Tuesday, April 6, 2010

Mahasiswa Intektual VS Mahasiswa Emosi

  • 1.TTT telah membeli Majalah i keluaran Karangkraf  edisi Bulan April tadi.Banyak isu diutarakan dan disisipkan tetapi TTT ingin berkongsi pandangan seorang tokoh pemimpin negara mengenai intektual dan siapakah yang wajar digelar sebagai golongan intelek.Tokoh tersebut ialah Dato' Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri Pengajian Tingi dan Ahli Parlimen Temerloh.TTT suka disini ingin mengupas apa yang dibentangkan oleh Dato' Saifuddin mengikut perspektif TTT sendiri sebagai Mahasiswa Peduli.

  • 2.TTT menyedari keperluan dan kehendak anak muda terutama di universiti mengenai keperluan dan kebebasan kita bersuara. Ramai yang menyatakan sokongan kepada TTT mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan cuma suka TTT hendak tegaskan bersama bahawa Mahasiswa tidak boleh bergerak dalam ruang lingkup emosi dan berkiblatkan amarah semata.Dalam apa jua keadaan baik dari segi tindakan,percakapan dan penulisan,sebagai Mahasiswa Peduli kita mesti berhujjah dengan intelektual dan menunjukkan kredebiliti kita sebagai Mahasiswa dan jangan sesekali emosi.Sedikit amarah disertakan dengan kekerasan adalah memadai sebagai menunjukkan anak muda pantang dicabar dan diperlekeh tapi suka TTT ingin tegaskan bahawa budaya berhujjah dengan intektual harus menjadi agenda kita bersama.

  • 3.Siapakah dia Mahasiswa Peduli yang BerIntektual:
i)Kebiasaannya Mahasiswa Intelektual umurnya muda,masih kuat daya ingatan,tajam pemikiran.Sekalipun usia tua,Mahasiswa Intektual mempunyai pemikiran muda dan segar. Biasanya,penentangnya usia lebih tua,atau sekalipun masih muda namun pemikirannya telah usang dan lapuk.

ii)Mahasiswa Intelektual rajin menulis buku dan rencana,membentangkan kertas kerja di seminar ilmiah,menjadi kolumnis,sering diundang media elektronik serta laman web,blog dan sebagainya.TTT ingin menambah kebiasaannya Mahasiswa Intektual mesti menulis tidak kira dimana ruang sekalipun terutama di blog mahupun di Facebook.Takkan asyik main Farmville jer kan? Penentangnya biasanya kurang rajin atau tidak berminat dengan aktiviti ilmiah seperti yang TTT sebutkan.

iii)Mahasiswa Intektual aktif dan rajin mengeluarkan pendapat tanpa takut dan ampu.Mahasiswa Intektual memberi idea dan buah fikiran berdasarkan pengalaman dan ilmu pembacaan dan dilontarkan dengan berani tanpa takut kerna mereka yang takut sahaja melontarkan perkara yang dusta. Penentangnya kurang aktif.TTT ingin menambah,penentangnya kebiasaanya lebih suka mencerca,memfitnah dan adu domba.Alahai~

iv)Mahasiswa Intelektual mempunyai idea kritis,progresif,sangat responsif dan ada kalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana,.Mahasiswa Intektual mempunyai daya pemikiran dan cara berfikir yang berbeza dengan semasa kerna inilah ruangnya kita hendak berbeza. Penentangnya jumud,sering bersama arus perdana,sedangkan kadangkala arus perdana pun tiada mempunyai pemikiran apa apa pun.

v)Mahasiswa Intektual artikulasi dan mempunyai pendekatan yang bijaksana,dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari.Dalam bahasa yang lebih mudah,Mahasiswa Intelektual mempunyai pendekatan yang lebih efektif,segar dan berjiwa muda serta menyelesaikan masalah. Sebaliknya,penentangnya tidak mampu berhujjah dengan baik,asyik terikat dengan pendekatan lama yang ditolak sama sekali.

  • 4.Nah,TTT telah menghuraikan sebaik mungkin siapakah kita dikalangan Kelompok Mahasiswa yang Peduli dengan Intektual atau Peduli dengan emosi.Intektual tidak dapat hanya pada gelaran dan jawatan semata.Baik anda Profesor,Doktor PhD,jawatan besar dalam perkhidmatan awam atau swasta,ini semua tidak menjamin kita warga intelektual.

  • 5.Pokoknya,kita perlu memperkemaskan Gerakan Mahasiswa di dalam universiti.Perpecahan akan mengundang bencana yang lebih teruk lagi.Bila Mahasiswa berpecah,maka si Penentang tadi akan terus berkuasa membuli Mahasiswa dan tinggallah kita terkontang kanting tanpa pembelaan sewajarnya.Andai kita kuat,kita perteguhkan barisan,kita bulatkan tekad supaya Gerakan Mahasiswa perlu ada landasan intelektual dan memberi kesan kepada si Penentang.
TTT ingin menggunakan kesempatan ini mengucapkan selamat Berhujjah dan berdialog kepada teman2 Mahasiswa terutama drpd FKM dan FKEE.TTT sarankan kepada seluruh warga UMP terutama Presiden Persatuan Fakulti agar dapat bersama sama dalam Sesi Dialog Kebajikan UMP Pekan pada hari esok.


The Think Tanker wouldnt stop writing my idealisme! Why? Because TTT MAHASISWA PEDULI,How about u guyz?

1 comment:

  1. andai mahasiswa mempunyai suara dan sudah berfikiran terbuka namun sering dihimpit suara atasan yang sering menidakkan suara bawahan....
    bukankah ianya juga suatu perkara yang perlu kita buka luas-luas....
    andai keterbukaan hanya diutamakan kepada satu pihak....segala yang ingin disampai juga tidak boleh mencapai matlamat....

    sering kita mendengar orang yang diatas berharap agar orang bawahanny berfikiran terbuka....namun adakah orang atasan tersebut terbuka untuk menerima pendapat ataupun kritikan......????

    mahasiswa kecil...

    ReplyDelete