Wednesday, March 10, 2010

Bahana Pemimpin Mahasiswa ikut telunjuk seperti Kerbau dicucuk Hidung!


Bahagian I


Pemimpin Mahasiswa Perlu Lantang Untuk Terus Kekal Relevan!


  • 1.Sepanjang pengalaman TTT dipilih oleh Mahasiswa sebagai MPP,banyak perkara dan insiden telah berlaku. Pastinya corat coret rentetan apa yang telah berlaku mematangkan dan mendewasakan Kepimpinan TTT dan teman teman yang lain. 

  • 2.TTT ingin melontarkan beberapa perkara yang terjadi untuk kutipan pengalaman dan pengajaran buat Pemimpin Mahasiswa yang lain. Pertamanya,Pemimpin Mahasiswa mesti lantang bersuara dan bersifat kritikal andai ingin terus kekal relevan di hati Mahasiswa UMP. Isu dan permasalahan di setiap benak hati Mahasiswa perlu dibela dan diperjuangkan walau diri kita akan dipalit kritikan dan tohmahan oleh sesetnganh pihak tetapi Pemimpin Mahasiswa perlu ada prinsip yang jelas dan mapan tanpa kompromi. Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP bukan badan membuat aktiviti semata. Ini jelas dan muktamad. Kalau kita rujuk AUKU sekalipun,MPP bertujuan untuk memperjuangkan kebajikan Mahasiswa dan hak hak yang tidak terbela.Kalau tidak MPP ,siapa lagi yang boleh diharapkan? Lantang tidak bererti kita derhaka,Lantang tidak bererti kita tidak patuh,tetapi lantanglah bersuara dengan hujjah dan penyelesaian. Pemimpin Mahasiswa tidak boleh hidup dalam keadaan playsave atau hendak win win sentiasa.

  • 3.Sepanjang kepimpinan TTT,banyak perkara sama ada perkara baik atau tidak baik telah berlaku dan banyak mendidik kewibawaan kita sebagai Pemimpin Mahasiswa. Ada suatu ketika,TTT pernah dimarahi oleh Dato' Naib Canselor dan Datin Fazia kerna tidak bertndak cepat memaklumkan kepada mereka tentang fitnah mengenai perpindahan Mahasiswa KK2 yang diberi notis 24 jam. Masih terngiang ngiang bicara Dato' Naib Canselor bahawa MPP tidak bertindak cepat dan hanya ingin playsave atau menyembunyikan perkara yang benar semata agar semua nampak chantek di mata pentadbir UMP. Ini jelas mencabar kewibawaan TTT sebagai YDP ketika itu. 





  • 4.Sewaktu dialog di rumah Dato' Naib Canselor,tidak semua perkara yang baik dan dipersetujui bersama dibincangkan. Ada beebrapa isu yang TTT bertegas dan tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Naib Canselor. Sebagai contoh isu kebudayaan dan hiburan di UMP.Banyak kali TTT bertegas bahawa isu kebudayaan dan hiburan di UMP perlulah ada mesej apatah lagi bersesuaian dengan status UMP sebagai gedung ilmu dan dipenuhi dengan ilmuwan dan Mahasiswa. Selain itu,pihak UMP perlu pastikan semua dasar dan aktiviti mengikut semangat Core Values UMP. Apalah guna Core Values UMP andai kita mendiamkan diri dan tidak bertegas dari sudut pelaksaannya. Bila bercakap soal moral,sahsiah dan kurikulum,kita bicara soal Core Values,tapi bila bercakap soal kebudayaan dan Hiburan di UMP,Core Values seakan akan dianak tirikan macam sampah yang tiada nilai. Perkara ini bukan main main,dan TTT telah bertegas tanpa kompromi untuk terus kekal konsisten mengenai perkara ini walaupun Dato' sendiri tiada berapa bersetuju dengan hujjah TTT. Tapi,apa yang TTT hendak sampaikan ialah Pemimpin Mahasiswa mesti ada sifat dan prinsip tersendiri. Apalah guna jawatan yang diamanahkan oleh Mahasiswa agar kita membela dan memperjuangkan nasib Mahasiswa sebaliknya kita terus sibuk dengan program dan aktiviti2 yang pada pandangan TTT,badan MPP bukanlah yang membuat program semata.





  • 5.Persoalannya sekarang,adakah kita Pemimpin Mahasiswa hendak mendengar nasihat atau terus disibukkan dengan aktiviti aktiviti yang hanya bersifat program semata. Apakah isu yang telah Pemimpin Mahasiswa respon seperti Isu Mengenakan bayaran Untuk sewaan Kompleks Sukan, Isu pendaftaran Penyewa Kereta dan sebagainya. Jangan bertindak kerna mendapat telunjuk sesetangah pihak semata.Pemimpin Mahasiswa perlu ada prioriti dan memlilih untuk memperjuangkan kebajikan Mahasiswa UMP. Contoh: Isu mendaftar penyewa kereta,TTT tidak nampak ini merupakan isu yang perlu diutamakan.Apakah selama penubuhan KUKTEM n UMP,penyewa kereta ini tidak berlaku? Apakah sebab sewa kereta ini berlaku di UMP?Ini kerna faktor kewangan terhad yang dialami oleh Mahasiswa kita.Adakah selama ini,UMP ada menanggung kos kerosakan kenderaan penyewa kereta? TIADA. Jadi,kenapa Pemimpin Mahasiswa perlu kerahkan tenaga muda kita untuk melakukan perkara perkara yang hanya merugikan Mahasiswa kita.Walaupun TTT tahu ia illegal,tetapi perkara ini bukan isu priority yang perlu diperjuangkan oleh Pemimpin Maahasiswa.





  • 6.TTT tidak berapa gembira dengan perkembangan semasa yang berlaku di dalam pengurusan UMP kini. Ayuh Pemimpin Mahasiswa,jangan hanya menunggu bulan jatuh keriba barulah hendak tersedar. TTT khuatir masa yang sesingkat ini tidak mampu memberi pengajaran dan hikmah kepada Pemimpin Mahasiswa. Jangan biarkan idealisme Mahasiswa mati dek kerana sesetenagh pihak yang suka mencucuk hidung Pemimpin Mahasiswa demi kepentingan sendiri.Pemimpin MAHASISWA perlu tahu siapakah yang perlu mereka perjuangkan. ingin skali TTT ingatkan bahawa batas kuasa MPP ialah langit.Sky is the limit. Pemimpin Mahasiswa boleh bertindak lebih efektif andai tidak terlalu terikat dengan karenah birokrasi. Kenapa ada sesetangah pihak cuba meracun pemikiran Pemimpin Mahasiswa bahawa perlu berjumpa dengan Pegawai A terlebih dahulu sebelum hendak berjumpa dengan Pihak B. Perlu bawak berbincang dahulu dengan Pihak B sebelum dibawak isu ini ke Pihak Atasan.Apakah ini?Adakah sesetengah pihak tidak percaya dengan kewibawaan Pemimpin Mahasiswa?





  • 7.TTT tidak akan berasa penat atau lelah untuk bercakap dan menasihati Pemimpin Mahasiswa agar Idealisme Mahasiswa tidak mati begitu sahaja. Teruslah melangkah dengan berani dan tanpa perlu takut dengan ancaman dan cabaran. Dimarahi atau dimaki,itulah lumrah dan adat orang berjuang.Fitnah dan dicaci dibelakang merupakan asam garam perjuangan.Kita sebagai Pemimpin Mahasiswa patut lebih bimbang dan risau andai semua yang dilakukan semuanya tidak mendapat tentangan oleh sesetangah pihak malah kita patut risau kalau semuanya selamat dan sempurna. Kepimpinan tidak statik dan perlu ada lonjakan,baharulah kita sedar bahawa terlalu banyak perkara yang Pemimpin Mahasiswa wajib perjuangankan.Bukan kerna kita MPP,atau PEKA,atau Presiden Kelab n Fakulti semata,tapi kita berjuang kerna Kita Generasi Mahasiswa PEDULI!!!




