Monday, February 8, 2010

GPMS UMP: Relevan Atau Rhetorik Semata


Salam Mahasiswa PEDULI

  • 1.Kepada seluruh teman Mahasiswa PEDULI sekalian, kita digembar gemburkan dengan khabar penubuhan Jawatankuasa Penaja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS di UMP terchenta ini. TTT lebih kepada untuk menerangkan secara lebih terperinci mengenai Gerakan Mahasiswa di UMP dan adakah relevan wujudnya GPMS cawangan UMP ini.

  • 2.TTT tidak berhasrat untuk mengulas panjang Apakah GPMS ini dan apakah objektif sebenar penubuhannya kerna Teman Mahasiswa sekalian bisa menekan Enjin pencarian Google untuk mendapatkan selautan maklumat.

  • 3.TTT juga didesak oleh beberapa teman Mahasiswa dan para aktivis blogger UMP yang lain supaya memberi sedikit komentar mengenai cadangan penubuhan GPMS ini.TTT sempat membaca komentar pedas dan kritikan Mahasiswa UMP di blog blog panas dan UMPlife forum sepanjang pasca Pemilihan MPP dan kesinambungan kepada idea penubuhan GPMS UMP.

  • 4.TTT beranggapan sebagai Universiti Teknikal yang kewujudannya di dalam sebuah negara bebas dan demokrasi,kita tidak boleh mengatakan dan menghalang sesuatu perkara sewenang wenangnya.Dalam Masyarakat Kampus UMP yang masih segar dan tulen idealisme Mahasiswa PEDULI ini,TTT berasa GPMS akan memberi beberapa impak yang positif dan negatif.

Positif:

  • 5.GPMS telah ditubuhkan di Universiti seperti UiTM dan UUM.Kewujudan GPMS yang secara asasnya sememangnya menyokong dan bias kepada Pihak Kerajaan dan Parti Politik Naungan Kerajaan dan menjadi kader kader kepada Pemuda UMNO Malaysia,sememangnya bantuan kewangan yang banyak akan disalurkan dan lebih banyak aktiviti untuk kebaikan Mahasiswa dapat dijalankan.

  • 6.GPMS juga pada hemat TTT bisa menjadi pressure group kepada Gerakan Mahasiswa lain seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa atau MPM dan lain2.

Persoalannya:

  • 7.TTT ingin mendedahkan bahawa bukanlah kali pertama GPMS di cadangkan dan di approach oleh kami,Barisan Kepimpinan MPM terdahulu sejak awal penubuhan KUKTEM n UMP sekarang.TTT sendiri semasa menghadiri Wacana Kedudukan Institusi Beraja & Melayu anjuran NGO Gempita di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) telah diberi saranan oleh beberapa orang kuat Pemuda UMNO untuk menubuhkan GPMS di UMP.

  • 8.TTT menolak dan beranggapan banyak lagi perkara penting yang perlu difokuskan dan UMP pada hemat TTT memerlukan Gagasan Kepimpinan dan hala tuju Gerakan Mahasiswa yang lebih segar,tidak bias dan menepati cita rasa Mahasiswa semua.

  • 9.Kalau TTT sebagai Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP sesi 2008/2009 pun berasa GPMS hanya akan menambah kecelaruan Idealisme Gerakan Mahasiswa terutama di UMP,apatah lagi adik adik kita yang TTT sedar masih perlu belajar lagi ilmu politik Kampus dan baca bagaimana Masyarakat Kampus UMP ini berjalan.

  • 10.Jadi,siapakah mereka yang menjadi dalang kepada idea penubuhan GPMS UMP ni? TTT SANGAT yakin pasti dan pasti sama ada individu di luar UMP seperti badan NGO berklaitan yang mencucuk sentimen kemudaan segelintir individu Mahasiswa UMP untuk menubuhkan GPMS UMP.

  • 11.Pihak JHEPA terutama Profesor Dr Ridzuan Nordin perlu faham dan meneliti kembali idea penubuhan GPMS ini apatah lagi di UMP terchenta ini.TTT tidak mahu Idealisme Mahasiswa berpecah dan tidak ada kesatuan yang jelas.

  • 12.TTT berpendirian Gerakan Mahasiswa di Kampus WAJIB bebas daripada sifat Non Partisan dan bergerak dengan Idealisme yang tersendiri berasaskan kebijakan Mahasiswa. Barulah Gerakan Mahasiswa mendapat tempat dihati setiap Mahasiswa dan kita bebas mengkritik dasar kerajaan dan Universiti,menjadi lebih berani dan berhujjah dengan matang dan baik,bertindak atas semangat Kemahasiswaan dan bukan permainan poltik sempit semata,Barulah Kepimpinan Mahasiswa ada style dan ada kick di hati Mahasiswa sekalian.

  • 13.Untuk pengetahuan Prof,ramai Mahasiswa PEDULI UMP yang tidak gembira dengan cadangan penubuhan GPMS atas faktor ia terlalu Politik Partisan. Malah beberapa individu yang terlibat juga diragui kejujurannya dan sehingga kini TTT tidak mendapat sebarang pertemuan secara rasmi untuk membincangkan mengenai GPMS ini.

  • 14.TTT yakin majoriti Mahassiswa UMP beranggapan penbuhan GPMS bukan hendak membela Mahasiswa tetapi sekadar menjadi alat politik sempit dan sebagai platform kepada mereka mereka yang gila kuasa dan pangkat.Apa pun,fikirlah dahulu sebagai Mahasiswa PEDULI dan penuh bijaksana.

