Friday, January 1, 2010

1 JANUARI 2010 YANG MENGEJUTKAN THE THINK TANKER...



GULA NAIK 20 SEN ,PAK MENTERI BLEH WAT2 RILEK JER.


YA RABBI!!!



The Think Tanker kini berada di Lembah Klang atas urusan tidak rasmi negara. Beberapa senario semasa yang mengejutkan saya:





  • 1.Harga Gula seluruh negara Malaysia dinaikkan sebanyak RM0.20 iaitu daripada Rm1.45 kepada RM1.65 sekilogram. Sempat juga mendengar berita di Channel 501 Astro Awani dan saranan Dato' Rosnah Rashid Shirlin,Timbalan Menteri Kesihatan bahawa rakyat Malaysia seharusnya menyahut seruan kerajaan mengurangkan penggunaan gula. Kenaiikan harga gula ni membantu untuk mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula. Ya ALLAH YA RABBI YA RASUL.


  • 2.Saya sebagai Mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang dan rakyat Malaysia sangat kecewa dengan tahap kerajaan memberi alasan dan tidak kompeten. Kenapa harga gula sebelum ni yang di maklumkan oleh Dato' Ismail Sabri mengenai harga gula tidak dinaikkan seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak bijak mengurus ekonomi negara dan mengelirukan negara.

  • 3.Dato' Rosnah,cuba turun ke jalan-jalan Tunku Abdur Rahman di ibu kota dan tanya sendiri apa tekanan andai harga gula naik 20 sen??? Saya tak bleh terima alasan dan rakyat Malaysia yang ramainya penjaja kecil,orang-orang kecil yang berniaga kecil kecilan yang TERJEJAS teruk.Golongan ini bukan minta prokek kerajaan,pengampu dan pembodek pak-pak menteri,Saya sendiri sedih dan resah bila wartawan Astro Awani menemu ramah secara rawak respon penjaja,terserlah riak wajah kekecewaan mereka. Lepas ni mesti kena NAIK HARGA STOCK,TERPAKSA NAIK HARGA MAKANAN dan pelanggan TAK NAK BELI DAH.


  • 4.Ya Allah,Apa bala menimpa Malaysia ni? Takkan Barisan kabinat Dato' Seri Najib Tun Razak tak kaji betol2 implikasi selepas ni??


  • 5.Lepas tu,dengan selamba Dato' Rosnah memberi amaran tiada sebab harga makanan boleh naik sewenang-wenangnya?? YA ALLAH,YA RABBI, penjaja kecil tak tau pasal ekonomi negara ni Dato'! Apa yang mereka fikir,kalau selepas ni mesti harga stock gula meningkat naik,takkan diorang nak maintan sama jer harga???Keuntungan bukan banyak Dato'2 semua,untung ciput dan seolah-olah kerajaan langsung tak prihatin. Takkan nak minta diorang penjaja kecil ni berjimat plak??Tak puas tengok rakyat Malaysia sengsara masa Kerajaan naikkan harga minyak 70 sen?? Masa kerajaan naikkan gaji kakitangan awam Malaysia?? Harga makanan naik tak terkawal. Pak Menteri diam membisu.


Saranan peribadi:


  • 1.Tarik balik keputusan naikkan gula sebanyak 20 sen


  • 2.Pak menteri WAJIB turun padang dan lihat sendiri keadaan penjaja kecil ni. Takkan nak harapkan pegawai semata? Malu la kita dengan Khalifah Umar Al Khattab n Umar Abdul Aziz. Jangan hanya nak mesyuarat n duduk kerusi empuk ni Dato'2 sekalian!!!! Mari bersama Rakyat andai anda tidak mahu dinyahkan!


  • 3.Mengkaji kaedah subsidi gula yang sewajarnya demi kebaikan rakyat marhaen.Bukannya Tarik semua subsidi gula.

3 comments:

  1. Lepas ni apa naik lak eh?
    Inilah kapitalisme...yang kaya makin kaya, yang miskin makin merana...

    ReplyDelete
  2. ini belum lagi GST introduction lagi. aduhai. rasa malas nak balik pon ade. tapi tetap proud as a malaysian.

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete