Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

  • 1. The Think Tanker would like to wish Selamat Tahun Baru Masihi 2010 to all Malaysian and the whole world. Let us pray for The Almighty Allah SWT for the better world in the future.
  • 2.The Think Tanker would like to apologize for every wrong behaviour and mistake I'd done before.
  • 3.The Think Tanker will be in Kuala Lumpur from 1st-3rd January 2010. For those who stay in hostel,gud luck ya!huhhuhu.

Wednesday, December 30, 2009

Jangan Kau Berhenti Melangkah

The Think Tanker nukilkan sebuah sajak khusus untuk semua Mahasiswa UMP dan anak muda di seluruh dunia...

Jangan Kau Berhenti Melangkah

Jangan kau berhenti melangkah

Andai semangat mu disentak

Andai fikiranmu diperlecehkan

Andai suaramu disekat

Andai dirimu tidak dihargai

Jangan kau berhenti melangkah

Universiti kita perlukan Mahasiswa pemberani

Mahasiswa yang penuh idealisme

Mahasiswa yang tidak gentar pada cabaran

Mahasiswa yangmenjunjung tinggi pada agama,bangsa dan negara

Mahasiswa yangb luhur budi pekertinya

Mahasiswa yang sayangkan universiti dan berazam melihat kita terus berjaya

Jangan kau berhenti melangkah

Teruskan tekad dan perjuangan

Teruskan mencabar dengan penuh hikmah

Teruskan tradisi kepimpinan Mahasiswa Peduli

Mahasiswa prihatin dan Mahasiswa Berkarisma

Ayuh teman teman dan seluruh Mahasiswa Peduli

Jangan kau berhenti melangkah...

Sajak ini dinukilkan pada 30 Disember 2009 pada jam 8.30pm dan dideklamasikan oleh ucapan The Think Tanker dihadapan kepimpinan Mahasiswa UMP sempena Majlis Ramah Mesra bersama Dato' Naib Canselor. Terima kasih buat semua atas sokongan.

Tuesday, December 29, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama Naib Canselor UMP

Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Dr Daing Nasir Bin Ibrahim


Majlis Ramah Mesra Dato' Naib Canselor bersama Pemimipin Mahasiswa UMP
  • Tempat: Blok WDKU1
  • Masa: 8pm sehingga tamat majlis.
  • Tarikh: Rabu 30 Disember 2009
Semua Pemimpin Mahasiswa UMP dijemput hadir. Kehadiran kita amat dihargai oleh semua pihak. Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli. Sesi soal jawab juga akan berlangsung. Mari meriahkan bersama.

Sesi Interview The Think Tanker ditangguh...

Sesi interview The Think Tanker akan ditangguh ke 6 Januari 2010. Selamat Tahun Baru dan Salam Mahasiswa Peduli!!!

Monday, December 28, 2009

The Think Tanker will attend an interview session. Hidup Mahasiswa Peduli!!!

SESI TEMURAMAH DI ANTARA EN. MOHAMMAD SUFFI KAMARI DENGAN WARTAWAN BERITA HARIAN BAGI SISIPAN VARSITI BERITA HARIAN.

  • Tarikh: 30hb Disember 2009
  • Tempat: Canseleri UMP
  • Masa: 2pm-3pm
  • Agenda: Aktivisme Mahasiswa dan Kepimpinan MPP sepanjang 2009

UNDIAN SUARA SISWA "PANELIST" 2009!

Subject: UNDIAN SUARA SISWA "PANELIST" 2009!

Suara Siswa - Final Countdown "Rangkuman 2009".
29hb Disember 2009, Selasa 10 malam TV1..
Siaran Langsung dr Studio 1, Angkasapuri KL..


The Think Tanker bersama Dr Fadzly Yaakob@Dr Asmara

Episode kali ini adalah berbentuk "santai".. pihak kami akan cuba memanggil panel2 favorite rancangan SS ini utk sembang-sembang mengenai Suara Siswa yg pernah kita mengetengahkan.. dan juga kita bercakap ttg topik2 peristiwa dan isu semasa dlm negara, (pendidikan, sukan, ekonomi, politik, sosial, agama, keselamatan, pembangunan dsb.. termasuk kejayaan IPTA yg panel wakili..)

Anda boleh mencalonkan panel favorite anda kepada kami utk disenaraikan sbgai panel pilihan penonton dan rakan FB Suara Siswa diakhir rancangan tahun ini. Penonton dan rakan FB bertuah akan memenangi "Hadiah Misteri" dr pihak Penaja...
Hanya 3 orang panel sahaja.!!!

buatlah undian.. sokong kpd mereka "Panelist" yg benar2 mgulas dan memberi pendapat dgn idea dan hujah2 terbaik.. sepanjang dalam medan pentas Suara Siswa..
Hanya 3 orang panel sahaja.!!!
Mudah & Free aje... (^_^)

antara senarai panel yg pernah bersama Suara Siswa :-
1) Mohd Murshidi - YDP UiTM
2) Mohd Syamsul - YDP UPM
3) Mohd Ridzuan - YDP UM
4) Mohd Suffi Kamari - YDP UMP, Pahang
5) Mohd Nazri Nasir - YDP UKM
6) Mohd Soffiyusalam - YDP UIA
7) Nur Mohd Saifuddin - YDP UUM
8) Mohd Hairie - YDP UPSI
9) Mohd Syafiq - YDP USM
10) Abd Malek - YDP UNIMAP
11) Mohd Hanif Adnan- YDP UTHM
12) Mohd Norhayatudin - YDP UNIMAS
13)Mohd Azrul - YDP UMS
14) Mohd Safwan - YDP UMT
15) Mohd Syafiq - YDP UNITEN
16) Ameeza - YDP HELP Universiti Collage
17 ) Najib Taha - NYDP USIM
18) Mohd Amir - MPP UPM
19 ) Mohd Safarizal - NYDP UKM
20 ) Merico - NYDP UNISEL
21 ) Siti Nazihan - MPP UKM
22 ) Mohd Rashidi - MPP UPM
23 ) Mohd Thoha - NYDP UiTM
24 ) Mohd Syahid Zaini - MPP UM
25 ) Mohd Hisham - MPP UiTM
26 ) Mohd Syazwan - MPP UM
27 ) Mohd Fitri - MPP SEGI Collage
28 ) Mohd Hafizi - NYDP KLIUC
29 ) Raihana - MPP UUM
30 ) Shah Rizul Ayuni - MPP UM
31 ) Mohd Azlan - YDP UNIMAS
32 ) Nor'ain Razak - NYDP UPSI
33 ) Ahmad Mukhlis - MPP UIA
34 ) Nor Intan Zanariah - MPP UKM

** pemilihan "PANAS" di wall2 terpilih -
KEPIMPINAN MAHASISWA UMP JUGA ADA STANDARD TERSENDIRI DAN KITA MESTI YAKIN DENGAN KEBOLEHAN DIRI KITA!!!

Saturday, December 26, 2009

BaktiSiswa Kg Keledek,Kuala Lipis Melabuh Tirai...

Alhamdulillah,selesai sudah Baktisiswa Kg Keledek yang kita usahakan bersama sama, saya secara jujur sangat menghargai pertemuan serta semangat ukhwaah bersama keluarga angkat. Abah,mak,along,angah,alang,ateh dan adik kechik sangat bermakna.

banyak pengajaran yang telah saya dapat dalam BakSis Kg Keledek dan Program Anak Angkat kali ini.
  • 1. Saya dan sdr Alif beruntung kerna dapat tinggal sebumbung dengan sebuah keluarga yang serba sederhana. Rumah pusaka yang besar tetapi agak uzur sangat memberi kesan kepada kami. Saya bersyukur kerna dapat bersama sama di dalam sebuah keluarga yang sangat bahgia. Abah angkat,En Aminuddin dan Mak Angkat,Siti Hayati Ibrahim amat ramah dan ada 5 orang anak perempuan.huhhuh. Kira saya dapat orang adik angkat yang cute2 plak tu. Masa mula2 penyerahan keluarga angkat ni,saya sempat berbalas sms dengan Ustaz Zuridan mengenai bolehkah kami yang lelaki ni pegang n salam tangan mak angkat. Ustaz Zuridan sms kembali " Tak boleh la syeikh, Isteri angkat bleh la",Ustaz sedikit bergurau.Dalam hati saya,kalau isteri bukan sekadar nak salam tangan jer...Saya melawak sendirian.
  • 2.Kami juga beruntung kerna dapat belajar bahasa orang Kuala Lipis. Di sini, panggilan 'saya' ialah Keh atau Kaweh. Panggilan ' awak' ialah Awok. Panggilan 'kamu' ialah demeh. Panggilan 'kami' ialah komeh. Contoh ayat(demeh,komeh) : "Komeh dah nak balik dah ni...demeh nak ikut skali ker?" maksudnya: Kami dah nak balik dah ni...korang nak ikut skali ker? heheh,bleh la sket2.Orang Kuala Lipis jangan marah yer.
  • 3.Cara makan Ikan Patin masak tempoyak bagi orang Kuala Lipis ni agak berbeza sket dengan orang kebiasaan. Disini,kami dihidangkan setiap seorang mangkuk sederhana siza dan diisi dengan ikan patin dan kuah. TUjuannya supaya kami dapat makan ikan patin dan kuah dihirup samopai habis. Sampai licin. Seriouslyyy!!! Saya melopong kehairanan adik angkat saya yang paling kecik,Nur Amal Zahirah,makan ikan patin sampai abis kuah dihirup. Saya dan Alif memang kehairanan orang Kuala Lipis makan ikan Patin sampai hirup kuah sehingga ke titisan terakhir.Chewah.Drama plak aku.
  • 4. Kisah ragam adik angkat saya di sekolah juga banyak. kisah Angah,Nur Adibah Tasneem,pelajar Tahun 6 yang diconteng muka oleh guru kelas Sekolah Kebangsaan Kg keledek amat menyayat hati. Saya nak berkongsi kerna di sekolah ni,pelajar yangpandai atau cerdik diasingkan dengan pelajar yang kurang cerdik. Kemungkinan nasib adik angkat saya ni yang dipanggil Angah kurang baik. Saya bersimpati kerna mungkin kerna sikapnya yang jujur,polos dan lurus ni diambil kesempatan. Cikgu yang menconteng muka Angah saya ni dengan marker amat keterlaluan walau apa pon salahnya. Hanya kerna kurang cerdik, adakahcikgu ada hak berbuat demikan. Bila mak angkat saya adu pada YDP PIBG yang kebetulan sepupunya,terus YDP PIBG Sek Keb Kg Keledek mengadu pada Guru Besar dan cikgu yang terbabit diber amaran kononnya. Cikgu yang bertanggungjawab menconteng muka adik angkat saya ni melenting dan warning pada adik angkat saya ni dengan kata katanya yang tajam." Adibah,awak ingat mengadu pada mak ni,awak ingat ilmu awak boleh berkat??",sejak hari tu,cikgu ni tak mengajar dengan baik kepada Angah saya. Alahai cikgu,jangan lah dirosakkan budak kecil yang polos hatinya,jujur jiwanya hanya kerna dia kurang cerdik dan membuat kesilpan. Berlapang dada andai anda salah....
  • 5. KIsah adik angkat saya yang bernama Nur Najla Iqhwan atau Along yang dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009 bagi saya kerna melihatkan kemudahan belajar dan faktor sekeliling yang mendesak. Along dapat 6A 2B 1C. Alkisahnya,bila gembira mendapat keputusan yang baik ni,dia berjalan kaki ke bandar daripada sekolah. Sekolah yang diatas bukit dan pekan Kuala Lipis yang jauh nun dibawah terpaksa buat Along berjalan kaki sampai lenguh kakinya. Bila sampai rumah,terus padam...kesiann.
  • 6. Banyak kisah di Kg Keledek ni yang ramai tak tahu terutamanya Mahasiswa UMP yang berkampung disini selama 4 hari 3 Malam. Tok Pat atau Pengerusi JKKK Kg Keledek yang paling lama berkhidmat di dunia.huhhuh.Gurauan anak muda disini. Saya berkenalan dengan ramai anak muda Kg Keledek terutama yang bermain kejohanan futsal anjuran SUKSIS UMP. Nama nama seperti Zainal Abidin,Naza,Lonjong,Mail merupakan warna2 yang mencorak kehidupan anak muda di kampung ni. Saya juga mendapat maklumat bahawa projek ternakan ikan sangkar di empangan juga diberikan keopada kroni kroni Tok Pat Kg Keledek. Semua orang Kg Keledek sedia maklum. Mcmana Pengerusi JKKK Kg Keldek sendiri ada projek ternakan ikan sangkar sendiri. Ntah la. Nasihat saya,Berilah peluang kepada kepimpinan anak muda menerajui kepimpinan JKKK Kg Keledek. Ramai anak muda yang berkelayakan dan diberi empowerment dan jangn tikam daripada belakang. Ini pandangan peribadi saya hasil observation dan respon daripada orang kampung sendiri.
  • 7.Saya berpendirian bahawa anak muda di Kg Keledek tidak harus dibiarkan sendirian mengharung ombak arus perdana yang semakin meruncing.Persaingan pekerjaan,kesempitan ekonomi,peluang pembiayaan pelajaran ke peringkat tertinggi,program orientasi anak muda seperti pertandingan futsal, bola sepak,carom, pertandinagn pengurusan jenazah dll sewajarnya difikirkan oleh JKKK Kg Keledek. Bukan sekadar program yang nak popular seperi anjur kurban lembu dan panggil YB datang rasmi dan hebahkan kepada semua bahawa Kg Keledek maju dan damai. kuang kuang kuang.Walhal,partisipasi anak muda kampung amat mengecewakan. Fikir fikirkanlah...
Saya menyarankan agar semua Mahasiswa UMP yang terlibat dengan anak angkat di Kg Keldek dapat senantiasa berhubung dengan keluarga angkat masing2. Ayuh,cabarab terbesar kita sebagai Mahasiswa UMP ialah untuk berbakti walaupun selepas habis program Bakti Siswa. SalamMahasiswa Peduli buat semua... Mari kita terus suburkan semangat Beraktivisme!!!

