Thursday, December 10, 2009

Ilham Tun Dr Mahathir,Iltizam buat Mohamad Suffi Kamari


Tun Dr Mahathir Mohamed,22 years of PM Malaysia.

Pada hari Rabu 9 Disember 2009, saya berkesempatan meluangkan masa untuk menghadiri Sesi Ucaptama oleh Tun Dr Mahathir Mohamed bertajuk ' Bridging The Leader Gap' bertempat di Country Heights Resort di Kajang. Dengan hanya menaiki kereta Proton Saga WMK 9165, saya menggagahi langkah ke tempat tersebut kerna minat pada majlis ilmu dan janji pada Cik Aklimah Pegawai JHEPA UMP.

Beberapa intipati dan apa yang saya faham dalam sesi Ucaptama Tun Dr Mahathir:

  • 1.Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan semua pemimpin muda tidak kira anda di mana fahaman politik supaya mengamalkan integriti,disiplin dan mempunyai prinsip dalam kepimpinan. Tun Dr M sempat mengajuk mengenai senario politik kini yang sangat parah dan membimbangkan beliau.Rasuah,adu domba, politik kebencian dll.
  • 2.Pemimpin mesti ada kualiti dan mesti kehadapan dalam apa jua rintangan dan krisis. Tun Dr M sempat membandingkan bahawa ketika zaman dahulu,kepiminan ini selalu ditolak kerna orang berasa tidak mampu dan memberikan mereka yang lebih berdaya. Amanah dan tanggungjawab sangat berat. Kepimpinan bukan diminta-minta dan bukan keseronokan.Astaghfirullah.
  • 3.Tn Dr M masih dengan pendirian bahawa negara Malaysia mesti mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur. Tun Dr M berkongsi bahawa sifat orang Jepun yang mempunyai sifat "sense of guilty when doing anything wrong". Sifat Orang Jepun yang 'determine' dan bersungguh dalam melakukan sebarang perkara hanya kerna untuk berbangga dengan apa yang dihasilkan.Tun Dr M memberi contoh bakul yang dihasilkan jepun daripada buluh sangat halus dan kemas dan mereka berbangga dengannya.
Saya secara peribadi sangat menghormati pengorbanan dan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamed selama 22 Tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Suka saya ingatkan semua dan buat diri saya sendiri bahawa

  • 1.Tun Dr M di usia muda sangat fokus pada study dan berjaya dalam kerjayanya. Saya berkeyakinan bahawa orang muda terutama Mahasiswa mesti memenuhi ilmu di dada,study very hard,bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan penuhi diri dengan idealisme perjuangan yang jelas dan bukan hanya taksub pada politik partisan semata.
  • 2.Tun Dr M sewaktu di usia muda sangat rajin menulis(Malay Dilemma) dan mengkritik Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika itu sehingga dibuang UMNO. Jadi,saya berpendirian bahawa orang muda terutama Mahasiswa mesti menjadi frontliner,kritikal dan menjadi pejuang-pejuang di medan yang boleh kita terjah. Jangan pegun dan beku dan mesti ada idealisma perjuangan. Modal agama,bangsa dan negara merupakan modal yang selalu mendapat tempat bagi mana-mana kelompok masyarakat.Jangan tunggu dan salahkan AUKU dan sebagainya. Kita mulakan di kampus-kampus kita dan bangkitkan semangat Mahasiswa Peduli.Barulah rock!!!
  • 3. Orang muda jangan terlalu menjadikan kewangan dan nafsu sebagai asas perjuangan semata. Mesti ada perjuangan,mesti ada pengorbanan,mesti ada kesusahan dan kesulitan. Setiap Islah yang hendak dibawa pasti ada tentangan daripada penjilat penjilat status quo yang kebiasaanya didokongi oleh mereka-mereka yang anti-reformasi dalam setiap lapangan baik di lapangan pentadbiran,kepimpinan tidak kira lapisan,institusi penddikan dan sebagainya.
  • 4. Hoiii orang Muda!!Hoi Mahasiswa!!! Mari kita gunakan sentimen kemudaan yang berbaki ini agar tidak kita bazirkan dengan hanya main bola sepak,main game Counter strke,DOTA,main bowling kat Megamall Kuantan,duduk di bilik buat assignment semata-mata. Ini semua tak membantu kita mencabar dunia yang sangat kejam buat kita bakal pewaris Dunia ini. Mahasiswa ,Anak Muda mesti ada persoalan,berani kehadapan,aktif berpersatuan,ada keberanian mencabar setiap perkara yang ada keraguan dan mesti ada Kemahuan yang ingin dipenuhi.
  • 5. Aku,Kau dan Semua Anak Muda sudah terlalu asyik dengan budaya orang Malaysia yang cepat berpuas hati. Sedarkah kita bahawa ekonomi negara kian parah, harga yuran perkolahan kian menghimpit, persetankan GDP dan pertumbuhan ekonomi semata kerna orang-orang dan rakyat marhaen tak pedulikan semua ini. Para peniaga di Pasar Borong Selayang berpiket menyatakan tidak puas hati kerna harga barang naik mendadak dan mereka juga terpaksa menaikkan harga barang.
  • 6.Harga Telur Grade C sekarang berharga RM8.70 sepapan. Banyak perkara yang saya belajar sepanjang cuti semester ini.
  • 7. Saya menolong Mak menyiapkan makanan untuk dijual di Pusat Perubatan Universiti Malaysia. Setiap hari without fail saya bangun seawal jam 5 Pagi untuk membantu 'packing' dan menyediakan makanan. Jadi saya observe bahawa banyak perkara yang buat mak merungut terutama harga barang naik tanpa usul periksa. Kita heran di Televisyen,di Berita Utama,Pak Menteri membari jaminan dengan angkuh bahawa harga barang terkawal dan dengan yakin bahawa rakyat 'cukup makan'. Saya nak jelaskan bahawa ya Rakyat cukup makan tetapi Rakyat resah dan gelisah kerna kesempitan yang menghimpit membuatkan ramai yang ikat perut,sengkang mata cari duit lebih,pinjam Ah long,hutang kad kredit dan sebagainya.GELISAH DAN RESAH.
  • 8. Dengan penuh rendah diri,dengan penuh rasa 'sense of belonging', dengan semangat chintakan Malaysia tanah airku yang takkan ku biarkan ia dirosakkan oleh tangan-tangan jahat dan penyamun tarbus,Aku dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berjanji menghabiskan kuliah ku di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan Pembuatan dengan bersungguh-sungguh,bekerja dengan penuh amanah untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan negara,menuntut ilmu yang tiada kesudahan,berkongsi ilmu dangan adik-adik, turun ke masyarakat dengan iltizam dan idealisma untuk memberi dan menyumbang dalam apa jua lapangan. Aku seru Semua Anak Muda dan Mahasiswa Jangan Alpa lagi dan Marilah Kita Jadi Mahasiswa Peduli!!!
Mohamad Suffi Bin Kamari
Mahasiswa UMP
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

The Think Tanker,11 Disember 2009, 12.30 Tgh/hari
Orang Cyber Cafe.

2 comments:

  1. Tun Dr Mahathir...
    The GREAT Leader...of all the times
    legendary...22 years leading the beloved country
    THE TRUE LEGACY
    THE TRUE MALAY Warrior...

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete