dlm kempen pilihan raye....mahasiswa tetap akan menyampaikan ideologi parti pilihan mereka....bukankah lebih baik mahasiswa mempolitikkan isu mahasiwa dalam masa yg sama memberi kebaikan kepada mahasiswa sendiri...jika kempen sana...suara mahasiswa dalam menyedarkan masyarakat.....eyh.....laen waktu pilihan raye xnk buat...idea datang sbb nmpk peluang....bukan kerna kesedaran dlm mengubah masalah disana....hebat anda ney....beramal sambil berkempen....api dalam sekam sgt....

    kenapa anda rasa xcukup.....sebab anda xgunakan sebaiknya....klu dalam bajet 2010 masih xcukup....masih boleh minta lagikan....dgn jalan yg sama jugakan....xde masalah la...bincang elok2....bila dapat persetujuan kerajaan...berlaku lah perubahan....xde masalah....

    keadaan xcukup demokrasi dalam kampus....anda sendiri perlu berfikir...bagaimana sesuatu politik itu dicorakkan....anda nk ade demonstrasi mcm U laen????sbb 2 saye ckp..keadaan pro-m n pro-a...ianya mampu mencorak demokrasi yg anda dambakan.....jika masih xcukup....nk baling2 tong cat????xmatang bukan.....

    tpi klu politik nyer lebih....kerje xjalan baik xpayah....dh lepas jawatan baru nk angin2....lapuk sangat.....

    ReplyDelete
  6. 1.Pertamanya Sdr Anonymous menghentam peribadi saya dan menggunakan hujjah xsangat dangkal.Tiada fakta yg kukuh cuma bermain sentimen2 murahan.Yang ini saya TIDAK bersetuju.Saya membuka matlamat perbahasan agar perbahasan dapat melahirkan pemikiran intelektual dan ada daya saing demi kebaikan masa hadapan.Tapi sdr Anonymous masih ditakuk lama,menyerang saya dgn keterlaluan.Memberi persepsi yang bukan2.Menghukum Mahasiswa berpolitik tanpa memberi dahulu apakah bukti dan fakta Bahawa Mahasiswa akan menyokong Poltik PARTISAN.iNI TIDAK ADIL DAN MELAMPAUI BATAS!

    2.Ikut Prinsip, saya telah menyatakan bahawa Sudah sampai masanya Peranan Mahasiswa dalam Poltik Arus Perdana dinilai semula.Saya telah bagi angka berapa ramai anak muda yg masih tiada kesedaran mengamalkan demokrasi sebenar.Kita bimbang perkembangan ini tidak baik untuk sebuah negara Malaysia yang masih lagi hendak maju setapak kehadapan sekiranyan amalan demokrasi dan kesedaran berpoltik masih rendah.Ini jelas.Rujuk balik angka di atas.Anda tidak prihatin.

    3.Penjelasan Tun Dr Mahathir dalam sesi Ucaptama beliau baru2 ini bertajuk "Beyond Vision 2020" di Universiti Teknologi Petronas menyatakan secaraa jelas bahawa Wawasan 2020 seakan akan meleset sedikit untuk Malaysia maju.

    4.Dalam Siri Ceramah Tengku Tan Sri Mahaleel di Universiti Malaysia Pahang bekas Orang kuat yang memulakan Proton dan menjadi Think Tanker kepada kerajaan Pimpinan Tun Dr Mahathir juga menyatakan wawsan 2020 pasti meleset akibat kerosakan dan kepincangan beberapa pelaksanan dasar Kerajaan.Ini jelas menunutut perubahan amalan poltik baru.Dan Anak Muda saya kira bertanggungjawab untuk melakukan perubahan.Bagaimana hendak berubah,kena mulakan dengan ilmu dan kefahaman.Kena mulakan dulu kesedaran dan tahu menegani hakl yang telah dilindungi oleh Perlembagaan.Mudah kan?

    5.Sdr Anonymous banyak bermain dengan persepsi dan tuduhan tidak berasas.Saya kesal kerna kita telah beri pendapat dengan jelas dan mengikut fakta.Anda mudah bercakap bseperti tidak memahami makna demokrasi sebenar.

    6.Mengikut pandangan Dr Siddiq Fadzil,Mantan Presiden ABIM menytakan konsep sebenar demokrasi ialah "From Table Banging,into Street Shouting"(betulkan bahasa inggeris saya jika salah),apa maknanya,maknanya,ruang demokrasi cukup luas dan mencabar.daripada di medan mesyuarat hinggalah ke medan tunjuk perasaan.Ini jelas.Kenapa nak pertikaikan lagi??Saya pelik jika anda tidak memahamai dengan jelas penyuburan demokrasi sbenar,masih berani menulis di blog saya.Alahai Anonymous~

    7.Semasa Kepimpinan saya dan teman2 MPP UMP sesi 2008/2009,banyak perkara telah kami sedaya upaya perjuangakan atas kapasiti Yang Berhormat Universiti,YA,Saya akui bahawa masih banyak lagi perkara tertunggak,masakan 1 tahun 3 Bulan mencukupi kami henadak melakukan segalanya.Ini tidak adil.Kerajaan Parti Perikatan dahulu atau sekarangnya Kerajaan Barisan Nasional selama 52 tahun pun masih banyak perkara yang tidak selesai bahkan isu asas seperti kemudahan air di LABUAN Masih lagi emnjadi permaslaaahan harian yg menghambat rakyat.Ini masalahnya.

