Thursday, January 21, 2010

APAKAH PRESTASI MPP UMP SESI 2008/2009?SAYA PERLUKAN PANDANGAN MAHASISWA PEDULI

Saya uploadkan gambar sekitar pelancaran GEMPUR n MAHASISWA UMP bangkit mempertahankan pendirian kita.Satu sejarah n satu bukti nyata bahawa kita bleh bersuara n Mahasiswa kita PEDULI.

Walaupon ada class n lab,Mahasiswa kita etap hadir n duduk di tepi tepi tanpa rasa canggung...ada style

Mahasiswa kita Mahasiswa PEDULI

The Think Tanker melafazkan ikrar n memorandum kepa TNC Akademik n Antarabangsa.Mahasiswa PEDULI
Sesak,khusuk,penuh,hangat,membara,KITA PEDULI

TARIKH MEMBUANG UNDI PADA 28 JANUARI 2010...
  • 1.Kepimpinan Mahasiswa silih berganti tetapi yang tetap ialah Idealisme dan semangat memperjuangkan kebajikan Mahasiswa secara keseluruhannya...
  • 2.Sejauh manakah prestasi MPP UMP sesi yang lepas membawa agenda Mahasiswa n diperingkat nasional apakah prestasi kita?
  • 3.Tahun 2009 merupakn tahun sukar buat Pengurusan Tertinggi UMP n seluruh warga UMP.
  • 4.Jangan toleh kebelakang dan mari kita langkah kehadapandengan barisan kepimpinan baharu nanti
  • 5.Saya perlukan respon teman Mahasiswa sekalian demi kebaikan n masa hadapan Mahasiswa UMP...


















9 comments:

  1. PRESTASI MMP 0809.SEDIKIT KOMEN

    1. Banyak perbezaan yang dapat dilihat sejak pemilihan MPP yang lepas bermula. antaranya kelantangan membawa suara-suara kebajikan mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi. jadi tidak hairanlah jika kita seringkali di undang ke suara siswa..heehe

    2. sememangnya tahun lalu membawa pelbagai cabaran besar kepada MPP & mahasiswa UMP seperti isu KK4,perpindahan ke pekan dan sebagainya. tapi alhamdulillah isu tersebut dapat ditangani dengan baik.

    3. saya menyokong tindakan kepimpinan yang konsisten untuk mengadakan perbincangan,diskusi,ceramah,dialog dan sebagainya. sememangnya perlu diperbanyakkan untuk memberikan lebih penerangan kepada mahasiswa sekalian. saya melihat kita agak ketinggalan untuk berwacana isu2 semasa yang berlaku disekeliling selain isu palestin,contohnya isu kartika,kalimah Allah dll..Still boleh diperbaiki untuk akan datang.
    bertepatan dengan konsep kepimpinan Rasulullah saw yang banyak menerang bukan menyerang untuk memberikan kefahaman semasa kepada mahasiswa/i ump.

    4. Apa-apa pun tahniah & syabas atas kepimpinan mahasiswa yang lalu diatas usaha keras anda untuk memastikan UMP terus memacu kecemerlangan untuk bersaing dengan universiti2 lain.

    5. Kepada MPP yang akan datang,teruskan membawa idealisme,suara2 mahasiwa kerana MPP adalah suara mahasiswa peduli.

    chemical's student...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tahniah kepada barisan MPP 0809 di bawah tanggungjawab saudara Think Tanker kerana telah membawa mahasiswa UMP khususnya ke tingkat lebih tinggi. Suara mahasiswa semakin didengari dan dihormati. Hidup mahasiswa!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saya ucapkan kembali kepada Sdr Anonymous Chemical Student m Sdr Peter,banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki dan saya akui banka kelemahan yang kesilapan yang telah kami lakukan,

    Saya memohon ampun n maaf dan saya harapkan Barisan Kepimpinan Mahasiswa MPP UMP sesi baharu akan lebih Mantop...wallhualam

    Saya Mahasiswa PEDULI...anda?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Satu pencapaian yang agak membanggakan seluruh warga Mahasiswa UMP.Cuma pada pandangan peribadi,untuk masa-masa yang akan mendatang,banyakkan kerjasama dengan persatuan-persatuan Fakultui khususnya (MECHAPRO,PETAKOm.....etc).

    Pada tahun ini,peranan Persatuan Fakulti dilihat agak tenggelam.Mungkin pada pandangan peribadi sahaja.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah..

    Abg Fairul,ada satu isu yang membuatkan barisan kepimpinan frontliner UMP termasuk MPP,MECHAPRO,CHEST,PETAKOM,PERKASA,EEES,FAKULTI PEMBUATAN N PENGURUSAN TEKNOLOGI binkas bangkit menubuhkan GEMPUR yang memperjuangankan n bersuara mengenai pendirian Mahasiswa UMP mengenai Latihan INDUSTRI di UMP.

    Sambutan semasa perasmian GEMPUR di BLOCK W sangat meriah n ramai Mahasiswa hadir n turun support tanda cakna isu semasa.

    InsyaAllah kita harapkan kerjasama semua persatuan fakulti n MPP dapat dieratkan dalam GEMPUR ini.wallhualam.

    ReplyDelete
  6. Saudara sufi.saya sedang dalam keadaan serba salah.Adakah saya perlu mendengar khabar angin ini ataupun tidak.Tetapi saya percaya kepada perumpamaan melayu masakan pokok bergoyang jikalau bukan sebab angin.
    semasa saya solat di masjid.saya telah berjumpa dengan seorang hamba Allah.Dia mengatakan kepada saya percaturan kepada pemimpin akan datang UMP telah dicatur.Persoalan yang saya nak tanya,perlukah sahabat masjid melakukan perkara ini demi meneruskan legasi pemimpin dari masjid.adakah perkara ini masih dalam sistem demokrasi???
    Ana Muslimah~

    ReplyDelete
  7. salam..GEMPUR merupakan usaha terbaik yang dilakukan oleh MAHASISWA UMP yg dipimpin oleh MPP dan kelab-kelab persatuan fakulti..kita telah berusaha sehabis baik,pelbagai usaha telah digunakan dan saya cukup berbangga dengan rakan-rakan yang sama-sama berjuang untuk kepentingan bersama..Semoga MAHASISWA UMP terus CAKNA mengenai isu-isu semasa supaya kita tidak mudah ditindas.

    ReplyDelete
  8. Salam.Sepanjang perjuangan MPP di bawah sdr Suffi saya dapat melihat suara mahasiswa semakin didengari oleh pihak pengurusan universiti. Saya kira sdr sangat beruntung mendapat rakan-rakan seperjuangan di dalam barisan MPP yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan t/jawab mereka dalam bersama-sama merialisasikan hasrat kami seluruh mahasiswa UMP dalam mengetengahkan suara kami. Saya berharap agar kepimpinan MPP akan datang mampu menyambung kembali perjuangan kaian. Mari bersama-sama kita keluar mengundi...

    ReplyDelete
  9. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete