Wednesday, February 10, 2010

Mencari Kebenaran,Menerjah Kebatilan,Menyahkan Persengketaan

Pertemuan Empat Mata antara TTT,Sdr Hazwan Syafiq dan Sdr Warkah Seorang Pemuda...

Kertas Kerja Penubuhan GPMS yang mendapat perhatian ramai warga UMP


TTT menerangkan idealisme MAHASISWA UMP kepada Sdr Hazwan Syafiq






  • 1.Setelah kita melalui beberapa hari dengan suasana tegang di Blog2 para Mahasiswa UMP terchenta kita mengenai isu penubuhan GPMS di UMP. Dengan tersebarnya provokasi murahan,fitnah melata,kebobrokan hujjah sehingga menggelar manusia lain sebagai binatang,kecam mengecam tanpa bukti kukuh dan pelbagai lagi mehnah tribulasi mengenai penubuhan GPMS ini.

  • 2.Secara jujurnya,TTT melihat apa yang berlaku sebagai satu petanda positif bahawa Mahasiswa kita cakna dan Peduli namun cara berhujjah dengan menggunakan ruang blog dengan menghentam sewenang wenangnya amat tidak gentleman atau tiada etika dalam penulisan.

  • 3.TTT bersama sahabat seperjuangan sdr Warkah Seorang Pemuda telah mengambil inisiatif dengan bertemu dengan Sdr Hazwan Syafiq untuk mendengar sendiri hujjah penubuhan GPMS ini di UMP. TTT ingin mendengar sendiri daripada Tuan punya badan yang telah berusaha membawa GPMS di UMP.

  • 4.Sdr Hazwan Syafiq menjelaskan secara panjang lebar bahawa beliau ditemui oleh Biro Siswa GPMS yang merupakan Mahasiswa UIA untuk menubuhkan GPMS di UMP. Kemudian,dengan kertas kerja yang telah dirangka,Sdr Hazwan Syafiq menyatakan bahawa niat beliau untuk menggunakan peruntukkan yang besar daripada dana GPMS Kebangsaan untuk melakukan aktiviti di UMP.Asasnya,peruntukkan GPMS ini merupakan daripada Kementerian Belia Dan Sukan.Sejauh mana kebenarannya,TTT juga tiada maklumat sebenar.Kemudian,rangka gerak Kerja GPMS tidak akan berunsur politik dan membawa kebaikan kepada Mahasiswa UMP.

  • 5.Kertas Kerja yang dirangka telah siap ditanda tangani oleh Dekan JHEPA,Profesor DrRidzuan Bin Nordin pada tarikh 8 Februari 2010(rujukan kertas kerja Penubuhan GPMS).Namun,kertas kerja ini telah diambil semula dan ditunda untuk tindakan lanjut.

  • 6.Sdr Hazwan Syafiq juga mendakwa beberapa pegawai JHEPA merupakan bekas ahli GPMS juga.

Hujah TTT mengenai pandangan Sdr Hazwan Syafiq:

  • 7.Pertama,TTT hargai usaha Sdr Hazwan Syafiq untuk menggunakan asbab peruntukkan besar GPMS untuk mebuat aktiviti Mahasiswa di UMP. Tetapi,TTT tidak berasa satu tindakan bijak hanya kerna Kewanagan yang besar menjadi sebab untuk GPMS ditubuhkan di UMP. Satu MALAYSIA tahu GPMS merupakan badan yang memperjuangkan ras atau perkauman dan inilah yang membimbangkan TTT kerna ia tidak akan membantu untuk kita bersatu dibawah panji Mahasiswa. Bila ada bibit bibit perpecahan,idealisme akan bercelaru dan persengketaan akan bertambah meluas dan memburukkan lagi suasana politik kampus yang sehat. GPMS pasti akan menjadi alat atau platform kepada sehelintir Mahasiswa yang gilakan populariti,kuasa dan kemewahan tatapi melupakan Agenda Kebajikan Mahasiswa yang lebih utama.

  • 8.Atas dasar keperluan apa yang sangat mendesak untuk GPMS ini ditubuhkan di UMP? Di saat kita meraikan AGM Pertama Kelab 1Malaysia denagan gagasan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak, suasana harmoni masyarakat Kampus UMP dengan semangat Mahasiswa PEDULI,suasana pilihan raya Fakulti yang rancak dijalankan,kita masih lagi berusaha untuk menubuhkan GPMS yang penuh dengan kekeliruan dan mendatangkan fitnah kepada seluruh warga UMP.

  • 9.Bukanlah TTT ingin menghalang penubuhan GPMS kerna Universiti ini terbuka dan kita berada di dalam negara demokrasi tetapi sebagai Pemimpin Mahasiswa,kita harus sedar dan melakukan accurate forecastng dalam setiap agenda yang kita cuba laksanakan. Perpaduan dan semangat Kemahasiswaan merupakan suatu nikmat yang sangat berharga buat seluruh warga UMP.

Nasihat TTT:

  • 10.TTT mengutarakan pendapat bahawa Kertas Kerja Penubuhan GPMS mesti melalui perbincangan dan mesyuwarah dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP atau MPM. MPM harus duduk berbincang dan meneliti keperluan dari sudut Advantage dan disadvantage penubuhan GPMS kepada gerakan Mahasiswa di UMP. Perlu ada kebijakan dan clear overview dalam melihat isu ini.MPM mempunyai kuasa untuk meneliti setiap penubuhan kelab,persatuan yang berasaskan perkauman dan sentimen agama. Ini penting kepada MPM untuk sentiasa melihat Gerakan Mahasiswa UMP tidak bercelaru,berseribut dan mempunyai agenda yang jelas.

  • 11.Seterusnya,harus ada perbincangan dan diskusi terbatas dengan semua Pemimpin Mahasiswa di peringkat Kelab dan Fakulti supaya penelitian dapat dilakukan dengan lebih terperinci.

  • 12.TTT sarankan supaya berbawa berbincang dan teliti dengan menggunakan kebijakan Mahasiswa.Kita mesti ada gaya dan karisma serta stand tersendiri dan jangan mudah terpengaruh dengan segelintir pihak yang cuba mencucuk jarum,bermain api dan cuba melaksanakan agenda memecah belahkan kesatuan Mahasiswa yang selama ini kita sanjungi dan kita hargai.

  • 13.TTT juga menyeru kepada teman teman blogger supaya hentikan segala sengketa,hentikan segala fitnah dan caci mencaci,hentikanlah provokasi murahan kerna ia tidak akan membantu Mahasiswa menjadi matang.Berhujjahlah dengan fakta dan penuh hikmah kerana inilah senjata ampuh yang bisa menjadikan kita Pemimpin Masa Hadapan

  • 14.Jangan gusar,jangan takut,jangan gentar kerna kita Mahasiswa Pemberani wajar ada idealisme tersendiri. Andai terpaksa berhujjah mempertahankan sesuatu walaupun dihadapan Perdana Menteri sendiri,Mahasiswa tidak perlu gentar menyatakan hak kerna apa? Kerna kita Generasi Mahasiswa PEDULI...

Ya Allah Kau Permudahkanlah Urusan Hambamu yang Dhoif, kerdil,hina dan tiada daya melainkan dengan kekuasaanMu...

HIDUP MAHASISWA!!!

The Think Tanker

11 Februari 2010

2am di Kolej Kediaman 1




15 comments:

  1. salam..lakonan yang bbagug antara sufi n shafiq n afifi..ni suma nak habaq kat hang ni suma kuli jhepa!!bodoh macam apa!gpms ni apa???berapa ramai yang tau??yg hang duk sibuk canang kesalahan mamat bodoh shafiq@kuli pas pasai paa??hang ngan dia sama2 bodoh!hang takut dia kalahkan hang kaa??atau hang takut dia lebih tinggi dari hang??hang ni bodoh laa!hang tak tgk kaa pa kafir kata kat hang dua ekoq???hangpa 2 ekoq ni nama jaa pelajar tapi bodoh cam apa!!!datang sini blajaq la!dok sibuk dok men politik buat paa!!bodoh cam babi eh 2 ekoq ni!sudah2 la duk berlakon tu!kaa dapat duit ka pa x tau la..dapat duit pun hangpa la yang sedap noo..student ump dapat bodoh sbb hangpa 2 ekoq!sudah2 la..berhenti la jadi kuli 2!!kami da bosan tengok lagak hangpa yang cam beruk ni!!!