    8.Sdr Anonymous menghukum kami tetapi saya tegas bahawa anda sangat kasihan.Anda bercakap soal isu dan perkara yg anda tidak faham sepenuhnya. Saya punyai hak bahawa tidak perlu respon kepada komen2 Anonymous kerana anda boleh jadi sesiapa sahaja.Tidak adil kerna anda juga telah menyerang saya sewenang wenangnya....Ttetapi atas dasar Mahasiswa Peduli,Saya tegas dan tidak akan biarkan Hak Mahasiswa terus diperlekeh lagi.

    Saya mohon secara baik sdr Anonymous,sila perkenalkan diri anda,siapa anda,dan buatlah homewark terlebioh dahulu sebalum hendak mengkritik dan berhujjah denagn saya,The Think Tanker!!! Hidup Mahasiswa!!!

    ReplyDelete
  7. hoo toh..keno doh di supi..lain kali kecek molek r..ni nk bgkang fakta hok supi bg..tuh fakta,buke auta..btul r pe supi royak,nk wat tuduhan kena ade bukti jelas,bkn men ckp jer..kl men ckp jerr tnpa bukti,fitnah namenye tuh..fikir2kan lah..selamat beramal~~insan y cmrlang dtgnye dari minda y crdas..yerp2..(ayat chaparela)

    ReplyDelete
  8. bukan kawasan aku pun..

    sapa menang x pun x kisah..
    sapa yg menang mesti guna pengundi hantu punya..

    ReplyDelete
  9. Anonymous anda nampak lum matang lagi berbicara kerana emosi anda kurang stabil.. idealis ada agak longar.. dinasihatkan banyak membaca dan memunasabah diri.. gaya bahasa pun nampak terlalu rendah moral anda.. Kita xperlu terlalu beremosi.. Dan bila berbicara betul kan niat InsyaAllah tuhan akan beri rahmat tentang apa yang kita cuba sampaikan.

    ReplyDelete
  10. tapi sape yg nmpk lebih emosi ek???

    ReplyDelete
  11. tidak perlu mempersoalkan.. cukup sekadar memunahsabah diri... Ya Allah ko berikan rahmat pada sahabat Anonymous ku ini tunjukanlah ia kejalan yang benar rahmatilah hidup nya Ya Allah.. Amin ya rob..

    ReplyDelete
  12. Politik ni ade dua jenis...Politik Wang dan Politik Kenegaraan...Ape maksud politik?ianya adalah suasana negara...bukan suasana wang,jadinya...sebagai rakyat yg TERPELAJAR, harus ambil tahu tentang negara,apa situasi sekarang dan apa implikasi akan dtg jika kerajaan melakukan semua ini...tu orang kata ambil tahu,kau duduk di malaysia,xkn kau nak ambil tahu politik negara lain?ambil tau pasal malaysia dulu...persoalan disini,kerajaan sgt takut kepada mahasiswa kerana mereka ni golongan yang pandai dan boleh lwn mereka...mereka bermain politik wang,jd periuk nasik mereka diganggu...apa salah mahasiswa nak ambil tahu pasal negara mereka?apa hak nak halang?dah daftar undi pon,jd kami ni berhak...jgn bagi alasan "pergi belajar",memang la belajar,jgn jadi katak bawah tempurung...ni mahasiswa bawah tempurung...adoi bak kate acai haha...

    ReplyDelete
  13. Tu nama aku terpampang tulis...meh aku cerita kat hang,bukan gado2 xdak...cerita sat,jgn dok dengar sgt media ni,tu kulit muka depa...banyak blog2 atau online news paper kat internet...jgn kte ttp mata sedangkan tidak buta...bukak mata ni bukak minda jugak...setakat bajet 2010,alah...bajet tuk poket depa lagi bnyk,repair bumbung flat di Hulu Selangor 5 billion,hang tau 5 billion tu banyak mana?5 juta tu hang kali 1000,repair bumbung sampai 5 billion...aku blaja awam,aku taw la kira kos...jgn nak tipu la...apa ingat rakyat bodo ka?mula la nak emo haha,xmo pon...nasihat

    ReplyDelete
  14. Tq Muhammad Iqmal,anda telah membuktikan bahawa Mahasiswa Malaysia sebenarnya mahu dan hendak berpartisipasi dalam Politik Arus Perdana cuma terlalu 'takut' akan AUKU seoalah olah AUKU akan halang semuanya...alahai~

    Cumanya,nasihat TTT ialah perbetulkan kembali niat kita kerna tujuan kita cakna n PEDULI Politik bukan kerna wang atau kuasa cuma kesedaran Anak Muda yang chentakan negara...

    Pemimpin terutamanya Pak Menteri xbley wat sewenang wenangnya....Itu JAMINAN TTT kerna Anak Muda terutama Mahasiswa senantiasa PERHATIKAN PRESTASI Kerajaan baik BN tau PR...

    KUASA UNDI ada ditangan kita!!!

    ReplyDelete
  15. Thats right...aku sebenarnya nak bukak bisnes pas study,cita2 aku la...tp hang tau la,aku ni melayu...kalau xsokong owg ni,owg tu susah wei...tp kalau lah,ekonomi malaysia ni bagus,mata wang naik semula...politik ok,aku rasa bisnes mesti baik punya...tp yg aku sedih,masih ramai org mengamalkan duit under table ni...sebab aku slalu lepak ngan brader2 main kontrak...jd aku taw sikit2...ape2 pon aku harapkan pemuda yang ada skunk ni,ubah...jgn jd mcm orang tua sekarang...dosa dieowg biar tuhan tentukan,yang masih muda ni tolong la,please2...ubahkan...aku takot aku pon boleh terlibat sama kalau masih mcmni keadaan malaysi

    ReplyDelete