Wednesday, March 31, 2010

Minggu2 Terakhir Semester Yang Mencabar!



SELAMAT MENDUDUKI MINNGU PEPERIKSAAN DI SELURUH IPTA/IPTS


  • 1.Ketika ini,TTT bersama sama teman teman yang lain sedang bertungkus lumus menyiapkan Report Projek Sarjana Muda 1 atau PSM1 untuk dibentangkan dihapadan panel pada 12-15 April ini.

  • 2.Selain itu,teman teman yang lain juga sibuk mengulang kaji pelajaran akhir semester,melunaskan Lab Report yang tertunggak,kuiz dan assignment yang tetiba sahaja menggunung tinggi akibat sikap suka bertangguh.huhuh. Ini termasuk dengan minggu Test 2 yang melanda warga Kampus UMP. Semua memerlukan kebijakan dan kesabaran kendiri Mahasiswa sendiri.

  • 3.Nasihat TTT,jangan mengeluh tetapi tetap terus melangkah kehadapan walaupun kita tidak cukup persediaan.Kerja yang bertangguh walaupun sudah tertangguh,tetap perlu dilunaskan dan diselesaikan agar carrymark tidaklah seteruk mana.Dunia dunia~huhuhuhu.

  • 4.Peperiksaan Akhir Semester akan bermula pada 19April 2010 sehingga 30 April 2010.Satu tempoh masa yang memeritkan tetapi perlu dilalui oleh semua Mahasiswa.

  • 5.Demam peperiksaan dan penyakit Insomnia pasti menjelma.Cumanya,jangan sampai sakit melanda diri sehingga kita tak dapat buat yang terbaik untuk Final Exam kita. Mari kita bertungkus lumus memerah keringat muda kita untuk menyelesaikan urusan akademik seterusnya memecut dengan halaju tertinggi pada semester hadapan(semester Akhir sebelum Latihan Industri)

  • 6.Minta lah pada Allah Maha Bijaksana,rajin rajinlah menelefon orang tua kita di kampung,(Kurang kurangkan telefon pakme~pakwe dan makwe),kita minta restu dan keampunan agar dipermudahkan segala urusan.Kita minta pada Tuhan agar urusan akademik tidak membelenggu kita sehingga lupa nak Solat Jemaah,lterlalu sibuk nak siapka PSM sampai Al Quran tak terbaca dan tak pernah nak luangkan masa mendengar majlis Ilmu di Masjid dan surau.Astaghfirullah,batapa kita banyak lalai dengna urusan dunia semata.

  • 7.TTT ucapkan selamat maju jaya dan mari kita teruskan aktiviti Kemahasiswaan kita walau di mana kita berada!Hidup Mahasiswa!

3 comments:

  1. Salam.

    Suffi, tempoh final exam bukan smpai 30April je, tapi smpai 8 May utk seluruh UMP. unless hg punya paper habis awal la. =)

    ReplyDelete
  2. wasalam..

    betul tu emcee_subblabla..
    bukn sume abis 30 arbln..
    hg sorang ja..wakawaka

    ReplyDelete
  3. wah hahah ni style lama ni tiru2 macam ni. tapi budak bijak takkan buat mcm ni.. tul tak suffii. Abg doakan Suffi berjaya

    ReplyDelete