    ReplyDelete
  2. ko ngan sisapik tu sama je suppi.giler kuaser!!sama2 bodoh!aku ingat silibus mekanikal ni kurang sesuai la.asyik lahirkan pemimpin yang bodoh je.yang nak cari salah org!yg suka cari pasal.aduh.korang berdua ni la penghancur keamanan ump!!berambus la dari ump cepat2 ye!nasib bek da duduk kat pekan!kl x ape jadi pun aku xtau.tul kata ko org atas.kuli jepa.sanggup dorang ni jadi kuli semata2 nak kan kuase.padahal bukan bayar gaji pun.cakap penat2 bukan staf dengar pun.cakap macam org giler.bukan main bersemangat,alih2 xde satu pun yang kedengaran.xde satu pun yang selesai.sufi,shafiq ko leh berambus dari ump!!g la kotorkan dunia luar.tapi ump jangan!gpms kerp.mpp kerp.mahasiswa peduli haper ke.lantak korangla.tapi tlg jangan wat kecoh2 kat ump.aku serabut dengar.fkm pening tul la nak layan.kaki masjid tpai kepala hotak mcam apa la 2 org ni.mabuk air pekan agaknya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Saya agak kesal seorang yang berpendidikan tinggi menggunakan bahasa yang tidak beradab.Bukankah lebih memalukan UMP mempunyai mahasiswa sebegini . Layakkah bergelar Mahasiswa?? Isu mereka kuli JHEPA atau tidak saya bukanlh orang yang layak menilai. saya rasa hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu niat kepimpinan dan perjuangan mereka demi mahasiswa atau bukan.

    ReplyDelete
  4. Sufi cukup cukup la tu, x yah heboh2, jaga akademik ko tu...orang nak tgok hasil bukan propaganda

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas pandangan Teman Mahasiswa sekalian....Saya hargai pandangan Anonymous yang cukup 'berhemah' dan 'berbudi bahasa'.Inilah lumrah hidup dan sebagai pemimpin.

    Cuma sila rujuk dan baca dahulu sehingga habis.Jangan menilai hanya hujjah saya melalui gambar semata.Kita tak mahu sengketa,adu domba,sengketa dan finah meemfitnah terus menjadi budaya Mahasiswa UMP.alahai MAHASISWA...

    Fitnha:
    1.Saya tidak pernah mengajar sesiapa pun utk menjadi Pemimpin.
    2.Pertemuan ini penting kerna untuk mendengar hujjah dan menyelesaikan sengketa GPMS ini.
    3.Saya minta supaya perkara jangan dipolemikkan secara murahan.

    Saya juga membantah sebarang pertubuhan yang berunsur perkauman,dan fahaman politik sempit.
    The Think Tanker tidak pernah gentar dengan adu domba Anonymous yangg tak berkesudahan...
    Hidup MAHASISWA

    ReplyDelete
  6. SALAM..it's ok suffi...just let them be...
    lumrah hidup....
    jadi jahat, org benci..
    jadi baik, lagi la org benci...
    they are just kind of stupid and coward person...
    kalo dh rase bagos sgt, tmpil ke depan, face to face...settlekan this things dgn bhemah...
    anyway suffi, lumrah hidup memg susah nk puaskan hati semua pihak...
    i also faced the same problem with u now...
    masa utk pekakkan telinga, butakan mata dengan mereka2 yang bajet bagos tuh...

    -teman pemimpin 0809-

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    "kita tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.."

    by da way, kepada anonymous yang 'petah' dengan kritikan tu, tunjuklah kualiti sebagai seorang siswa bila nak kritik orang walaupun benci n meluat macammana sekalipun. bila kata-kata penuh dengan emosi, anda menunjukkan (sorry to say this) kebodohan anda sendiri...

    sekadar memberi pendapat...

    wassalam..

    ReplyDelete
  8. suda2 la sufi oi..waktu anda nak mencapap da abis da,da ade mpp baru da pun.cukup2la,da xde platform nak mencapap ke sampai ko kenekan anak buah ko sendiri??shafiq tu bod0h jgk..kuli sufi sampai sufi kenekan dia balik.selamatla dorang b'2 ye.korang ni aku gelar mahadtir n anwar ibrahim ump.dulu manyak baik..sikarang suda jadi itu musuh..wawawawa..masing2 gila publisiti murahan.

    ReplyDelete
  9. HAFIZ

    salam wbt..

    Mahasiswa kah itu 'ANONYMOUS' yang sanggup menggunakan bahasa kasar & kesat? Beginikah islam caranya kita menegur atau mengkritik orang lain. Apakah kita hanya mengetahui orang yang pandai mengkritik semata-mata tanpa ada solution atau solusi,it's ok untuk cakap macam tu macam ni,masalah tu masalah ni,TAPI apa solutionnya?

    Sama-sama kita fikirkan,mungkin kadang2 kita tidak merasai kepayahan dalam perjuangan tapi hanya tahu menentang jika ada kepincangan,itu pun kerana bertentangan dengan kehendak kita. Saya setuju dengan TTT,hujah memerlukan fakta dan bukti.

    Maaf jika mengguris sesiapa,elok kita bersatu berada dibawah panji islam yang satu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. TTT...saya harap saya boleh beri pandangan peribadi ttg isu ni...

    ReplyDelete
  11. em..GPMS is not a political society..cube kaji dalam2 balek,sufi..

    wat research dulu kenape gpms ade kat u len..
    utk jage kebajikan org melayu..
    memprthnkn hak2 istmewa melayu..
    bukan nye jatuhkn bangsa len...
    beza tu...

    kalau org xkacau kite,kite xkan kacau org kan??
    if chinese n indian ade society dyorg masing2,why not us???

    xkanla melayu nak jatuhkan melayu sdiri....

    ReplyDelete
  12. Kepada yang mengkritik..

    Mana akhlak anda? Sy yakin anon yang mengkritik sangat tidak berhemah tu adalah orang melayu islam..

    Gini ke perangai orang melayu sekarang? No wonder la kaum lain kat malaysia nie dah tak respect dh kat melayu...

    You must show respest first before be respected by others..

    ReplyDelete
  13. cheh..buat yg mengutuk tu, siape yg giler kuase sebenanye...ke ko jeles tgk suffi??
    pesal ko x tampil jd calon hari tu? jgn la pandai cakap gune mulut jer..

    ko ngutuk2, ko tau ke ape isu pasal gpms ni. sudah2 la mengutuk tu. kalau x puas hati, sila lah tampil jadi ketua. xyah r nak jd anon pastu serang orang.

    pengecut tu beb.

    ReplyDelete
  14. salam suffi. sy ni xpaham bahasa bunga2 awk tuh. so, maknanya GPMS ni ok ke x? sebab ada orang ajak saya masuk. mungkin ajak-ajak kosong. tapi nak taw juga. :)

    ReplyDelete
  15. salam, gpms meerupakan badan ngo melayu, tetapi didalam nya bertunjangkangkan politik kebangsaan. kita bukan menolak, tetapi kita tgk dalam konteks ump itu sendiri, kita amat mementingkan semangat kebajikan mahasiswa itu sendiri. biarlah kita meliputi semua bangsa, sekiranya ada gpms, bukankah kita hanya melihat pada satu bangsa sahaja? fikir fikirkan...

    ReplyDelete