Saturday, December 26, 2009

BaktiSiswa Kg Keledek,Kuala Lipis Melabuh Tirai...

Alhamdulillah,selesai sudah Baktisiswa Kg Keledek yang kita usahakan bersama sama, saya secara jujur sangat menghargai pertemuan serta semangat ukhwaah bersama keluarga angkat. Abah,mak,along,angah,alang,ateh dan adik kechik sangat bermakna.

banyak pengajaran yang telah saya dapat dalam BakSis Kg Keledek dan Program Anak Angkat kali ini.
  • 1. Saya dan sdr Alif beruntung kerna dapat tinggal sebumbung dengan sebuah keluarga yang serba sederhana. Rumah pusaka yang besar tetapi agak uzur sangat memberi kesan kepada kami. Saya bersyukur kerna dapat bersama sama di dalam sebuah keluarga yang sangat bahgia. Abah angkat,En Aminuddin dan Mak Angkat,Siti Hayati Ibrahim amat ramah dan ada 5 orang anak perempuan.huhhuh. Kira saya dapat orang adik angkat yang cute2 plak tu. Masa mula2 penyerahan keluarga angkat ni,saya sempat berbalas sms dengan Ustaz Zuridan mengenai bolehkah kami yang lelaki ni pegang n salam tangan mak angkat. Ustaz Zuridan sms kembali " Tak boleh la syeikh, Isteri angkat bleh la",Ustaz sedikit bergurau.Dalam hati saya,kalau isteri bukan sekadar nak salam tangan jer...Saya melawak sendirian.
  • 2.Kami juga beruntung kerna dapat belajar bahasa orang Kuala Lipis. Di sini, panggilan 'saya' ialah Keh atau Kaweh. Panggilan ' awak' ialah Awok. Panggilan 'kamu' ialah demeh. Panggilan 'kami' ialah komeh. Contoh ayat(demeh,komeh) : "Komeh dah nak balik dah ni...demeh nak ikut skali ker?" maksudnya: Kami dah nak balik dah ni...korang nak ikut skali ker? heheh,bleh la sket2.Orang Kuala Lipis jangan marah yer.
  • 3.Cara makan Ikan Patin masak tempoyak bagi orang Kuala Lipis ni agak berbeza sket dengan orang kebiasaan. Disini,kami dihidangkan setiap seorang mangkuk sederhana siza dan diisi dengan ikan patin dan kuah. TUjuannya supaya kami dapat makan ikan patin dan kuah dihirup samopai habis. Sampai licin. Seriouslyyy!!! Saya melopong kehairanan adik angkat saya yang paling kecik,Nur Amal Zahirah,makan ikan patin sampai abis kuah dihirup. Saya dan Alif memang kehairanan orang Kuala Lipis makan ikan Patin sampai hirup kuah sehingga ke titisan terakhir.Chewah.Drama plak aku.
  • 4. Kisah ragam adik angkat saya di sekolah juga banyak. kisah Angah,Nur Adibah Tasneem,pelajar Tahun 6 yang diconteng muka oleh guru kelas Sekolah Kebangsaan Kg keledek amat menyayat hati. Saya nak berkongsi kerna di sekolah ni,pelajar yangpandai atau cerdik diasingkan dengan pelajar yang kurang cerdik. Kemungkinan nasib adik angkat saya ni yang dipanggil Angah kurang baik. Saya bersimpati kerna mungkin kerna sikapnya yang jujur,polos dan lurus ni diambil kesempatan. Cikgu yang menconteng muka Angah saya ni dengan marker amat keterlaluan walau apa pon salahnya. Hanya kerna kurang cerdik, adakahcikgu ada hak berbuat demikan. Bila mak angkat saya adu pada YDP PIBG yang kebetulan sepupunya,terus YDP PIBG Sek Keb Kg Keledek mengadu pada Guru Besar dan cikgu yang terbabit diber amaran kononnya. Cikgu yang bertanggungjawab menconteng muka adik angkat saya ni melenting dan warning pada adik angkat saya ni dengan kata katanya yang tajam." Adibah,awak ingat mengadu pada mak ni,awak ingat ilmu awak boleh berkat??",sejak hari tu,cikgu ni tak mengajar dengan baik kepada Angah saya. Alahai cikgu,jangan lah dirosakkan budak kecil yang polos hatinya,jujur jiwanya hanya kerna dia kurang cerdik dan membuat kesilpan. Berlapang dada andai anda salah....
  • 5. KIsah adik angkat saya yang bernama Nur Najla Iqhwan atau Along yang dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2009 bagi saya kerna melihatkan kemudahan belajar dan faktor sekeliling yang mendesak. Along dapat 6A 2B 1C. Alkisahnya,bila gembira mendapat keputusan yang baik ni,dia berjalan kaki ke bandar daripada sekolah. Sekolah yang diatas bukit dan pekan Kuala Lipis yang jauh nun dibawah terpaksa buat Along berjalan kaki sampai lenguh kakinya. Bila sampai rumah,terus padam...kesiann.
  • 6. Banyak kisah di Kg Keledek ni yang ramai tak tahu terutamanya Mahasiswa UMP yang berkampung disini selama 4 hari 3 Malam. Tok Pat atau Pengerusi JKKK Kg Keledek yang paling lama berkhidmat di dunia.huhhuh.Gurauan anak muda disini. Saya berkenalan dengan ramai anak muda Kg Keledek terutama yang bermain kejohanan futsal anjuran SUKSIS UMP. Nama nama seperti Zainal Abidin,Naza,Lonjong,Mail merupakan warna2 yang mencorak kehidupan anak muda di kampung ni. Saya juga mendapat maklumat bahawa projek ternakan ikan sangkar di empangan juga diberikan keopada kroni kroni Tok Pat Kg Keledek. Semua orang Kg Keledek sedia maklum. Mcmana Pengerusi JKKK Kg Keldek sendiri ada projek ternakan ikan sangkar sendiri. Ntah la. Nasihat saya,Berilah peluang kepada kepimpinan anak muda menerajui kepimpinan JKKK Kg Keledek. Ramai anak muda yang berkelayakan dan diberi empowerment dan jangn tikam daripada belakang. Ini pandangan peribadi saya hasil observation dan respon daripada orang kampung sendiri.
  • 7.Saya berpendirian bahawa anak muda di Kg Keledek tidak harus dibiarkan sendirian mengharung ombak arus perdana yang semakin meruncing.Persaingan pekerjaan,kesempitan ekonomi,peluang pembiayaan pelajaran ke peringkat tertinggi,program orientasi anak muda seperti pertandingan futsal, bola sepak,carom, pertandinagn pengurusan jenazah dll sewajarnya difikirkan oleh JKKK Kg Keledek. Bukan sekadar program yang nak popular seperi anjur kurban lembu dan panggil YB datang rasmi dan hebahkan kepada semua bahawa Kg Keledek maju dan damai. kuang kuang kuang.Walhal,partisipasi anak muda kampung amat mengecewakan. Fikir fikirkanlah...
Saya menyarankan agar semua Mahasiswa UMP yang terlibat dengan anak angkat di Kg Keldek dapat senantiasa berhubung dengan keluarga angkat masing2. Ayuh,cabarab terbesar kita sebagai Mahasiswa UMP ialah untuk berbakti walaupun selepas habis program Bakti Siswa. SalamMahasiswa Peduli buat semua... Mari kita terus suburkan semangat Beraktivisme!!!

