Saturday, April 3, 2010

Menteri Dah Cakap Berbuih Mulut,Sampai Masanya KITA ubah sistem!



 IPTA, IPTS perlu tingkatkan lagi program kemahiran


PEKAN 3 April - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) digesa memperbanyakkan lagi program kemahiran bagi menyediakan modal insan yang dapat memenuhi keperluan pasaran dalam sektor awam serta swasta pada masa ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara program kemahiran yang perlu ditekankan termasuk dalam aspek komunikasi, keperibadian dan berakhlak tinggi, inovatif serta kreatif. -Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

LAGI

PM letak IPT di tahap tertinggi - Khaled

03/04/2010 2:42pm

PEKAN 3 April - Peranan institusi pengajian tinggi (IPT) diletakkan pada tahap yang lebih penting di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam tempoh setahun ini, Najib menunjukkan komitmennya yang bersungguh-sungguh dalam menggembleng tenaga golongan intelektual untuk membangunkan negara. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm


Realiti di UMP:

  • 1.Akademik TERLALU membebankan Mahasiswa.Peluang untuk beraktiviti amat terhad kerna Mahasiswa terutamanya yang berulang alik ke UMP Pekan terlalu penat dan melelahkan.Kami Mahasiswa FKM tahun Akhir terpaksa amik 21 jam kredit.Melelahkan.

  • 2.Program ilmu dan intelektual yang mencambah minda Mahasiswa yang dianjurkan daripada Mahasiswa hampir tiada. Mana ada Pidato Mahasiswa,Forum2 Ilmu,Bedah Buku.Mahasiswa semakin lesu kerna TIDAK berani mencabar status quo dan dimomokkan dengan budaya senang lenang,budaya lepak minda(hanya nak seronokkan minda dengan dengar konsert,minijam dan sebagainya). Persoalannya,Mahasiswa hadir di lapangan Menara Gading sewajarnya diberi kebebasan seluas luasnya untuk mencabar pemikiran,membetulkan sistem andai ia tidak betul,berani kehadapan seandainya HAK dinafikan. Sebaliknya,Mahasiswa yang berani ditekan,blog mereka yang menyatakan ketidak puas hatian dipantau sehingga Blog TTT yang memberikan sedikit suntikan idealisme,input dan fakta sebenar pon di lihat sebagai negatif oleh sesetengah pihak.Ada sesetengah pegawai UMP menyatakan 'budak budak ni Jahat!'. TTT nak tanya,yang mana dikatakan JAHAT???Ini semua propaganda untuk menidakkan kebangkitan Mahasiswa agresif,responsif dan PEDULI.

  • 3.Blog,FB yang menjadi medan terakhir untuk kami bersuara juga seolah olah dipantau ketat sehingga menjadi tajuk Khutbah.Khutbah Jumaat pada 2 April disampaikan sendiri oleh Dr Hassan Ahmad,Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan menghurai secara panjang lebar konsep KEPEDULIAN,serta konsep bersyukur,Mahasiswa perlu manfaatkan teknologi sebaiknya dan sebagainya.TTT terima dengan baik dan nasihat.Malah TTT juga berasa kesal dengan segelintir teman teman yang commen di blog TTT terlalu emosi dan menuduh terlalu dangkal tanpa hujjah mantap kerna sebagai Mahasiswa PEDULI kita ada tanggungjawab kepada pembaca yang kebanyakkan terdiri daripada segenap lapisan masyarkat.Mereka yang menggunakan Anonymous dan mengeluarkan kata kata tidak sopan amat dikesalkan. Tapi persoalan pokok yang kita nak tanya kembali,KENAPA Mahasiswa lantang bersuara di blog2 dan di FB sejak akhir akhir ini?Kenapa Presiden Presiden Fakulti sanggup bangkit mengadakan demonstrasi dan hantar memorandom kebajikan Mahasiswa kepada MPM?KENAPA wahai seluruh warga UMP ?

  • TTT seru supaya Mahasiswa lebih responsif,sedikit agresif jangan pasif,berani kehadapan dan mencabar status quo dengan hujjah,fakta dan cadangan serta menjadi anak muda yang PEDULI.Kita jangan gentar pada ugutan,tohmahan dan kritikan segelintir yang mengatakan Mahasiswa perlu melakukuan itu dan ini.

  • TTT ulang sekali lagi dengan tegas bahawa kita BERSYUKUR,kita berterima kasih kepada setiap kemudahan yang telah diberikan,kita sedia terima nasihat dan kita sedia memohon maaf andai kita tersilap,TAPI kalau bicara soal HAK dan KEBAJIKAN Mahasiswa ,mana mungkin kita boleh kompromi.TTT nak tanya kembali,mana boleh UMP ini memaksa Mahasiswa sentiasa  berpuas hati,jangan complain,jangan itu dan ini,APAKAH INI???Bolehkah UMP maju setapak tanpa pressure group yang kuat?Bolehkan UMP hendak maju seandainya graduan yang dihasilan lesu dan bersifat playsave kesan daripada doktirin di UMP yang menyatakan bahawa jangan buat itu dan jangan buat ini. Mahasiswa tidak boleh berdiam diri dan perlu BANGKIT bersedia dengan hujjah dan fakta dan idealisme bahawa Kita PEDULI dengan UMP!!
 TTT sayangkan UMP dan TTT PEDULI dengan UMP...Bagaimana pula ANDA???

3 comments:

  1. aku mmg peduli...
    tp makin lame, makin trok pentadbiran ump ni...
    arini, kk4 da xleh nk bkk fb...
    xtau apsal...
    itu xpe la...
    lps tu de block download file .exe...
    camne aku nk bwt keje klu byk bnd kene block...
    at least, sblm block, bwt la survey dulu...
    tp ape yg student pkai utk blaja...
    ni x, men block je sume...
    makin hari, makin menyampah aku kt ump ni...
    bkn niat utk menyampah, tp klu pentadbiran cam bangang, sape xmarah...
    smlm aku pegi office kk4, nk follow up psl tombol pintu blk aku yg rosak, tp aku dilayan cam aku ni org asing kt ump...
    bahase yg digunekn btol2 menyakitkn ati aku...
    aku mls nk sebot name org tu kt cni..
    tp klu ko nk tau sape org yg mulut cam longkang tu, ko tny aku kt facebook aku...
    ape2 hal, aku harap, 1 hari nnti, pentadbiran ump akn berubah...
    xmenyusahkn student cam kite kene skrg...

    ReplyDelete
  2. playsave??? ermm dah di takot-takotkan dan di jinakkn....ye dak....rm 5k tuh kalu bersuara pasal hak....ye dak...

    ReplyDelete
  3. Askm,
    Sekadar pandangan.

    Perlu adanya kebijakkan di sini.Sesetengah isu perlu dibangkit dengan sedikit agresif,dan sesetengahnya perlu seperti menarik rambut di dalam tepung. Sesetengah pelajar tiada soft skill apabila bertemu dengan pihak pentadbir(asrama sebagai contoh).Paling penting tonjolkan akhlak yang baik( dan di sana perlu juga adanya kebijaksaan tentunya.

    Kebangkitan mahasiswa bukan hanya terletak pada idealism tetapi juga pada akhlak.


    ex-UMP

    ReplyDelete