Saturday, October 24, 2009

Wajib Bagi diriku Menulis...


Assalamualaikum wbt Dan Salam Mahasiswa



Sekian lama menunggu masa yang sesuai untuk menggerakan usaha berblog akhirnya tercapai juga. Sebenarnya,saya diminta untuk berblog oleh beberapa teman2 yang ingin mellihat pandangan saya tentang beberapa isu sama ada di UMP ( Universiti Malaysia Pahang) atau isu Nasional mahupun Antarabangsa. Blog ialah tempat terbaik untuk saya mencerakinkan pandangan2 mengenai isu2 semasa, bertukar tukar pandangan dan idea serta berdakwah diatas jalan yang kecil ini.



Isu Lanjutan MPP UMP sesi 2008/2009 sebagai Executive Caretaker.

1. Pelantikan sebagai Executive Caretaker berkuatkuasa pada 15 Oktober 2009 sehingga Pemilihan MPP baharu pada Januari 2010

2. Pelantikan ini bertujuan membolehkan Peraturan Pemilihan MPP yang baharu diguna pakai selaras dengan Pindaan AUKU 2009

3. Surat Pelantikan bertarikh 12 Oktober 2009 ditandatangi oleh Yang Hormat Dato' Naib Canselor dan perbincangan telah dibuat di antara Pihak MPP UMP dengan Dekan JHEPA , Profesor Dr Ridzuan Bin Nordin.

Isu Mengenai Kumpulan Band Akustik Dan Penyanyi UMP.

1. Sebagai Presiden MPP UMP,tentulah saya berasa susah hati andai ada diantara teman2 di disekeliling mempersoalkan Adakah perkara ini akan terus berlanjutan dan Band2 Akustik dan Penyanyi UMP akan bergerak dengan lebih luas?

2. secara rasmi,saya masih belum mengadakan apa-apa pertemuan rasmi dengan Unit Kebudayaan dan Kesenian serta Para Pegawai mengenai perancangan masa hadapan mengenai kebudayaan dan kesenian di UMP.

3. Saya tidak mahu terlalu bersikap offensive mengnai isu ini kerna Isu wujudnya Band Akustik dan Penyanyi wanita ini masih baharu dan perlu ada jalan penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Malah saya sendiri menyokong secara terbuka andai aktiviti ini boleh memberi ruang kreativiti Mahasiswa UMP menchipta lagu yang bermanfaat kepada Masyarakat,bermain Muzik Akustik secara Profesional dan ada Batasan Pergaulan sewaktu aktivivti ini berjalan.

4. Kesemua latihan bagi Band Akustik dan Penyanyi UMP masih diadakan di Studio dan tidak dibuat dan direkrut di tempat terbuka. hanya Mahasiswa UMP yang berminat dan berkebolehan boleh menyertai aktiviti ini.

5. Gerakan Dakwah serta Mahasiswa Islam di UMP akan lebih terbuka,matang dan bekerja dengan lebih kuat selepas ini agar Aktiviti mendapat sambutan Mahasiswa UMP. Jangan menuding jari kerna ia TIDAK membantu malah memberi petunjuk bahawa kita ketandusan Idea.

6. Sudah sampai masanya Pihak UMP,Mahasiswa UMP diberi ruang seluasnya pengetahuan mengenai Hiburan Di sisi Islam kerna saya yakin pastiada jalan penyelesaian. Ayuh teman2 Mahasiswa UMP,kita Universiti yang muda dan masih lagi baharu, janga takut untuk bereksperimentasi dan membuka ruang dialog serta diplomasi agar Mahasiswa UMP terus matang dan berdaya saing.

5 comments:

  1. assalamualikum, aku nk jadi orang 1st yang beri komen kat blog hang. nice work... jadikan blog salah satu medan untuk hang menyampaikan pencaknaan minda. orang cakap from mind to mind. supaya pembaca boleh memberikan komen tentang post yang hang buat. selalu la update your blog supaya post yang dibuat lebih hangat n releven dengan the latest issues. Selamat berblog. wasalam. -nakayamin-

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Dh ade blog rupanya. Baguslah, dalam mengetangahkan idea melalui penulisan boleh memberikan kesedaran kepada pemikiran yang lain. Tahniah kerana jadi YDP MPP UMP. Proud to known u. Do visit my blog http://kopiahhensem.blogspot.com/.-Abu Hanifah KMNS-
    Ilal Liqa'

    ReplyDelete
  3. Salam. Rindu untuk berjumpa dengan sahabat. Harap agar blog ini mampu mendekatkan kita lagi. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tahniah kerana telah membina satu tingkat lagi dalam memahami kehendak dan kemahiran diri, iaitu dengan menulis blog.

    Semoga blog ini menjadi wadah untuk menyampaikan maklumat di UMP walaupun selepas turun takhta MPP nanti. (Atau nak jadi MPP lagi tahun depan?)
    Supaya mahasiswa UMP celik dan cakna dalam isu di dalam mahupun luar kampus kita.

    Semoga istiqamah dalam penulisan...

    ReplyDelete
  5. Jazakallah...
    Saya hanya menjalankan satu lagi usaha kechil ini.

    lagipun ramai teman2 lain yg dah lama berblog.

    Mari kita Jadi Mahasiswa Peneraju teknologi terkini...

    PAsni nak balaja wat Twitter plak(sayang my hp tak canggih mana)

    ReplyDelete