Ikhlas,Mohamad Suffi Bin Kamari

6 comments:

  1. pasni think tanker leh la p kampung keh plak kat Benta, Lepeh
    amacam Lepeh?? bez kn...
    huhu
    leh la pekena ayam msk tempoyak plak

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah nade3rAh...
    Sama sama kita manfaatkan masa muda yang ada untuk terus berbakti.

    Benta,Lepeh? Mari kita lihat macamana nanti...

    ReplyDelete
  3. Saya ingin memberi sediki Komen mengenai per: 6, yang sdra nyatakan diatas :-
    Saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan kenyataan yang Sdra buat mengenai "Pemberian Sangkar Kepada Kroni-Kroni". Pada pendapat saya sdra hanya mengambil maklumat dari sebelah pihak, tanpa merujuk kembali kepada, Tok 4 serta AJK Projek Sangkar Berkenaan, untuk makluman...selepas Empangan berkenaan dikeringkan bagi kerja-kerja...baik pulih, terdapat sebahagian sangkar telah rosak..dan terbenam didasar empangan. Sebahagian yang masih elok ,tapi tidak diselenggarakan telah pun dihanyutkan air semasa banjir...melihat keadaan ini , maka hebahan telah dibuat kepada, sesiapa yang berminat untuk...membaik pulih sangkar berkenaan...tapi malangnya tiada yang tampil. Untuk kali keduanya...Tok4 meminta supaya datang beramai-ramai untuk bergotong-royong..bagi menyelamatkan sangkar , tapi malangnya tiada juga org kampung yang datang...jadi Tok4 telah meminta beberapa orang yang senang untuk dipanggil berkerja (anak sdra beliau), untuk tolong menaikan sangkar
    berkenaan.Sebagai ganjaran sangkar yang ade diberikan kepada mereka...dengan persetujuan AJK Projek..! Secara tidak langsung sangkar berkenaan..telah dimiliki oleh mereka-mereka yang bekerja tadi. Selain itu , sangkar yang masih elok, dibuat cabutan undi...malangnya masih ade lagi sangkar yang dibiarkan terbengkalai....sedangkan semua kelengkapan telah sedia ada dan telah pasti pemiliknya.