Ikhlas,Mohamad Suffi Bin Kamari

Thursday, December 10, 2009

Ilham Tun Dr Mahathir,Iltizam buat Mohamad Suffi Kamari


Tun Dr Mahathir Mohamed,22 years of PM Malaysia.

Pada hari Rabu 9 Disember 2009, saya berkesempatan meluangkan masa untuk menghadiri Sesi Ucaptama oleh Tun Dr Mahathir Mohamed bertajuk ' Bridging The Leader Gap' bertempat di Country Heights Resort di Kajang. Dengan hanya menaiki kereta Proton Saga WMK 9165, saya menggagahi langkah ke tempat tersebut kerna minat pada majlis ilmu dan janji pada Cik Aklimah Pegawai JHEPA UMP.

Beberapa intipati dan apa yang saya faham dalam sesi Ucaptama Tun Dr Mahathir:

  • 1.Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan semua pemimpin muda tidak kira anda di mana fahaman politik supaya mengamalkan integriti,disiplin dan mempunyai prinsip dalam kepimpinan. Tun Dr M sempat mengajuk mengenai senario politik kini yang sangat parah dan membimbangkan beliau.Rasuah,adu domba, politik kebencian dll.
  • 2.Pemimpin mesti ada kualiti dan mesti kehadapan dalam apa jua rintangan dan krisis. Tun Dr M sempat membandingkan bahawa ketika zaman dahulu,kepiminan ini selalu ditolak kerna orang berasa tidak mampu dan memberikan mereka yang lebih berdaya. Amanah dan tanggungjawab sangat berat. Kepimpinan bukan diminta-minta dan bukan keseronokan.Astaghfirullah.
  • 3.Tn Dr M masih dengan pendirian bahawa negara Malaysia mesti mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur. Tun Dr M berkongsi bahawa sifat orang Jepun yang mempunyai sifat "sense of guilty when doing anything wrong". Sifat Orang Jepun yang 'determine' dan bersungguh dalam melakukan sebarang perkara hanya kerna untuk berbangga dengan apa yang dihasilkan.Tun Dr M memberi contoh bakul yang dihasilkan jepun daripada buluh sangat halus dan kemas dan mereka berbangga dengannya.
Saya secara peribadi sangat menghormati pengorbanan dan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamed selama 22 Tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Suka saya ingatkan semua dan buat diri saya sendiri bahawa