Solusinya?

  • 15.TTT menyarankan idea penubuhan GPMS di UMP ini dikaji sedalam dalamnya.Gerakan Mahasiswa UMP mesti berteraskan Idealisme Mahasiswa dan bukan fahaman Politik Partisan.Kalau ada GPMS ,selepas ni mesti ada tuntutan daripada pelajar cina dan india dan kadazan,iban,melanau,Orang Asli pun nak Persatuan yang mewakili kaum mereka.

  • 16.TTT menyarankan agar semangat penubuhan kelab dan persatuan tanpa ideologi perkauman dan Politik Partisan dimurnikan semula dan diberi nafas baharu.Perlu ada penstrukturan semula sebarang penubuhan kelab dan Persatuan di UMP.

  • 17.TTT berharap sangat sentimen perkauman dijauhkan daripada Mahasiswa kerna Mahasiswa perlu bersatu untuk bertambah maju. Bukan semakin sempit pemikiran dan berjuangn atas kepentingan diri semata.

  • 18.MPM sesi baharu mesti menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu ini kepada Pihak Pengurusan UMP teruatamna Dekan JHEPA dan Dato' Naib Canselor kita.TTT yakin seandainya kita bijak berhujjah dan menyatakan beberapa implikasi,maka pasti demi untuk kebaikan Mahasiswa UMP,InsyaAllah kita akan berjaya membawa Gerakan Mahasiswa kembali ke landasan yang sebenarnya. Sebab apa?

KERNA KITA GENERASI MAHASISWA PEDULI...MAHASISWA PEDULI MESTI BERANI MENYATAKAN YANG BENAR DAN BERJUANG DEMI KEBAIKAN SELURUH MAHASISWA!

HIDUP MAHASISWA!!!

The Think Tanker
Selasa 9 Februari 2010
2.45 am di Kolej Kediaman 1
Universiti Malaysia Pahang









8 comments:

  1. penentang pemimpin zalimFebruary 8, 2010 at 10:59 AM

    salam..betul tuh TTT..ideologi politik xpatut dmasukkn dalam UMP....kita boleh ikut acuan kita sendiri..sbg contoh plhanraya mngunakan e-voting sehinggakn U lain meniru acuan kita...janganlah kita tamak kuasa sehinggakn semua jawatan kita nak pegang n tewas pegang jawatan lain..maaf kalu terasa...belajar dari sejarah china bagaimana dinasti negara raja china boleh tumbangkn disebabkan ketamakan kuasa untuk mencapai ideologi komunis nya...

    ReplyDelete
  2. Saya betulkan sedikit statemnet anda..Ideology Politik PARTISAN atau membudayakan fahaman politik sempit di UMP hanya akan merugikan Gerakan Mahasisa dan juga membiarkan Suara Mahasiswa kebanyakkan tidak dapat diluahkan dan diselesaikn.
    tq for Penentang Pemimpin zalim for ur comment

    ReplyDelete
  3. anti proksi pengampuFebruary 8, 2010 at 11:58 AM

    betul tu sdr TTT

    skrg terlalu byk proksi2 golongan Partisan mahu mencucuk mahasiswa ump dgn mengesyorkan GPMS ni..
    jgn la nak meracun pemikiran mahasiswa dgn ideologi politikus2 yg tidak membawa faedah kepada siswa siswi di sini..sudah cukup dengan kekurangan yg kita hadapi disini..

    ReplyDelete
  4. mahasiswa tak perlu menjadi tunggangan kepada mana2 pihak apatahlagi kpd bdn2 asabiyyah yg sempit pemikirannya. GMP yg dibawa oleh saudara amat tepat dan wajar diberikan perhatian oleh pihak Uni supaya mahasiswa alaf baru yg bakal lahir seimbang dr segenap segi. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya berasaskan idea murni Yang berhormat Perdana Menteri kita sepatutnya kita wujudkan Gabungan Pelajar Satu Malaysia. Idealisma perpaduan perlu diutamakan. Jangan sisihkan golongan minoriti seperti kami. Kami juga mahu suara pelajar/ mahasiswa sabah sarawak di dengar sama lantang dengan mahasiswa bangsa lain. Saya sayang Malaysia. 1 malaysia for all.

    ReplyDelete
  6. betul. saya satuju. gerakan mahasiswa yang berteraskan idealisme mahasiswa. bukannya fahaman politik partisan. Hidup Mahasiswa!!!

    ReplyDelete
  7. X payah bawak masuk kelab2 atau seketraiat baru...yang kelab sedia ada ni pun mcm hidup segan, mati tak mahu....hujung minggu sekarang kosong tanpa sebarang aktiviti...dah hilang2 aktiviti2 seperti Minggu Citrawarna, Minggu Komunikasi, Ironman, Sukan Interfakulti.....perlu ke tambah kelab sambil melambakkan jawatan2 yang perlu diisi tapi pengisian kosong....belajar lah dari pengalaman.....pengalaman untuk conduct dan incharge aktiviti2 seperti inilah yang menyebabkan batch2 awal KUKTEM laris di pasaran industri......

    ReplyDelete
  8. cadangan yg baik dan perlu perancangan yg baik...
    ape yg penting jangan hangat2 tahi ayam...
    perlu pastikan adanya penerus perjuangan kalian kelak....

    >sentiasa peduli<

    ReplyDelete