The Think Tanker
Penulisan ini ditujukan kepada seluruh Pemimpin MAHASISWA












10 comments:

  1. salam saudara suffi...ingatkan sy sahaja yg berfikir sedemikian dan ingt sy berfikiran negatif...tapi setelah baca post anda ini saya makin yakin dan gusar akan kepimpinan mpp ump...oleh itu sy berharap agar mantan2 mpp yg berfikiran luas dan penuh dgn idea untuk membantu mereka2 ini...x sampai sebulan apetah satu sem tapi da terlalu byk isu2 yg telah timbul dan nampaknya macam tiada bntahan tuk mnegakan hak dan kebajikan pelajar ump kini...

    ReplyDelete
  2. Salam bro..kat sini xyah la ak nak skema2 sgt..bkn baru shari kenal..hehe..sebuah penulisan yg mmg hebat..pemimpin kerbau..ahaks...adakah semakin hari org makin takut nak perjuang kan hak diorng..nape mst sume nak maen save jea..ikut telunjuk..da xde maruah ekk..da lupe ekk amanah 2 sape yg bg..utk ape diorng pegang amanah nie..haishhh..da nak smpai penghujung da pon kat u nie...dr awal smpai habis same jea..bkn makin baek tp makin terukkk...letih la bai~~ tp ak respect ko sbg seseorng pemimpin yg mmg ak xmnyesal pilih..xyah la ak nak angkat ko nnt kembang plak..agy pon mmg xlarat pon nk angkat..haha..melawak jea...tp bagi ak senang jea...kalo da nk dekat sebulan..ak xdgar pape perkembangan pon pasal budak2 baru nie..jwapan nye..diorng xbgus..ntah la..myb sbb awal agy kot..tp bg ak diorng xbgus..knape ak ckp cm2..sbb knapa perlu diorng nak gnggu periuk nasi ak..pasal sewa keta...slama ak kat sini xde pon problem besar2 pasal sewa keta nie...apa pasal skunk mau kecoh2...da xde isu len ke nak jga...bnda kecik nie korank nk kc besar..nmpak sgt korang nie mntah agy...panas beb aty gua!!!! ade ak mintak duit diorng ke byar keta ak tiap2 blan..ade ak mintak duit diorng ke kc ak makan tp2 hari...ikut aty nak aje ak mencarut kat sini...tp mmandang kan ak respect kat brader ak nie..rase nye xyah la...ko tunjuk ajar skit la bdak2 mentah nie..oryte bro...pape pon..nice writing..adios

    ReplyDelete
  3. salam.. apa yang saya boleh katakan disini kepimpinan sekarang kurang mempunyai idealisme mereka sebagai seorang pemimpin mahasiswa. mungkin mereka masih lagi tercari-cari rentak kepimpinan mereka.tapi yang paling ketara mereka lbih banyk bersengkang mata dan menyibukkan diri buat program. mereka tak perasan mungkin yang mereka dah jauh tersasar dengan asal tujuan mereka dipilih oleh mahasiswa UMP untuk menjadi pemimpin kami. . mungkin banyak lagi boleh deperbaiki dan dipelajari. pemimpin muda harus berani berhadapan dengan cabaran dan risiko.. tak gitu bro..wasalam

    ReplyDelete
  4. yup,Yus,anda mempunyai bacaan politik Kampus yang baik. Saya manyokong 100% Kepimpinan Mahasiswa. Cuma,kita kena membantu Kepumpinan Mahasiswa dgn melontarkan kritikan membina,hujjah y berkesan dan jalan penyelsaian melalui apa jua ruang yg ada. InsyaAllah kepiminana Mahasiswa akan terus kekal relevan di hati Mahasiswa UMP.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbth... Satu artikel yang baik. Ape pun buat mahasiswa mahupun pihak MPM sendiri, janganlah kita mudah melatah. Untuk beejay, lame x dtg umah...hehe.. mungkin kt bg pihak MPM respond pasal perkara ni, dan mintak penjelasan dr mereka pasal sewa keta ni. mungkin mereka x sempat nak buat penerangan dan justifikasi kenapa bende ni di jalankan ( x bermaksud aku setuju, sume dptkan penjelasan terlebih dahulu). :) dan utk para pembaca, di harap jangan terlalu awal membuat persepsi atau melebalkan MPM terutama sekali sbg xbgs, xbuat keje dan sbgnya. Mereka br sebulan, mmg sgt memerlukan masa utk sesuaikan diri sbg MPM dan memahami dengan lbh detail tentang tanggungjawab mrk. Saye cakap atas dasar pengalaman yang lepas. Kami dulu pun byk masalah pd awal2 dulu. Betul x TTT? hehe..
    Untuk MPM, prog mmg byk untuk di RUN kan dan mmg xblh tolak. MINDS, Expoconvo,Jom Msk U, Liga Sukan UMP, Bpro..namun begitu,manage ur management carefully. Jangan disebabkan program yang terlalu banyak dan bertimbun timbun,perkara pokok terlindung disebabkan semua ini.Rancanglah pergerakan dan susunan MPM yang seramai 21 org kali ni tanpa perkara yg lebih utama diabaikan. U all have alot of advantages , 21 org berbanding kami 15. Cume pandangan, be ur self, jangan mudah dipengaruhi oleh mana2 pihk yg sememangnya ada kepentingan diri untuk mengawal MPM, x semua perkara perlu ditapis untuk dibawa kepada DEKAN mahupun Dato NC. U HAVE A BIG POWER FROM US MAHASISWA!!! USE IT WITH RESPONSIBILITY. DO NOT SCARE.

    klu terkasar bahasa, kami mantan sentiasa sedia utk berbincang dan memberikan pandangan SEKIRANYA diiberi peluang. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. benar2...MPM perlu cergas dan aktif dalam berfikir jalan terbaik...berbincang dgn mantan tidak bermaksud perlu ikut buat ni buat tuh..but for experience that they had before this...mereka perlu tidak sombong utk menerima pendapat rakan2 sekeliling...waallaua'lam...

    ReplyDelete
  7. salam..t/jawab untuk memimpin bkn suatu perkara yang mudah. mungkin ada dikalangan pemimpin2 mahasiswa ini tidak berpengalaman dlm bidang kepimpinan. tapi bagi saya itu bukan sebagai alasan. mereka perlu meletakkakn diri mereka sbg seorang pemimpin, berfikir, bekerja , bertindaklah sbg seorang pemimpin yang dapat membawa suara kami. selagi pemimpin membawa suara kami selagi itulah kami sbg mahasiswa akan sntiasa menyokong.tolonglah jangan sia2 kan undian dan kepercayaan kami kpd anda.

    ReplyDelete
  8. bagus..nie lah sahabat2 yg dah lama ak kenal..mmberi pandangan dan jwapan yg sentiasa mmuas kan hati ak..utk saudara suffi dan saudara afif..memberi amanah pada korank mmg perkara terbaek prnah ak lakukan dlm hidup nie..Tahniah n keep moving on..hrap MPM skunk bleh blaja bnyk dari brader dua org nie..n hrap korank pon bleh tunjuk ajar diorng..insyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  9. well said suffi.... Sepatutnya pelajar kena buat kerja sendiri....bukan menurut telunjuk...

    selepas habis era suffi, mpp/mpm makin mundur, kekeringan idea untuk diketengahkan padahal banyak sekali masalah masalah student kerap kali berlaku....

    kalau nak suruh berfb-fb baik tak payah.... baik korang letak sifat kepimpinan yang sementara tu kat tempat lain....

    ReplyDelete
  10. betul2 kata2 norzikri 2. la ni cam kena virus fb da. kije xbuat, kena ketuk dlu... da la lani nak wak prgm susah.. anta proposal.. rijek.. isu remeh pon rijek.. pas2 soh stdunt wak byk prgm... last2 bek xyah anta proposal. wak progm senyap2...

    ReplyDelete