  • 1.Tun Dr M di usia muda sangat fokus pada study dan berjaya dalam kerjayanya. Saya berkeyakinan bahawa orang muda terutama Mahasiswa mesti memenuhi ilmu di dada,study very hard,bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan penuhi diri dengan idealisme perjuangan yang jelas dan bukan hanya taksub pada politik partisan semata.
  • 2.Tun Dr M sewaktu di usia muda sangat rajin menulis(Malay Dilemma) dan mengkritik Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika itu sehingga dibuang UMNO. Jadi,saya berpendirian bahawa orang muda terutama Mahasiswa mesti menjadi frontliner,kritikal dan menjadi pejuang-pejuang di medan yang boleh kita terjah. Jangan pegun dan beku dan mesti ada idealisma perjuangan. Modal agama,bangsa dan negara merupakan modal yang selalu mendapat tempat bagi mana-mana kelompok masyarakat.Jangan tunggu dan salahkan AUKU dan sebagainya. Kita mulakan di kampus-kampus kita dan bangkitkan semangat Mahasiswa Peduli.Barulah rock!!!
  • 3. Orang muda jangan terlalu menjadikan kewangan dan nafsu sebagai asas perjuangan semata. Mesti ada perjuangan,mesti ada pengorbanan,mesti ada kesusahan dan kesulitan. Setiap Islah yang hendak dibawa pasti ada tentangan daripada penjilat penjilat status quo yang kebiasaanya didokongi oleh mereka-mereka yang anti-reformasi dalam setiap lapangan baik di lapangan pentadbiran,kepimpinan tidak kira lapisan,institusi penddikan dan sebagainya.
  • 4. Hoiii orang Muda!!Hoi Mahasiswa!!! Mari kita gunakan sentimen kemudaan yang berbaki ini agar tidak kita bazirkan dengan hanya main bola sepak,main game Counter strke,DOTA,main bowling kat Megamall Kuantan,duduk di bilik buat assignment semata-mata. Ini semua tak membantu kita mencabar dunia yang sangat kejam buat kita bakal pewaris Dunia ini. Mahasiswa ,Anak Muda mesti ada persoalan,berani kehadapan,aktif berpersatuan,ada keberanian mencabar setiap perkara yang ada keraguan dan mesti ada Kemahuan yang ingin dipenuhi.
  • 5. Aku,Kau dan Semua Anak Muda sudah terlalu asyik dengan budaya orang Malaysia yang cepat berpuas hati. Sedarkah kita bahawa ekonomi negara kian parah, harga yuran perkolahan kian menghimpit, persetankan GDP dan pertumbuhan ekonomi semata kerna orang-orang dan rakyat marhaen tak pedulikan semua ini. Para peniaga di Pasar Borong Selayang berpiket menyatakan tidak puas hati kerna harga barang naik mendadak dan mereka juga terpaksa menaikkan harga barang.
  • 6.Harga Telur Grade C sekarang berharga RM8.70 sepapan. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang cuti semester ini.
  • 7. Saya menolong Mak menyiapkan makanan untuk dijual di Pusat Perubatan Universiti Malaysia. Setiap hari without fail saya bangun seawal jam 5 Pagi untuk membantu 'packing' dan menyediakan makanan. Jadi saya observe bahawa banyak perkara yang buat mak merungut terutama harga barang naik tanpa usul periksa. Kita heran di Televisyen,di Berita Utama,Pak Menteri membari jaminan dengan angkuh bahawa harga barang terkawal dan dengan yakin bahawa rakyat 'cukup makan'. Saya nak jelaskan bahawa ya Rakyat cukup makan tetapi Rakyat resah dan gelisah kerna kesempitan yang menghimpit membuatkan ramai yang ikat perut,sengkang mata cari duit lebih,pinjam Ah long,hutang kad kredit dan sebagainya.GELISAH DAN RESAH.
  • 8. Dengan penuh rendah diri,dengan penuh rasa 'sense of belonging', dengan semangat chintakan Malaysia tanah airku yang takkan ku biarkan ia dirosakkan oleh tangan-tangan jahat dan penyamun tarbus,Aku dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berjanji menghabiskan kuliah ku di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan Pembuatan dengan bersungguh-sungguh,bekerja dengan penuh amanah untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan negara,menuntut ilmu yang tiada kesudahan,berkongsi ilmu dangan adik-adik, turun ke masyarakat dengan iltizam dan idealisma untuk memberi dan menyumbang dalam apa jua lapangan. Aku seru Semua Anak Muda dan Mahasiswa Jangan Alpa lagi dan Marilah Kita Jadi Mahasiswa Peduli!!!
Mohamad Suffi Bin Kamari
Mahasiswa UMP
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

The Think Tanker,11 Disember 2009, 12.30 Tgh/hari
Orang Cyber Cafe.

Tuesday, December 8, 2009

Hepy Holiday and Not so Holiday for The Think Tanker..i

9 Disember 2009:

The Think Tanker will attend an Opening Speech entitled Leadership by Former Prime Minister of Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamed.

Country Heights Kajang,10.30am,CIVP Coarse Programme

14,15 Disember 2009:

The Think Tanker and UMP delegations at Singapore,National University of Singapore for Education visit.