    "Mcmana Pengerusi JKKK Kg Keldek sendiri ada projek ternakan ikan sangkar sendiri."
    Sdra, seorang mahasiswa yang berpelajaraan tinggi...tapi berfikiran..macam hampas...!!!! Untuk makluman..Sdra..Tok4, memgusahakan sangkar ikan berkenaan adalah atas usaha beliau sendiri , 5 sangkar yang dimiliki, cuma satu sahaja yang subsidi.! masih terdpat 5 Frem sangkar subsidi yang terbengkalai...Kalau Sdra atau sesiapa yang berminat, silakan...lagipun kawasan...Empangan masih luas.! Kalau tok4 tamak dah lama, semua yang ade milik beliau.

    "Ramai anak muda yang berkelayakan dan diberi empowerment dan jangn tikam daripada belakang"

    Sdra...Mahasiswa terpelajar..jangan cakap ikut sedap mulut sahaja.! Sdra mengambarkan seolah-olah Tok4, seorang yang busuk hati, macam dah tak de kerja lain...selalu menikam orang lain dari belakang.! kalau beginilah sdra sebagai seorng terpelajar..memberikan pendapat, tidak siapa akan hairan...Mengapa ??? Sdra Fikirlah Sendiri....!!! Sepatutnya Sdra, memberikan pandangan serta membantu, untuk memajukan lagi institusi Kampung bukan hanya mencari serta mewawarkan tentang keburukan orang lain...yang hanya sdra ambil dari sebelah pihak, yang sdra tidak tahu maklumat itu benar atau pun tidak...!

    Apakah, selama ini, tiada sumbangan lansung tok4 pada kemajuan kampung..??
    Jadi..nasihat saya...apabila sdra membuat kenyataan...sila pastikan dulu apa yang sdra nyatakan...tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak..!

    ReplyDelete
  4. Sediki Komen mengenai per: 6:-
    Saya rasa terpanggil utk memperbetulkan kenyataan Sdra buat mengenai "Pemberian Sangkar Kepada Kroni-Kroni". Pada pendapat saya sdra hanya mengambil maklumat dari sebelah pihak, tanpa merujuk kepada, Tok 4 serta AJK Projek Sangkar Berkenaan,.Selepas Empangan berkenaan dikeringkan bagi baik pulih, terdapat sangkar telah rosak dan terbenam didasar empangan. Yang masih elok ,tidak diselenggarakan dihanyutkan air banjir...melihat keadaan ini , maka hebahan telah dibuat kepada, sesiapa yang berminat untuk...membaik pulih sangkar.Tapi malangnya tiada yang tampil. Untuk kali keduanya...Tok4 meminta supaya datang beramai-ramai untuk bergotong-royong. Malangnya tiada org kampung yang datang...jadi Tok4 telah meminta tolong (anak sdra beliau)menaikan sangkar.Sebagai ganjaran diberikan sangkar dengan persetujuan AJK Projek..! Secara tidak langsung sangkar berkenaan..telah dimiliki oleh mereka-mereka yang bekerja tadi. Selain itu , sangkar yang masih elok, dibuat cabutan undi.

    "Mcmana Pengerusi JKKK Kg Keldek sendiri ada projek ternakan ikan sangkar sendiri."
    Sdra, seorang mahasiswa yang berpelajaraan tinggi...tapi berfikiran..macam hampas...!!!! Untuk makluman..Sdra..Tok4, memgusahakan sangkar ikan berkenaan adalah atas usaha beliau sendiri , 5 sangkar yang dimiliki, cuma satu sahaja yang subsidi.! masih terdpat 5 Frem sangkar subsidi yang terbengkalai...Kalau Sdra atau sesiapa yang berminat, silakan...lagipun kawasan...Empangan masih luas.! Kalau tok4 tamak dah lama, semua milik beliau.

    "Ramai anak muda yang berkelayakan dan diberi empowerment dan jangn tikam daripada belakang"

    Sdra...Mahasiswa terpelajar..jangan cakap ikut sedap mulut sahaja.! Sdra mengambarkan seolah-olah Tok4, seorang yang busuk hati, macam dah tak de kerja lain...selalu menikam orang lain dari belakang.! kalau beginilah sdra sebagai seorng terpelajar..memberikan pendapat, tidak siapa akan hairan...Mengapa ??? Sdra Fikirlah Sendiri....!!! Sepatutnya Sdra, memberikan pandangan serta membantu, untuk memajukan lagi institusi Kampung bukan hanya mencari serta mewawarkan tentang keburukan orang lain...yang hanya sdra ambil dari sebelah pihak, yang sdra tidak tahu maklumat itu benar atau pun tidak...!

    Apakah, selama ini, tiada sumbangan lansung tok4 pada kemajuan kampung..??
    Jadi..nasihat saya...apabila sdra membuat kenyataan...sila pastikan dulu apa yang sdra nyatakan...tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak..!

    ReplyDelete
  5. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete
  6. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete