Tuesday, January 19, 2010

Suara Siswa Terakhir buat The Think Tanker...

Diskusi terbatas antara panelis selepas siaran langsung Suara Siswa



Ziarah sebentar di kediaman The Think Tanker di Taman Permata sambil minum teh hao liau...




The Think Tanker bersalaman sambil berseloroh dengan YDP MPMUM,Sdr Ridzuan


Pasti ada sesuatu yang menggamatkan Sdr Shafeq n Sdr Syazwan

Barisan panelis Suara Siswa:Syazwan,Shafeq,Tan Sri Ibrahin,The Think Tanker,Dr Fadzly Yaakob







  • 1.zPengalaman sepanjang menempuh hidup sebagai Pemimpin Mahasiswa bukan lah sesuatu yang mudah. BERCAKAP n MENGKRITIK sangatlah mudah dan hanya memerlukan modal mulut dan sedikit analisis tanpa mengira buruk baiknya. Bagi saya dan teman teman MPP yang lain,beban yang digalas dan amanah yang dipikul wajib disempurnakan sedaya upaya dengan tenaga,buah fikiran,idealisme,titik peluh,wang ringgit dan sebagainya.

  • 2.Saya ingin mengajak teman mahasiswa dan seluruh orang muda di Malaysia agar kita bersatu hati dan menjadi kelompok pressure group yang efektif dan bukan sekadar cakap cakap politik semata mata. Suara Siswa merupakan rancangan yang baik dan penuh ilmiah walaupun sedikit tidak selesa dengan nyanyian lagu daripda artis artis ibu negara tetapi Suara Siswa masih berperanan sebagai platform kepada Mahasiswa bersuara dan mengembangkan idealisme dan kebolehan untuk berhujjah dengan baik.

  • 3.Suara Siswa pada esidi 19 Januari 2010 merupakan Suara Siswa terakhir The Think Tanker sebagai Yang diPertua MPP UMP sesi 2008/2009. Saya dan teman teman seperjuangan berkongsi pelbagai pendapat mengenai statement yang dikeluarkan oleh Yang Berbahagia,Tan Sri Dato' Sri Profesor Ibrahim Abu Syah yang lantang membidas segelintir Mahasiswa berdemonstrasi dan hujah beliau yang masih terngiang ngiang di gegendang telinga saya ialah Mahasiswa perlu dapatkan degree terlebih dahulu barulah nak bicara soal politik.

  • 4.Sewajarnya,kupasan perbincangan seharusnya lebih mencapah dan tidak terjerumus dengan kefahaman ideologi bahawa kaedah berbincang atau berdemonstrasi jalanan,berpiket yang lebih baik. Isu ini dihangatkan lagi dengan kaedah yang diguna pakai oleh Tan Sri Ibrahim bahawa generasi kini sewajarnya lebih bersyukur jika hendak dibangdingkan dengan Mahasiswa dahulu diera 70an. Isu Parlimen Mahasiswa yang dibangkitkan oleh YDP MPP USM,Sdr Shafiq yang menekankan aspek kebajikan Mahasiswa dan supaya diiktiraf suara Mahasiswa oleh pihak Universiti disanggah oleh Tan Sri Ibrahim dengan hujjah bahawa dibimbangi Mahasiswa akan berlagak lebih hebat daruipada Pak Menteri sedia ada dan kebimbangan pelajaran merosot.

  • 5.Saya hargai pandangan Tan Sri Ibrahim Abu Syah,tetapi kita kene ingat bahawa kita sedang berhadapan dengan krisis pengangguran,kemelsetan ekonomi,kerosakan akhlak diperingkat remaja dan belia dan keupayaan Mahasiswa yang sedikit lesu akibat kebobrokan sisitem yang rapuh yang diamalakan oleh sesetengah universiti. Parlimen Mahasiswa amat menarik saya sebagai Mahasiswa Peduli. Kaedah pelaksanaan masih boleh dibahaskan dan saya yakin dan percaya Mahasiswa kini amat matang dan segenap lapisan kepimpinan Mahasiswa sudah nampak akan kepentngan kita sebagai kumpulan pressure group. Isu kebimbangan bahawa dikhuatiri Mahasiswa akan jadi lebih berlagak daripada Pak Menteriamatlah dangkal dan bersifat tuduhan liar semata mata seolah olah memperkecilkan kebolehan Mahasiswa. Mestilah Parlimen Mahasiswa,Sudut Pidato dan setiap gerakan Mahasiswa diteraskan dengan kebajikan Mahasiswa dan responsif kepada sesuatu isu baik di dalam dan diluar negara.




  • 6.Namun begitu,saya sekali lagi menghargai pengalaman dapat sepentas dengan YDP MPP USM n Timbalan Bendahari MPP UM yang saya kira sangat idealisitik dan menepati ciri ciri pemimpin Mahasiswa dan negara. Pengalaman berdiskusi dengan Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Abu Syah juga amat bermakna kerna kami mewakili generasi yang jauh berbeza dengan Tan Sri. Skop kehendak dan ruang lingkup pemikiran amat berbeza tetapi saya sudah sebutkan kita bebas untuk berbeza pendapat asalkan ia untuk kebaikan kepada generasi akan datang dan kepentingan negara Malaysia.

  • 7.Untuk perkongsian, The Think Tanker dan teman yang lain iaitu Sdr Aiman dan Sdr Taqiuddin mengambil langkah proaktif dengan pergi ke Angkasapuri dengan kereta persendirian. Atas kesedaran semangat Mahasiswa Peduli dan menaikkan nama UMP,saya dan teman teman berkorban wang ringgit termasuk duit minyakkereta,bayaran tol Gambang KL,makanan dan sebagainya. Dengan jadual kuliyah yang ketat dan kesibukan menyiapkan tajuk Projek Sarjana Muda 1,saya yakin danpercaya pengorbanan untuk bersusah payah ini tetap berbaloi. Kami bergerak pulang ke UMP Gambang pada jam 2 pagi dan sampai pada jam 5pagi. Penat dan melelahkan tetapi inilah harga yang pemimpin Mahasiswa mesti laksanakan agar UMP terus kehadapan dan maju dalam segenap aspek pembangunan.


  • 8.Pemilihan MPP UMP yang dijadualkan pada 28 Januari 2010 sewajarnya memberikan peluang dan suntikan semangat kepada seluruh warga UMP agar memlih pemimpin yang terbaik daripada kita bertanding dan menjadi perwakilan Mahasiswa UMP.

  • 9.Terima kasih kepada semua.Kepada adik beradik MPP UMP yang sangat komited kepada tugas MPP dan teman teman yang setia dibelakang menyokong kepimpinan MPP UMP. Wallahualam.

Mahasiswa Peduli















1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete